Wednesday, August 21, 2013

Syawal 1434H

Tahun ni 1st time aku di pagi raya di rumah mertua. Biasanya setiap tahun mmg raya umah mak aku dulu n petang baru balik rumah mertua dan akan beraya di kg sehingga raya ke-3 or 4. Tapi tahun ni aku ckp kat Cooi.. apa kata kita raya kat Rasa (rumah MIL) dulu.. nanti baru balik Selayang and balik Rasa semula. Cooi pon setuju jer. Pagi raya dalam kul 7am bru kitorang gerak balik Rasa.

Aku dah berangan konon2 nak snap pix ramai2 ngan MIL, ipar n biras, anak2 buah belah Cooi... tp apakan daya tak kesampaian pulak. Cooi joint kwn2 dia gi baraan kat kampung. Abis baraan dah tengahari and yg lain dah siap2 nk g raya umah mak sedara Cooi kat Ulu Yam.


Rumah pertama yang kami pegi.



Budak2 suka lepak lat luar.. xnak makan sgt.. minum air je yg lebih.



Anak aku mmg ada perangai merempan bila ajak berrgambar time raya.Tu muka dah mencuka xmo brgambar. Menyirapppp jer darah..



Anak2 buah aka kazen Alysya.



SIL, biras and anak buah.






Dorang2 ni sumer adik beradik. Anak SIL aku ada 6 org semuanya. Tu jer kazen2 Alysya setakat ni.


Tengah pujuk2 untuk brgambar... diva sgt ko kannn



Ni kat umah mak aku kat Selayang. Lepas raya kat Ulu Yam tu.. kitorang terus balik Selayang. tmah mak aku kalo pagi raya meriah sket sbb adik beradik mak aku n anak2 dorang akan beraya mah mak aku. Yer lah.. sejak Uwan aku meninggal.. mmg adik beradik mak aku (makngah n maksu) berkumpul kat umah mak aku coz mak aku anak yg sulung. Tapi kitorang trlambat sket... dorang sumer dah balik coz memasing ada destinasi sendiri.


Budak ni mati kutu.. xde kawan nak main.Adik aku lepas Subuh dah balik Seremban nk raya umah Mertua dia pastu ptg balik umah mak aku semula. Tu lah untungnya kawin dekat2 ni.. xde masalah nak beraya mana. Dalam 1 hari boleh ulang alik.









Bosan plak tggu adik aku x sampai2. Plannya nak gi raya umah makngah aku kat Sg. Buloh. Sbb dah tak tahan rimas... kitorang balik umah jap nak mandi n solat. Lepas mandi pkai balik baju yg sama... mood raya pertama mesti mau ada.

Lepas Maghrib family aku, family kak n adik aku, parents aku sumer gi beraya kat umah makngah. Meriah n gamat. Lupa plak nk snap pix... hadoi. Dalam kul 10lebih bru kitorang gerak balik. Mula2 aku tnya Cooi.. nak tido umah kita or nak balik Rasa. Cooi kata tido Rasa.. so baliklah kami ke Rasa malam tu.

Layan sket pix photoshoot syok sendiri kat umah kami...
























Alahai konon nak buat citer raya kedua ngan ketiga lambak dalam entry ni jugak.. tp mcm dah pnjg sgt jer... nnti up entry lain la plk. Nanti ai update citer beraya ngan artis yer. Wahhhh poyo giler... mcm gempak sgt ko tu Shamsinarr. Tapi adalah jugak dpt amik pix ngan artis kan... hahaha.. tetiba gedik.

Sehingga ketemu lagi... ok bye.


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

Puan Mimi said...

cantik kaler biru ko tahun ni.. ni biru air laut, bukan biru turqois kan.. echa pun cantik berbaju kebaya nyoya.. dah macam anak dara jek hehehe

lieyalatif said...

sumpah ko cantik sham!! aku suke tema ko...ngan baju echa pun cantik....mmg kene sgt...n lagi satu yg aku mcm teruja, ko nampak kurus hokeyyyyy!!!! sgt gojes!!

kampung cooi raye pertama dah baraan yeak...kampung aku raye ke 3 baru start....ade baraan lelaki ngan perempuan, dieorg buat ari lain2 laaa..dulu mase aku bujang2 aku rajin join baraan tu..syok jalan umah org...

Softtouch [Hanim] said...

Haah sham awk nampak sgt slim hokey...cantik sgt...sma kita biru kan...awk biru lembut.....

artis? Ni mesti azhan rani kan....kelassss....,

Hirda Ibrahim said...

cantik ko poms.. serius x tipu...
cantik2 pix raya ko...
slimmmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails