Wednesday, March 14, 2012

Langkawi ~ Day 2 & 3

smbung hari kedua pulak...

 
mine...makan roti je?? sila jgn percaya..ini pembuka selera je...hahaha.


my all time favourite...omelette. extra cheese..sedapppp..


kupon bfast dpt 2 je.. so tnya echa dia nk pi breakfast tak? Echa kata dia xmo...dia nk dok kat bilik tgok kartun. So aku tinggalkan dia kat bilik kak aku dgn abg long kesayangan dia. Overall buffet bfast kat Awana ni so-so je. Food dia x variety sgt.

  sblom kuar jalan2... snap2 dlu kat jeti Awana ni. Tp panas giler time ni..padahal baru pukul 9am++. Nk bukak mata pon x larat.



scenery kat sini mmg cantik. Siap ada cruise lg kat blakang tu ha. Tp kitorang kejar masa, so x sempat nk brgambar lebih dekat ngan cruise itu.


Haku tengah feeling Maya Karin..huahahahaktuihhh.. eh nyemak je omputih kat blakang tu...


ini la keta sewa sepanjang kami di Langkawi. Aku amik Nissan Sentra. Sbb bukan season peak..so mmg dpt murah. Puas hati. Aircond mmg tip top. Enjin pon x dgr..smpai boleh pulak cooi x perasan dah start enjin ke belum...hahaha


Kakak aku plak dapat Honda City. Masa booking dia pilih Vios, tp dah smpai sana dia tukar amik Honda City. Puas hati sewa kereta kat company ni. Details aku dah bg masa 1st entry. Tp takpe...aku tau korang femalas nk bukak so aku bg lg detail company ni yer...

Contact  : 012- 4807797 - Maslina/ 012-4557977 – Muhammad/ 04- 9557977
(Kaunter 15 - Langkawi Airport)

Lagi sekali aku nyatakan, time aku pegi ni BUKAN PEAK SEASON...so keta sewa mmg boleh dpt murah. Kalo korang pi time cuti skolah or PEAK SEASON...keta sewa mmg mahal yer. Sumer pon mahal. Makan pon mahal..ok.

GPS ngan map dah ready...so kita mulakan perjalanan. Cooi driver, aku co-pilot. So sila dgr cakap mak yer. Jangan nk engkar arahan. Aku kata kiri, sila masuk kiri. Jgn melawan..kang aku jentik kangg..


singgah Petronas Quay nk pump tayar. Cuaca panas masa ni, so adalah tidak kuasa aku untuk turun brjalan2 kat area situ. Nak jalan pi The Loaf pon x koser.

So sementara En. Driver pump tayar, kita posing2 je kat sini. 

aihh tetiba gambar ticket?? Masa ni kat Oriental Village nak naik cable car.
Ticket : Adult - RM15 with mykad
Child - RM10 with mykad


apsal ko korek hidung alysyaaaaa?? potong stim betul la... Mujur la time kitorang nk naik cable car ni org x ramai sgt. Kitorang pi hari Ahad. So lepas bli tix..terus je boleh naik cable car. Tak yah nk beratur panjang2. Suker....

 smpat snap Air Terjun Telaga Tujuh. Aku x pegi pon Telaga Tujuh ni. Tak larat nk pegi la.. jauh sgt nak menapak naik tangga. 




1st station...



naik lagi gondola utk ke 2nd station

di puncak gunung Machincang





@ Sky Bridge




memanjat tangga nk naik atas mmg mencungap. Tapi mencungap2 pon..bila time posing tetapppp...hahaha



destinasi seterusnya...Pantai Pasir Hitam


snap2 pic je kat sini. Bukan ada apa pon. Tp nampak la saki baki pasir hitam tu kat pantai ni. Ada kedai jual souvenir, baju n kedai makan. So bli tshirt Langkawi je utk echa.


Kenmain suker budak ni dpt main air. Jenuh aku panggil suh naik. Dia nk mandi lauttt katanya.


Patah balik arah Chenang..singgah Pantai Kok untuk isi perut.





@ Beras Terbakar. Masa ni dah petang..dalam pukul 4 mcm tu. Cuaca mmg terik. Lepas snap pic  ni terus lari masuk dlm kedai. Tp kedai pon panas jugak, sbb dorang pakai kipas je..xde aircond.


Kat sini pon xde apa. Ada saki baki beras terbakar je kat dalam bekas tu. So amik gambar je n blah.


Singgah jap kat kedai Din Polo ni. Asalnya nk beli kain batik je 2 helai. Tp pkcik ni mmg pndai berniaga. Pnjang lebar dia brcerita..x pasal2 aku trjebak bli benda lain pulak. Ngan kawan2 aku sekali trjebak. Pakcik Din oiii.. ko kata ko jual murah kan?? Kalo aku tgok kedai lain jual lg murah siap ko..



@ Kota Mahsuri


nak masuk kena bayar yer. Tiket :
Adult - RM5
Child - RM1 / RM3 (ikut umur)

kat dalam Kota Mahsuri ni besar jugak. Tapi xde apa yg menarik sgt utk org macam aku. Hahaha. Tp xpe la...dah alang2 ke Langkawi...kita masuk je la. Lepas ni kalo ada rezki ke Langkawi mmg x pegi dah Kota Mahsuri ni.



Mahsuri moden




dah penat sgt time ni.. nk senyum pon dah x larat


@ Pantai Cenang. Memenuhi keinginan anak yg x abis2 memekak bila nk mandi laut. Dok pegi pntai sana sini amik gambar je tp x mandi2 jugak. So nk bg dia hepi, kita kasi la chan dia mandi laut. Echa ngan Co'oi je yg mandi. Yang lain x larat. Lagi pon xde tmpat nk tukar baju or public toilet kt sini. Itu pon pi surau Hotel apa ntah tukar baju.


muka brlagak dpt mandi laut. Masa ni dah kul 7malam dah.


Lepas mandi kitorang balik bilik utk mandi n solat. Lepas tu keluar pi Kuah Town utk shopping n dinner. Lagi sekali kitorang dinner kat EE Burger Trimula Cafe. Kakak aku pulak teringin nk makan western.




HARI KETIGA


bfast kat hotel. Tengah sedap2 aku menyuap..echa pulak sakit perut nk membuang. Eiiii potong stim betul la ko ni echa. So smntara tggu echa memerut...mak ko smpat lg nk snap2 kat situ. Owh yer...aku tambah bfast utk echa kena rm15.



Shopping time... Ni kat Idaman Suri. Niat di hati nk cari Corelle. Tp corelle design idaman hati takde pulak. So aku beli warmer set (2 tray) ngan chocs. je kat sini. Aku beli set corningware kat Langkawi Saga. Masa tu ada disc. 15%. So murah le. Lupa pulak nk snap pics corningware aku tu. Hahaha dah rasa macam makcik2 je pi holiday tp sebok nk memborong pinggan mangkuk.


Antara coklat yang dibeli. Kebanyakannya beli kat Hj. Ismail Group. Tapi coklat Hersyes kat kedai Wawasan murah sket. Harga antara kedai pon x byk beza. Bih kurang je. Kalo byk masa boleh la survey2 dlu. Kalo tak.. borong je kat kedai HIG tu.

TIPS : Coklat di Langkawi mmg jauh LEBIH MURAH nk compare dgn sini. Harga coklat di sini lebih dari 2x ganda dgn hrga coklat di Langkawi. So anda boleh lah membeli tanpa ragu2. TAPI..jgn beli Cadbury or Beryls kat Langkawi sbb harga dia bih kurang je kat sini. So beli la brand2 yang mahal2 tu macam Ferrero Rocher, Daim, Bounty, Twix, Hershey's, Ritter Sport, M&Ms, Cote Dor dll.


on d way ke Langkawi airport, kami singgah kilang Gamat Nusantara ni. Tapi aku x turun pon. Tak larat dah. Penat memangku barang sbb x muat bonet. Hahaha. Suh cooi bli minyak gamat je pon.


Hotel Awana Porto Malai tu aku booking masa ada promotion kat MyDeal. Promotion tu include : Stay for 3 days 2 nights with bfast for 2 person,
voucher Island Hopping (RM68) or Dining Voucher (RM68). Disebabkan xde masa nk island hopping so aku pilih dining voucher. So before check out, aku order Hawaian Pizza, Jumbo Beef Burger  ngan Fish n Chips. Kakak aku tekak melayu order semuanya nasi. Kitorang tapau sumer food. Tapi lupa plak nk snap pic food sumer. Kitorang makan kat airport mcm pelarian..hahaha. Flight kul 4.45ptg. Mujur sumernya ok xde masalah. Selamat smpai di LCCT kul 6.00ptg


Lagi satu, rupanya now dah xde parking free kat LCCT. Parking free time aku pi Sabah dulu pon dah kena bayar. Tp murah sket la rates dia. So parking kat situ jugak. Kitorang parking hari Sabtu pukul 8.00am smpai hari Isnin dalam pukul 6.30pm, kena RM44.00. Ok la tu. Tapi jauh gak ler nk berjalan. Takpe yg penting murah..dan yg lagi penting..bukan aku yg brjalan, laki aku yg brjalan amik keta. Aku dok je tggu kat pintu arrival. hahaha.




9 comments:

Hirda Ibrahim said...

bestnya naik keta besar2. yer ko time2 camni le nk merasa pun kan?

a ahh la apsal le ko x snap pic pinggan mangkuk dlm HIG tu... leh le kami cuci2 mata sama.

eh apsal aku mcm ternampak keta oren kat kedai minyak gamat tu. adakah plate number dia WQD??? jeng jeng jenggggg... heheheh

wanie said...

mmg panas kan langkawi...awal2 pagi lagi dah panas

onniesham said...

Hirda : aku mmg alert je ngan iswara oren kt sana. mana la tau kot2 trjumpa kan. hahaha. tp rasanya tu bukan.

wanie : mmg panas sgt. terbakar kulit.

Softtouch [Hanim] said...

bestnya....bolehlah amik website kete sewa tu...sy pg tahun dpn..hahahahaha...tiket murah punya pasalntahun dpn pun tahun dpnlah...

Emy Omar said...

Best la pegi bukan time cuti sekolah kan..aman damai je.Pegi jugak eh EE Burger tu Sham?Best kan?Kita kalau sampai Langkawi lagi lain kali harus ke sana lagi

shiera mustafa said...

salam kak . sy br gak baca blog akak . start cari jjcm murni . pastu lompat dari blog kak filla:)

sy pn slalu g langkawi . tp asyik la kena tipu dgn kereta sewa . dpt yg kereta lama la , sewa mahal la macam2 la .

n din polo tuh mmg pandai niaga . de tak dia cerita psl kete dia bli ? kaen batik kuning yg konon cantik tuh ?? pastu dia tunjuk tak invois dia bli kaen tuh ? ahaha . klaka abg din neh . dh 2 3 kali pegi pn still cerita benda yang sama .

p/s : kagum akak leh tunggu beger bakar sampai 3 jam . saya kurang sabar sikit .

onniesham said...

thanks shiera baca blog yg x seberapa ini.

owhh awk dah biasa bli ngan din polo tu yer. betul ckp shiera tu, dia pon tunjuk inbois ngan segala LO org order. perghh bisnes kencang tu. x pasal2 trjebak. ngan kawan2 akak skali borong kain kat dia. hahaha

LynD said...

hi, nak tanya, mana parking murah kat LCCT tu? sbb nanti sy nak park 5 hari. sy terjumpa log awak waktu blogwalking... tq

rara said...

nak order choc ? meyh page kami https://www.facebook.com/kedairuncitonlinecokelatlangkawi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails