Friday, October 25, 2013

Penang 2013 ~ Day 3

hari ni hari last kat Penang.. rasa xmo balik pulak sbb x puas jalan2. Tapi terpaksa la balik jugak...giler ko xmo balik?? Esoknya nak raya Haji ok. Mau jd anak derhaka kalo x balik raya kang.

Bangun subuh tu aku dah terus pack baju siap2.  Dah asingkan baju2 mana yg nk pakai nnti. Senang nnti... capai beg je terus check out. Pastu biasalah kan..pagi2 sejuk2 ni mulalah rasa lapar. Tapi masing2 malas nk keluar..so plan nk tapau je food. Sumer setuju nk try makan Nasi Kandar Kampong Melayu. Hebatttt..pagi2 dah belasah nasi kandar. Yang pegi tapau ber-4 je..aku, Cooi, adik ipar aku Firdaus ngan anak sedara aku Fikri.
Gigih mencari Nasi Kandar Kampong Melayu. Nak pegi sini ikut arah ke Penang Hill..nnti ada signboard ke Kg. Melayu, masuk kanan. Dia betul2 bawah flat dekat ngan pasar pagi. Mula2 kitorang x jmpa gak. Pastu sib baik aku nmpk org naik moto..sangkut plastik kuih ngan sayur keluar dari simpang tepi flat tu. Terus jalan arah situ...alhamdulillah jmpa. Kitorang smpai kedai ni dlm kul 9 kot. Ramai dah org beratur n makan kt situ. 

Kalo nasi kandar ni aku pening sket nk pilih lauk apa...byk sgt lauk..naik confuse nk pilih. Sudahnya amik yg basic je. Dah siap tapau sumer...skali anak sedara aku yang Fikri tu kata dia nk makan kt situ..dia dah lapar. So layankan jer la.

Tengah tggu Fikri makan...hujan turun lebat pulak. Mana leh tahan tgok si Fikri tu je menyuap. Aku pon bukak aku nyer bungkusan nasik...mak ngap kt situ jugak. Aku pilih lauk ayam goreng ngan udang. Sebab yg ni tapau...so kuah dia dah curah siap atas tu. Terpaksa la aku mkn kuah kari banjir ni. Sedap jugak...cuma mmg aku bukan peminat nasi kandar jer. So takde la aku teringat2 nasi kandar ni. Nasi Kandar Kg. Melayu ni mmg bukak awal pagi smpai tengahari je. Ko dtg lmbat sikit mmg melopong la.

Kitorang check out ngam2 kul 12 t/hari. Lepas check out...gi Hard Rock Penang nk beli souvenir plk.

Dorang dah letak pagar la pulak kat patung MJ ni. Tak dapat nk amik pix manjer2 ngan MJ.

Awat la tecit sgt ko ni Dina...dah la nmpk kak Lysya ko mcam giant jer...hahaha. Auwww tq Auntie Hirda for d baju.... Like sgtttt...


Bila lah nk merasa dok sini pulak yer... lom mampu lg nk byr hrga bilik mahal2 cmtu.
Rasanya sapa yg g holiday kat Penang mesti datang sini nak snap pix kan. Tak dpt stay sini..dpt posing2 pon boleh la.


 Suka tgok lampu ni...cntik sgt.

 kaler lampu dia brtukar2..


Dahh... cukup. Pastu kitorang g umah mak sedara BIL aku kat Balik Pulau. Dari Feringhi tu tak jauh sgt dah. Kat situ...mak sedara dia jamu makan laksa ngan kuih raya. So beraya dulu la kitorang. Aku ni x makan laksa...so makan hati je tgok dorang bedal laksa.

Lepas dah makan, kitorang gerak nak balik...sambil2 tu singgah dulu kat Taman Rekreasi ni. Tak sure apa nama dia. Atas bukit...cantik gak view kt sini. 

 Tengah shooting citer Azura...kahkahkah...

Singgah kejap je pon...snap2 pix pastu blah pegi town. Nak borong jeruk kat Jeruk Pak Ali...n aku nk tapau Nasi Briyani kat Kapitan tu. Sahhhh... mmg aku dah kena mandrem Kapitan ni. 

Dah beli jeruk n tapau nasi briyani...kitorang pegi Gurney Drive plak. Cooi nak tapau pasembor sbb frust semalam tak dpt makan pasembor. Dah la BIL aku dok cakap sedap giler pasembor kat situ. Tu yg gigih gak nk gi tapau. Nak makan kt situ mmg dah x larat.
Pusing2 cari parking takde yg kosong. Dah ler jem giler kt situ... tensi ai. So trpaksa la Cooi turunkan aku pi tapau... while dia pusing2 cari parking. Inilah rojak pasembor yg femes kat Gurney Drive tu. Siap kuar kat paper lagi...mmg glemer. Ada yg panggil pasembor menari coz katanya uncle ni will menari2 smbil potong pasembor tu. Tapi time aku pegi tu xde plak dia menari sbb masa tu x ramai org. Dia will menari bila org ramai je. BIL aku kata masa dia pegi semalam...mmg betul uncle ni menari.


Pilih la apa ko nak... sediakan duit je time nk bayor nnti. Pilih2 punya pilih...aku kena RM16. 

Pukul 8pm mcm tu bru kitorang queue nak naik feri ni. Tu pon tak plan..ingatkan nak naik bridge je sbb dah lambat sgt. Tapi Alysya pon dah sebok nk naik ferry..so layan jer la.. bg la dia merasa.

Budak rongak yg hepi dapat naik ferry. Kakak aku dia balik naik bridge sbb nak cepat. Dia gerak dulu from kitorang. Dah turun ferry igtkan nk terus balik je...rupanya ada hati lagi nk cri tempat nk menyekek. Gugel pulak mee udang/ char kuey tiow sg. dua. Sampai sesat barat gak ler...sbb turun dari ferry tu tak tentu hala aku nk masuk simpang yg mana. 
Jumpa la kedai Mee Udang Selera Sri Tambang. Aku order kuey tiow goreng je satu share ngan Cooi. Udang pilih sendiri. Amik yg besar 4 ekor. Sumer skali harga kuey tiow goreng ni ialah RM24. Rasanya??? biasa2 je. Kat situ jugak...aku mintak pinggan extra sbb nak makan passembor yg aku tapau kat Gurney Drive tu. Perghhh mmg sedap giler la pasembor tu...terbaikkk. Itu pon x abis kitorang makan..bungkus balik...esoknya pagi raya bwk g umah mak aku. Nasi briyani aku tapau tu pon bwk umah mak aku...panaskan balik.

Kitorang smpai umah dlm kul 2.30am. Pagi raya ko bru smpai umah. Penat giler...mata dah rabak. Cooi drive smpai Perak je...pastu stop kat RnR apa ntah...tukar aku plak yg drive. Aku drive smpai Sg. Buloh...pastu mmg tak larat dah. Aku ni rabun tp degil xmo pakai spec. Bila drive malam...kena cahaya sumer mmg mata aku x tahan. Penat drive sbb kena buntang2 mata tgok jalan. Dalam perjalanan bukak radio...asik kuar takbir raya je. Dalam hati dah sebak2..pastu pikir...camni lah kot perasaan org yg kg dia jauh2 tu kalo balik malam raya. Mmg keje giler brjalan macam ni. Tak pernah kitorang g holiday time raya. Ni mmg last la...tobat xmo buat lg. Pagi raya tu giler mengantuk aku...balik umah MIL pon aku bantai membuta jer. Dah ler balik lenggang kangkung jer bawak jeruk semata2. Mmg dasar menantu hantu. Tapi mmg aku suker giler lah Penang ni. Mmg syurga makanan kt sini. Byk lg yg kitorang x sempat nk explore. So.. insyaallah nak repeat Penang lg nx year.

Tamat sudah. Sekian.



2 comments:

Hirda Ibrahim said...

gilos menarik food2 ko mkn semua poms.

sib baik muat t-shirt echa tu kooo..
lega makkk...
nampak le gegirl skit echa, pakai PINK.
hehehe

Mama Adam said...

Kalo nasi kandar, memang tak tau lauk apa nk letak. Balik2 lauk sama juga diambil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails