Thursday, May 02, 2013

Langkawi 2013 - Day 1 ~ Resort World Genting, Kuah Town, HIG

Kitorang g Langkawi hari khamis lepas.. 25/04/13 - 27/04/13. Family kakak aku ngan parents and adik lelaki aku pon ikut sekali. Tapi x cukup korum sbb adik pompuan aku x ikut. Yer la dia cikgu... mana leh brcuti time keje nih. Dia brcuti time cuti skolah jer. Haku mmg mintak mahap lah nk pi holiday time cuti skolah.... sesak sgt and sumernya jd mahal.

Ting!!!!! tetiba dh smpai Langkawi koo. Pic kat airport sekeping pon xdak. Malas giler nk snap. Sampai je airport Langkawi.. org keta sewa dah call kata dia dh tnggu kat luar. Wahhh bagusssss... service pantas...x yah buang masa melanguk kat airport.



Sebab pegi ramai2... so amik dua keta... Honda City dan Toyota Innova. Sewa dari org yg berlainan. Aku sewa Honda City ni RM200 sepanjang kat Langkawi ni (trmasuk return lambat kul 7.00pm hari last tu). Dia kata sehari RM90 (24 Jam). So sepatutnya rm180 if aku return keta pukul 1pm. So utk extra jam tu salunya dorang caj rm10-20/ jam. Tapi brother ni baik dia caj aku extra rm20 jer. Ni rate Honda City paling murah aku dpt lepas call few number keta sewa. Tapi rate ni tak available utk cuti skolah/ peak season yer.

Sesiapa yang nak ke Langkawi boleh contact En. Zaini : 012- 5275019. Sangat berpuas hati dgn condition kereta... mmg tip top lah. Lupa plak nak snap pic keta.
 

Lepas dapat keta terus menuju ke Resort World Langkawi (formerly known as Awana Porto Malai) utk check in.

 Sib baik bilik dah ready... so leh check in awal... before 2pm dah leh masuk bilik. Alysya excited terus terjun tiruk atas katil. 

 Last year gi Langkawi pon aku stay kat Hotel ni gak. Pilih hotel ni semata2 view dia yg sgt cantik and kakak aku suka sbb bilik dia ada 2 queen bed. Cukup la utk dia 4 beranak. Kitorang amik 3 bilik semuanya. Satu family... satu bilik. Baru lah selesa kan.


 Perabot dia biasa2 jer.

 Last year amik bilik garden view... mmg nmpk pokok besar jer la.. this time aku amik yg seaview plak. Baru lah leh nak feeling2 sambil dihembus angin laut... phuiii..


 Tetiba feeling org kaya... berangan ada bot sendiri dok parking kat luar. Lepas rehat n solat segala kitorang siap2 nak g Kuah town. Nak carik makan... giler lapar dowh. Kat airport sempat mkn set bfast mcd jer. Teringin nak g mkn Mee Udang kat kedai Laksa Penarak tu.

 Budak ni kan... selambaaaa jer... dia bukan kira kat umah ker kat mana... sukati dia jer nak isap jari sambil gentel bantal busuk. Sket dia x malu.... mak ko ni yg malu tau tak???

 Ni lagi satu....sukati. jer nak buli mak ko kan??? Tak pasal jd rappers yo yo..

 Serius giler muka tgok menu. Lapar giler time ni... tu yg serius tu.

 Ha...tengokkkkk... dapat jer makanan terus berbunga riang.. muka ada sunyum jugak. Masa ni kitorang 3 beranak jer kuar... family kak aku n parents aku kat hotel lg. Dorang kuar lambat sket. Lagi pon dorang naik keta lain... Innova. Eh lupa plak nak share contact no. yg Innova. Innova plak rate dia RM260 utk tempoh sama mcm aku. Sapa berminat boleh contact En. Sham : 012- 4440109. Innova ni pon condition tip top gak.

 Mee Kuah Udang RM6.00

 Ni untuk Alysya...ABC Special..RM3 kot.


Ada menu lain gak kalo nak nasi goreng ker apa ker. Tapi setahu aku yg femes kat kedai Laksa Penarak ni ialah Laksa ngan Mee Kuah Udang dia.

 Pas dah isi perut.... baru lah semangat nak mulakan shopping. Makin maju nampaknya Pak Hj. Mail nih. Now dah ada shopping complex sendiri uolsss. Baru bukak bulan Mac hari tu. Lokasi berhampiran Petronas nak ke Idaman Suri tu. Tapi lom byk lg kedai bukak dalam ni. Pastu rasanya macam dia nak buat Hotel gak kat sebelah kompleks ni. Time aku pi tu... still dlm construction. Kalo betul la dia buat hotel... perghhh makin kencang la business Pak Hj. Mail ni. Sure hotel full sntiasa. Yer la org pompuan suker la kan... pas shopping je leh terus suh laki hntar hasil shoppingan masuk bilik.

 Ni bahagian dalam kompleks. Msuk jer pintu yg aku dok brgambar kat atas tu... Belah kiri jer leh terus nampak ni. Hahhhhh... apa lagi.. tarik trolley la. Mmg selesa sket shopping kat sini. Tempat besar, luas and teratur jer.... ada aircond lg. Senang and selesa nak pilih barang. First day ni baru survey2 harga jer.. beli coklat sket utk makan dalam keta. Tapi dalam dok survey tu... dapat gak aku beli grill pan vantage. Ya Allah... gembira tak terkata. Hahaha... nmpk sgt dah tukar status makcik kan... beli periuk belanga dah hepi. Dulu tak mcm ni pon... 

 Budak baru lepas menangis lepas tersembam gedebuk kat dalam kedai hj mail. Berlari lah lagi.... toksah dgr ckp mak ko nih...

 Auwww Remy Ishak!!!! phuihhhhh. Perasan Remy Ishak ke bang bila pakai baju camtu??? Pelissss lahhh... 

 Malam tu kitorang dinner kat kedai EE Burger Trimula Cafe. Last year pon aku mkn kat situ gak. Sedap and murah. Nak tau details location EE Burger ni korang pi la click entry JJCM aku last year. Ada link kat side bar tu. Ai is x rajin nak type byk2 kali.


 Budak kecik kat sebelah tu complaint... mama ni sket2 fesbuk.. sket2 fesbuk... kita nak main tipon mama pon x dpt. Dasat budak2 skang kan?? Selamba jer sound mak dia. Kalo mak ko ni dlu... xde berani nk ckp mcm tu ngan wan ko tau. Kalo nak merasa mulut kena tenyeh cili api... ckp ler mcm tu..


 Ada banyak menu kat EE Burger ni. Ko nak nasi goreng.. nasi lemak.. mee.. sate.. western.. sumer ada. Tapi mesti lah aku pilih western kan. Harga dia reasonable.. and food pon sedap.

 Macam biasa.. chicken chop blackpepper dihatiku. RM9.



Air mangga size M..RM4.50. Aku share ngan Alysya.


EE Clam Chowder RM8. Ni ala2 macam mushroom soup gak la kat dalam roti tu. 

 Sebab aku yg sampai dulu.. so food kitorang 3 beranak la dpt dulu. Yang lain smpai lambat... dok shopping x abis2. Especially mak aku la. berjam2 dok dlm HIG tu belek pinggan mangkuk. Sambil makan kitorang discuss pasal nk g mangrove tour esoknya. Owh yer... total makan kat EE burger utk 10 org..RM94.80 jer. Menu campur2.. Chicken chop 2 set, lamb chop 2 set, clam chowder soup, nasik goreng + telur dadar, Kuey tiow 2, nasik lemak ayam ngan minuman. Kira ok la kan???

sambung.... Day 2


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

Hirda Ibrahim said...

bestnya langkawiiiiii...
ni ada aku pi gak ujung thn ni.
seperti biasa.. bila pi langkawi, terus jadi makcik2 kan? tulahh.. mengata lagi kat mak aku dulu.
padan muka diri sendiri now.

u look gorgeous la poms. serius slim.
Remy ishak tak nampak sgt coz pose tepi kan???

Jasfyra said...

bestnya langkawi!!
mmg xkan muak p langkawi kan,nk p lagi la nnti

Cik Puan Mimi said...

haha betul ko, mak2 kita dulu cuba la cakap lebih sikit, mau dicilinya mulut tu..

eh 10 orang RM94.80? ok sangat la tu ko, sorang tak sampai RM10.. murah bebenor

Miss Eydha said...

As salaam sis, u book hotel thru agoda ke? Or directly kt website rwl?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails