Friday, April 15, 2016

Krabi 2014 ~ Day 5

Hari ni hari last kat Krabi... rasa x sabar nk balik pon ada sbb dah rindu kat Alysya. Pagi ni breakfast pon kt bilik je mkn megi ngan roti. Malas nk g bfast hotel tu. Lagi pon nk pack barang lagi.
Pas dah setel sumer, Kitorang check out siap2 and tinggalkan beg kat reception. Kitorang check out siap sbb nak dapatkan balik deposit yang kitorang bayar masa check in tu.. dia mntak byk gak deposit..2000THB tu.
First skali aku g booked teksi kat kedai aku amik motor tu jugak. Dapat 500THB (dalam RM50) dari Ao Nang nak ke airport. Flight aku kul 1.45pm so aku ckp amik aku kat Hotel dlm pukul 11.45. Lepas booked teksi, kitorang smbung shopping souvenirs naik motor. Ada masa lg untuk guna motor sbb blm ckup 24hours lg.
Tambah lagi beli tshirt, fridge magnet ngan bag kain. Tu je pon souvenirs yg aku beli. Yang lain aku rasa biasa2 je. Kat Malaysia pon brlambak.


Yeayyy... misi utama aku mesti beli bag ni. Bag ni ada 2 jenis... saiz kecik sket.. ada byk color n kain nipis. Yang aku beli ni besar sket, kain tebal n ada 2 color je putih ngan hitam. Aku suka yg jnis kain tebal n kasar ni lg. Tak byk kedai yang jual bag mcm aku nk ni. Mujur kedai favourite ada jual. Dapat ngan harga aku nak tu tanpa byk songeh lg. Mmg terbaik la mamat Nepal tu.
Lepas abis shopping kitorang terus return motor. Dari tmpat sewa motor nk g Hotel dekat je jalan kaki. Depan kedai motor tu nampak plk kedai burger ni... terus tringin nk makan burger.


Boleh tahan rega burger dia ko... kedai cikai je. Tapi sbb dah teringin sgt aku beli la jgk. Beli burger single je x amik set.. RM6. Kalo kat Selayang burger biasa tu RM2.70 je kot. Aku nampak dia guna daging burger Ramly tu... sebab tu la mahal kot yer...

Lepak jap kat lobby sambil tunggu teksi datang


Inilah teksi yang hantar kitorang ke airport. Kelasss ko jahh...teksi Chevrolet tu. Driver dia pon pompuan... muda n sempoi je driver.


Selamat sudah smpai airport. Aku mmg abiskan duit THB tu hingga titisan yang terakhir... aku abiskan beli pringles untuk kudap2 smbil tggu flight... tinggal berapa sen je kat aku... hahaha


 Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2.

Ok.. bagi memudahkan korang yang nk ke Krabi.. kat bawah ni aku bagi tips dan bajet.

1. Flight
Kalau percutian bajet.. rajin-rajin ler survey website Air Asia. Malindo Air pon dah ada route Krabi. Kalau nk pergi jalan darat pon boleh. Naik bus or drive sendiri. Yang tu korang gugel la sendiri... hahaha.
2. Currency Exchanges
Masa aku pegi tu rates RM10 = 10.26THB. So pandai2 la congak yer... nk senang kira aku buat je RM10 = 100THB. Elok tukar duit siap2 kat Malaysia. Skang THB dh naik..100THB dah RM11++.


3. Hotel
Make sure bila booked hotel tu cari yang area Ao Nang yer. Jangan booking kat Krabi town pulak. Kat Krabi tu takde apa. Boleh check hotel kat Agoda, Booking.com, Expedia.com or lain2 website lagi. Make sure jgk hotel korang booked tu nanti dekat ngan tempat makan. Hotel ada byk pilihan... ikut kemampuan kita nk yg cemana. Kalo hotel bajet yang famous kat kalangan rakyat Malaysia yang aku tau... Aonang Goodwill Hotel, J Hotel, Haleeva Sunshine Hotel. Kebanyakan hotel bajet kt Krabi xde lift.. so kalo book ru request siap level yg rendah, kalo x kang mencungap ko hangkut beg naik tangga. Ada jugak muslim hotel kat sana... tp harga dia mahal la sket. Tapi senanglah sbb boleh makan tanpa ragu.
4. Transport
Kalau naik flight... dari airport ke Ao Nang kita boleh naik teksi, van or bus. Kalau nk jimat bolehlah naik bus... x slp aku sorang 150THB je. Tapi kalo pegi ramai in group elok lah naik van.. lg selesa n jimatkan masa. If naik cab dia charge 600THB ke Ao Nang. Tapi teksi dari Ao Nang ke airport plk dia charge 500THB je.
Sepanjang kat Ao Nang tak perlu sewa keta or naik teksi. Paling senang kita sewa motor jer sbb boleh bergerak ke mana2 ikut hati kita. Sewa motor dalam RM20-25 sehari/ 24jam. Pastu keluar kederat  jalan kaki sbb nk keluar masuk kedai2 yang berderet sepanjang Ao Nang beach tu kan. Malas jalan boleh naik Tuk Tuk... murah je.
5. Aktiviti di Krabi
Kebanyakan xtvt haruslah water xtvt. Ada banyak pakej yang dijual sekitar Aonang Beach. Kalau rajin survey dan pandai bargain leh dpt pakej yang murah. Antara pakej yang femes ialah Phi Phi Island, Hong Island dan Four Island. Pakej Phi Phi Island naik speedboat so harga mahal sket. Yang Hong Island dan Four Island ada pilihan nk naik speedboat or longtail boat. Kalau naik longtail boat ni pakej dia murah sket. Pakej ni include hotel transfer, lunch, drink, fruits, insurance, snorkelling equipments. Tinggal bawak badan, sunglass, topi, camera ngan duit sikit. Make sure request halal food masa booking package.

Selain water xtvt ada gak jungle tour/ safari tour macam elephant trekking, tiger cave, water rafting, ATV, emerald pool dan lain2.


6. Halal Food
Kat Krabi ni tak susah nk cari halal food. Cari je simbol bulan dan bintang insyaallah halal. Pandai2 la pilih yer...yang penting yakin tapi jangan la main semberono je. Tengoklah penjual nya macam mana. Tapi kalo Halal Food ni biasalah harga mesti mahal sket. Antara Restaurant Halal kat sana ialah Lemon Restaurant, Bamboo Restaurant, Chaba Thai, Sareefah Seafood, Hud Seafood. Kalau nk yang murah sket korang cari yang jual atas motor tu and make sure ada tulis halal or ada simbol bulan dan bintang.


7. Pancake
Kalo gugel pasal Krabi mesti org dok citer pasal pancake yang sedap tu. Pastu penjual pancake yang femes haruslah Makcik Yaminla!! Senang je nk cari.. Dia jual kat deretan gerai bermotor betul2 mengadap Tourist Police Station. Hari Jumaat kedai bermotor ni semua cuti.


8. Nenas dan Fruit Juice
Antara yang femes ialah nenas ngan fruit juice. Murah plak tu. Nenas kat sana sedap baq hangggg. Hari2 aku mesti beli nenas. Tapi aku melepas nk makan nenas kecik yg bulat2 tu. Aku jmpa jual kat Phi Phi Island je. Tapi masa tu malas nk beli konon nk beli kt Aonang... skali x jmpa plk.. frust aku.


9. 7- Eleven
Kalau kat Malaysia 7-Eleven ni mahal kan. Tapi kat Krabi ni boleh tahan murah gak harga dia. Macam air coke dan pepsi tu mmg murah kat sana. Setakat nk beli roti or megi tu bolehlah beli kat 7-Eleven ni.

Ok..byeee.






Monday, February 09, 2015

Krabi 2014 ~ Day 4 (Krabi Town)

Kalau ikut plan asal, aku plan nak amik package darat plak hari ni.. elephant trekking, emerald pool, hot spring etc. Tapi lepas pikir balik.. kalau buat xtvt tu semua nnti kitorang x sempat nak round2 krabi ni. So lps discuss, kitorang plan nk ronda2 Krabi town je hari ni.. esok dah nak balik... nnti x sempat plk.
Pagi2 g breakfast kat hotel ni dulu. Saja nk tengok pilihan food yang ada. Hotel ni bkn muslim hotel... so paham2 jer la yer. Kena hati2 pilih makanan. Aku berani mkn cereal je ngan roti.
 Kejap je bfast.. xtau nk mkn apa.. so jalan2 jap kat area pool ni snap pix.



Naik bilik tukar baju n siap2 nk ronda2 Krabi town... yiehaaaaa


Sambung lg snap pix


 Ok... jom keluar jalan2..
Depan sket kat belah kiri tu.. byk kedai makan halal. Tempat sewa motor pon ada belah kanan.
Terus sewa motor dulu.. murah jer.. RM20/ day. Biasanya masa sewa motor, minyak dlm motor ada separuh or lebih. Nnti dorang akan pesan masa return minyak msti sama mcm masa amik moto tu. Kalo minyak ada half tank, nnt masa return pon msti half tank jgk. Pastu kalo sewa motor ni dorang akan mintak passport sebagai deposit.


Motor ni banyak berbakti kat kami... merata kami pusing naik motor ni.




Singgah sini lagi. Aku dah kena mandrem pancake Makcik Yaminlah... hari2 mesti nk makan. Lagi pon hari ni hari Khamis.. last nk pekena pancake.. esok Jumaat semua gerai bermotor ni tak meniaga. Lagi pon Jumaat aku nk balik Malaysia dah... wah gituuuu balik Malaysia kooo...


Orang tak ramai lagi time ni... lengang je



Tu Nampak Tourist Police Station belakang aku tu.. tu la landmark kalo nk cari gerai bermotor ni yer.





Hari ni nk try makan kedai lain pulak... so singgah lunch kat sini dulu.. Yang betulnya nama kedai ni Rohanee


 Sbb nak cepat so dua2 order menu yang sama... Nasi Paprik
Paprik dia lain sket dri kat Malaysia... yang pasti mmg sedap giler... huwahhh teringat2. Yang bijik2 hijau mcm kacang peas tu xtau apa nama ntah. Macam pahit2 sket...


 Jom teruskan perjalanan ke Krabi town...



Ikutkan aku xmo pakai helmet... sbb tgok dorang lekkkk je x pakai. Tapi Cooi bising suh pakai jugak. So terpaksalah aku pakai jgk.



On d way Krabi Town tu aku byk snap gambar ... bkn apa..takut x jmpa jalan pulang nnti. Sebab signboard x byk... kitorang tawakal je redah. Bila masuk simpang, aku snap landmark kt simpang tu.. nnti senang nk igt jalan.


 Yeayyy dah sampaiiii..
 Tak dapat naik gajah... kita bergambo ngan patung gajah pon ok...
Berselirat cable letric dia
Jumpa gak aku ngan tempat ni...apa nk panggil yeh...patung ke monument ketam ni. Ini baru lah bukti ko dah sampai Krabi Town. Dia kat tepi sungai je.











Time aku nk brgambo ni lah tetiba ramai jgk yg nyebok nk brgambo kt sini..

Masa ni start gerimis... risau gak kalo hujan lebat... kitorang dh le naik motor je





 Kat traffic light mesti ada patung2 macam ni..




 Singgah Tesco Lotus nak beli air mineral. Kecik je Tesco Lotus ni. Kat Ao Nang pon ada Tesco... lg kecik dari yg kat Krabi ni.

 Unic kan traffic light dia. Takde apa pon kat Krabi ni. Ada kedai2 biasa je. Kitorang x masuk pon kedai2 tu.

 On d way balik singgah sini sbb nak tumpang toilet je... hahaha. Aku x minat pearl2 ni. Nak g tengok pon malas.
Ternampak signboard Fossil Shell Beach... so kitorang pegi la. Tapi x masuk dalam pon. Kenmain mahal nk masuk... x silap aku sorang 200THB. Aku dah gugel... dorang kata xde apa sgt pon ... x berbaloi nk bayo 200THB. Tempat ni pon aku tengok lengang je xde org. Tapi kedai souvenirs mmg banyak... sepanjang2 tangga tu kedai souvenirs.


Sini pon ada jual accessories dari pearl... tak tau la ori pearl ke. Aku mmg  x minat so x masuk pon kedai ni. Ada org cakap souvenirs kat Fossil Shell Beach ni lg murah compare to Ao Nang. Tapi yg aku tengok...macam mahal je kt sini. Kat Ao Nang aku dah ada satu kedai favourite... sbb murah.
Ok.. dah smpai kat area Ao Nang. Kedai favourite aku cakap tu betul2 mengadap depan Black Canyon ni. Aku ada snap gambo kedai tu...tp bila cari x jmpa plk. Banyak aku borong kt kedai tu... staff Nepal dia knmain baik... siap kawtim nyorok2 x bg boss dia tau... hahahha.


 Lepak jap kat bus stop ni




 Sampai hotel... kitorang g swimming plak. Masa ni dok teringat kat Echa... kalo dia ikut msti dok berendam dalam pool xmo naik2. Kitorang 2 orang je mandi time ni. Best giler.


 Sementara nk tunggu kuar dinner... Kitorang makan pulut mangga yang kitorang tapau tadi. Sedapnyerrrrrrr...
Makan kat kedai ni pulak. Kat sini, kalo kat kedai makan waima kedai kecik mesti ada wifi. Bagus betul.

 Cooi order nasi goreng tomyam.


Aku dah muak makan nasi goreng. So nk makan nasi putih with green curry pulak. Ni 1st time aku makan green curry. Not bad... sedap gak. Alhamdulillah kenyang perut.


 Bagus kan... minyak pon ada vending machine


 Ni antara hotel-hotel  lain yang ada kat sekitar Deevana
Kitorang ronda smpai pantai belah satu lagi. Masa patah balik... baru perasan mcm happening je kat sini.


Comeikan kasut2 ni... dorang boleh lukis ikut design apa kita nak. Kat Malaysia pon ada jual gak ni. Cuma x sure tang harga... murah ke mahal.


Ada kedai converse ko... tp sbb kitorang lambat... kedai ni bru je tutup... ruginyer... ada less tu... kot la dapat murah ke kan. Selain converse... ada gak kedai Nike... Adidas kt situ


Cantik tau kedai2 kat sini... Ada kolam ikan kt situ... pastu kedai2 tu sumer kt tepi kolam ikan. Pastu ada orang jual souvenirs kat tepi2 tu.

Dah letih meronda... kitorang pon balik ke hotel... dah letih sgt. To be continued.... Day 5... last day


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails