Thursday, March 20, 2014

Casa Fina FineHomes Langkawi

Ok.. nk share tempat aku stay sepanjang kat Langkawi hari tu. 1st nite aku stay kat Casa Fina FineHomes kat area Pantai Chenang. Pilih stay sini sbb nk bawak Alysya mandi laut n nk menikmati suasana malam yg katanya happening sgt kat Chenang tu.

Casa Fina ni dia style cabin.. so dia punya registration counter kat building lain. So kalo nk stay sini..request bilik yg dekat ngan registration or bilik yg depan2.

 Casa Fina ni dekat dengan Coco Valley n Underwater World Langkawi. Walking distance je. Nak jalan g Chenang Mall pon x jauh sgt. Malam2 kitorang jalan kaki sepanjang jalan Chenang ni cuci2 mata.

 Setiap cabin ada kerusi n meja ni utk bersantai2 kat luar bilik.

Kitorang amik bilik Executive Deluxe (King Bed). Bilik dia xde la besar sgt pon.. just nice utk kitorang 3 beranak. Muat la nk solat sumer.


Ada tv, aircond, kettle, complimentari tea/ coffee, mineral water sama la mcm dok kat hotel tu. Free wifi juga.

 Wardrobe dia open concept camni. Toiletries, towel, mini bar sumer pon ada. Berus gigi n ubat gigi pon ada skali. Pintu putih belah kanan tu pintu toilet.

Toilet dia luas gak.. memanjang. Bersih toilet dia. Ada water heater gak.

View kat luar cabin.

Bagi aku.. ok gak la stay kat Casa Fina ni.. cuma dia kat seberang jalan..bukan row yg dkt beach. Tapi nk g beach pon xde la jauh sgt. Cooi n Alysya jalan kaki jer balik bilik sbb baju dah basah. Cuma kalo stay kat beach ni mmg panas sket.. so bila masuk bilik agak berkuap gak la mnunggu sementara bilik nk sejuk. Pastu rasanya concept smartcard dorang sama jer.. Nak on letrik sumer kena pkai card. Bila ko remove card tu ganti card lain..dia x function. Mmg kena pakai smartcard dia gak. Card pon bg 1 je. Tapi malam2 sejuk giler la pulak. Siap pakai stokin aku malam tu.

Owh... untuk bilik macam aku tu..rate dia RM168.00/ nite. Kat sini xde gov. rate yer. Kalo nk survey boleh la contact Casa Fina :

Casa Fina FineHomes <--- sila click
Lot 53, Persiaran Pantai Chenang,
Mukim Kedawang,
07000 Pulau Langkawi.
Tel : 04- 953 3555
Fax : 04- 953 3556






1 comment:

shafrina said...

Hi salam perkenalan :)

Jom lawati blog saya
www.happyneasy.blogspot.com

Kita berkongsi cerita-cerita kesihatan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails