Monday, March 07, 2011

Kota Kinabalu - Day 2

ok, hari tu ada yg tanya aku parking kat LCCT tu brapa hinggit. Ekceli, hari tu parking aku kt LCCT tu adalah FREE. Kenapa??? x percaya??? Betul laaa...aku x byr sesen pon parking tu. Korang perasan x kt sebelah Pusrawi tu ada signboard tulis "Tempat Letak Kenderaan Percuma". Haaa kt situ lah aku parking. Tp, kt situ ikut nasib korang lah. Sbb parkingnya tak byk. Aku hari tu mujur la, elok kitorang masuk je, aku sebijik keta yg nk keluar. Kalo x trpaksa la park kat parking LCCT. Tak silap aku untuk 4 hari dkt RM150. Tu kena konpem dgn cik puan Mimi sbb dia penah parking kt situ.

Untuk tau rates kat Marina Resort tu, sila click sini yer ..MARINA RESORTS.
Ekceli Marina ni dia under Promenade. Ok kita smbung citer Day 2... (Ahad - 27/02/11)

pagi2 lg seblom pukul 6 aku dah trjaga. So mandi siap2 sbb plan nyer nk pi Pasar Gaya (Sunday market). Sesapa yg pi KK, haruslah pi Pasar Gaya ni. Tp dia bukak hari Ahad je dari pukul 6.30 pagi - 1.00ptg. Owh yer, kami pi berdua je. Sbb pagi tu hujan gerimis sket. Lg pon Alysya tgh baikkk nyer brgulung kt dlm selimut lg.


macam2 benda ada dijual di Pasar Gaya tu. Antaranya perhiasan ala2 Bali mcm nih. Cantikkan. Tp aku x bli pon. Tgk2 je.



sapa yg nk buat foot massage ngan reflexology pon boleh. Tu org buta yg urut tu.




brlambak okeh jual siput2 n cengkerang2 nih. Geram je aku tgk. Ni kalo buat prhiasan letak dlm aquarium cantik kan. Tp aku x beli jugak...Susah mau bawak la.




mmg macam2 benda dijual kt situ, bukan sahaja baju, makanan, prhiasan, Fridge Magnet malahan binatang jua ada dijual like kucing yg comel ini, hamster, anak anjing pon ada jual koooo..


ehh tetiba dah kt hotel balik. dah puas pusing2 kt jalan gaya tu kitorang balik hotel utk bfast. Ingatkan bf kat hotel sedap la. Tp rupanya sama gak..ke lauttt. Mmg takleh diterima oleh tekak. Owhhh sedehhhh. Sebulan duk KK mau kurus aku camni.


ini lah keta waja yg kitorang sewa tu. condition tip top. Plat KL lagi. Ni brsiap2 nak pi Jesselton Point. Aktiviti hari kedua ialah snorkeling.

Dah smpai ke Jesselton Point. Dkt je, 10 minit dah smpai (if naik keta la). Parking dia charge sejam = rm1.00.


Ada byk counter yg menawarkan pakej masing2. Tp aku dah survey 3-4 counter, sama je pon yg dorang charge. Bayaran ke pulau :
1 pulau = RM17 (adult), RM12 (kid)
2 pulau = RM27 (adult), RM22 (kid)
3 pulau = RM37 (adult), RM32 (kid)
untuk snorkeling : tambah RM10 (mask), RM10 (jacket)
bayaran untuk terminal : RM7.20 (adult), RM3.20 (kid)


kami decide untuk pi 2 pulau je - Pulau Manukan & Pulau Sapi. Sbb dorang kata pulau yg cantik ialah dua pulau ni. Dorang kata Pulau Mamutik kurang cantik. Itu aku x tau la sbb aku x pegi kan. Lg pon kami nk jimat masa. Takut trkejar2 nanti.


Tiba di Pulau Manukan. Mmg cantik pon pulau ni. Macam2 kemudahan ada. Ada chalet yg cantik2. Tp mahal giler.


dah smpai sini kena bayar lagi conservation fee plak - RM3 (adult). Ini bayaran untuk masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman (Pulau Mamutik, Manukan, Sapi).



cooi mmg pantang nmpk benda2 macm ni. Konpem mesti dia amik gambar. Ko minat nk pi brperang ke???


budak ni mandi kat tepi2 je. Mak pak dia pi snorkeling. Eh mujur ada parents aku, leh dorang tgk2 kan echa dan barang smntara aku n cooi pi snorkelling. Kalo x kena la brgilir2.





byk giler ikan kt sini. Ko x yah nk snorkelling pon xpe. Tgk dr atas je dah nmpk ha, air dia jernih.



eh tu bukan aku yer. Tu ntah nyonya mana ntah. Dia dok bg ikan tu makan. So ikan dok kerumun dia, aku pon pi la amik gambar ikan tu.

Alysya yg kelaparan. Owh kalo korang plan nk pi pulau nih, siap2 la mmbeli segala bekalan hidup yer. Bli air & food siap2 sbb kt sini ada gak kedai tp mahal sket. So baik beli siap2 kt kedai or giant ke.


eiii geram tgk ikan ni meremut2 kt situ. Dah ler jernih je. Rasa nk terjun je. Ini kat jeti. Dari atas jeti dah nmpk ikan brlambak2.



ok, kita gerak ke Pulau Sapi plak yer...




Pulau Sapi ni lg cantik. Tp pulau dia kecik sket.


Haa... tgk betapa byknya ikan kt situ.



kt Pulau Sapi ni facility dia kurang sket. Xde meja utk duduk n letak barang. So kitorang port  la kt tepi tembok ni je.



kat Pulau Sapi ni ombak dia kuat sket. So sesapa yg bwk anak tu, tgk2 la anak korang yg mandi kt tepi pntai tu. Bahaya sket, lg pon byk batu karang kt tepi2 pntai tu. Sakit la kaki nk pijak.


dah tukar baju segala, gerak nk balik. Kami janji dgn driver boat tu suh amik kul 3pm. Punya la laju dia bwk boat nih. Melambung2 smpai sakit2 badan aku dibuatnya.


Bye2 Pulau Manukan & Pulau Sapi. Ada rezeki, kami dtg lagi.


sambung day 3....

6 comments:

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

ko beli apa kat pasar gaya.. barang murah lagi ke dari pasar philipine?

wah hari kedua lg syok pi pulau.. aku pun kalau ada rezeki ke sabah, mmg dah berangan2 ke pulau..

jernih giler air, sampai namapak ikan2 seme .. aku dulu pun siap bawak roti sebab nak bg ikan makan

Jasfyra said...

bestnya sham...dah lama aku xlayan snorkeling.mmg cantik la pulau2 tu kan..rasa nk p skg je..haha

☆ lieya latif ☆ said...

bestkan sham...mmg santai gile pi sabah kan..seb baik takleh berbikini..mau kite berbikini jugak haahahahahaha......

rndu wei kat sabah bile tgk entry ko nie...tgu laa anak2 aku dah besar nanti, sure aku ulang jejak ke sane....

betul kan koo food kat sane kelaut....tak leh diterima tekak kan....tapi budak2 suek la kot sbb tak pedas kan......ape2 pun mmg nampak echa enjoy gile!~

Zana_MamaBatrice said...

yup...best giler kan...dtg sabah, mmg WAJIB gi island trip...tp hari tu aku gi pulau mamutik jer...hubby aku nak gi dive kan....ala, pergi 1 pulau pun cukup sebenarnya..coz' sama jer....yang penting..ikan2 nya jinak2 semua..tak yah gi jauh2 pun takpe...hari tu aku tak dpt nak snorkeling..batrice meragam, takut kena tinggal...tak kira, next trip akan ku pastikan aku gi snorkeling...batrice tinggal ngan nenek dia kat pantai...ha ha ha ha ha

betul ler wei..sana makan mmg kurang sikit
sumer serba tawar..pastu tak reti pedas...tp seafood adalah yg terbaik dgn chicken wing...adeh....rindunya nak ke sabah.

Emy Omar said...

Sham,bestnya baca entry awak cuti-cuti Sabah ni..tak sabar pulak nak menjejakkan kaki ke sana..

Hirda Ibrahim said...

bestnya ko...
terus teringin nih....
especially part snorkling tu.

wahh kereta plat no KL tu.
a ah kan, sib baik parents ko ada. leh tlg tgk2 echa. leh ko bersnorkling dgn aman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails