Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

Kota Kinabalu - Day 4 (Last Day)

hari ke-4 ni hari terakhir kami di Sabah. Pas bangun siap2 n pack sumer barang pi bfast dlu.

yg hensem dan yg jelita


control macho je ayah aku nih. sket xmo senyum. segan la tu.


smtara tggu bfast dihidangkan, kitorang snap kat area cafe situ.


last entry ni korang dijamukan dgn gambar2 posing sekitar Kinabalu Park Resort je la eh.. nothing much to story




byk giler amik gambar kt sini. sumer pic pon aku suker.


kitorang trlupa nk bwk tripod. so x dpt la brgambar bertiga beranak kt sini. nk letak camera atas meja tu nk wat self timer pon xleh. x strategik, so xpe la, amik pic brdua brgilir2 je la.








yg ni alysya amikkan. seb baik jd.


sumer pic brdua disnap oleh alysya. wahhh leh harap anak aku kan.






cubaan melompat lebih tinggi. tp kaki tu cam x terangkat je kannnn..hahahaha


dah puas posing kt situ n bfast, kami pon brgerak ke KK. Flight pukul 6.05pm tp kitorang nk singgah Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin lagi nk smbung lg bli barang. Abis setel bli barang dah pukul 1pm. So cari masjid utk solat. Lepas tu pi mkn KFC (againnn). Dlm kul 3.30pm kami gerak ke airport KK. Nak cepat sbb takut jalan jam. Leh tahan gak jam kat KK ni. Kalo lmbt kang brtembung plk ngan org balik keje ngan bdk balik skolah. Kami smpai airport dlm 3.45pm. Kereta kami janji nk return kat airport.


Flight delay jd kul 6.20pm. Bye-bye KK. Selamat smpai kt umah dlm kul 11pm. Insyaallah ada rezeki mmg tingin nk pi KK lg. Tp mebi x pi Kundasang lagi. Pastu island pon mebi nk pi Pulau Manukan je. Insyaallah ada rezeki nnt. Eh macam2 plak tempat aku nk pi kan. Banyak ke duit ko sham oiiii??? Bila nk memboyot??? hahahaha...

P/s : baca kt blog kawan2 kata kena bwk birth certificate anak kalo pi Sabah. Tapi hari tu aku pi, aku x bg pon birth cert. tu. Aku guna Mykid je kat Kastam tu. Aku siap tnya, guna mykid boleh ke? Org kastam tu kata boleh. So pasni xyah la nak bwk surat beranak kalo nk ke Sabah.


Tuesday, March 08, 2011

Kota Kinabalu - Day 3

hari ketiga ni, hari last kami dok kat Marina Courts, sbb kami nk brtolak ke Kundasang.

pagi2 mak aku dah prepare pisang goreng. Untung nya brjalan ngan mak ni kan...hehehe


siap goreng ikan tenggiri lg. Malam tu pi pasar tgk ikan tenggiri murah giler. Sekilo RM12 je. Tu yg mak aku x tahan tgk tu. Dia bli utk goreng n makan ratah2 lauk je. Sedapppp. Lg dappp dari mkn kt hotel nih.


sedap x sdp pon, tetap gak turun pi bekfes kt hotel. Rasa rugi plk x turun kan. Tp mkn pon ala kadar je. Tak selera ok.

budak ni mkn roti 1/2 keping ngan orange juice. Tu jer...patut la makin mengurus anak aku.




brgambar kenangan kt swimming pool. 3 hari dok sini, sket x merasa nk mandi kat pool tu. Agenda penuh sgt. Mula2 igt kan pas balik dari island masa 2nd day tu smpat la nk bedebush trjun pool. Tapi x dapat...masing2 dah kepenatan.






brgambar dgn background gunung kinabalu. Jarak antara K.Kinabalu dgn Kundasang/ Ranau aku rasa dlm 110 km. Drive bih kurang 2 jam la. Kematu montot dok dlm keta. Dah ler jalan dia x rata. Nak ke Kundasang ni, kalo dari K.Kinabalu, just ikut arah ke Tuaran. Pas2 nmpak arah ke Ranau just follow ke Ranau yer. Insyaallah x sesat.






singgah ke Kinabalu Park dulu. Saja amik2 gambar je dlm ni.







nk masuk ke Kinabalu Park tu kena bayar RM3. Kalo menginap resort dalam Kinabalu Park tu tiket ni valid utk 3 hari. Kalo ko stay kat Kinabalu Pine Resort or resort lain2 kt luar xleh yer nk guna balik tix ni. Kena byr lain.


ada rasa seram tak tgk pic nih? aku plak yg seram sndiri. Tetiba kt dalam hutan ni ada pompuan mana ntah berdiri dok trsenyum2. Mujur x mengilai je... Eiiii serammmmmm....



yg ni baru la x seram. Yg ni rasa jelita...kuakakaka..PANG!!! 2 das




nk jugak buat kenangan kt situ kan. Tak pasal2 alysya tersembam kt jalan. Tu la degil, aku dah kata jgn brlari. Ko nak gak berlari kan. Tu la dia...amikkk. Meraung x hingat. Abis brcalar siku ngan pinggang sumer.




dah puas berposing kt Kinabalu Park, kami terus brgerak ke Kinabalu Pine Resort utk check in. Utk rates sila lihat sini ..KINABALU PINE RESORT. Aku amik yg standard room je. Include bfast ngan dinner. Aku amik 2 cabin. Satu utk aku, 1 lg utk parents aku. Ok la sbb katil dia king size. Toilet pon brsih n selesa.


Lepas check in, elok je masuk bilik, hujan la plk. So aktiviti terbantut. Dah dkt kul 4pm baru kitorang kluar. Pi isi perut jap kt pekan Ranau. Pas2 teruskan prjalanan ke Sabah Tea. Pic kat Sabah Tea tarak. Okeh kalo ada sesapa plan nk ke Kundasang ni, sila abaikan Sabah Tea tu yer. Macam harammm ok tmpat dia. Tak menarik lgsung. Buang masa je pi situ. Jauh beza ngan cameron ok. Baik korang jln sket ke depan utk ke Sg. Tagal.

Owh yer, kami x pi pon Poring Hot Spring. Cooi xmo pi. Dia kata stakat ada kolam air panas je. Kat kg dia pon ada..boley??? brlagak betul laki aku kan. Lg pon mmg x smpat nk pi. Sbb hujan kan so timing dah lari.

Sbb smpai pon dah lmbat, smpat brgambar je la. Ngan merasa naik jambatan gantung kt situ. Sbb hujan so dorang tutup cpt sbb air sungai naik. So x merasa la cooi nk brmain ngan ikan kelah. Staff kt situ suh dtg esok paginya. Tp kitorang malas nk pegi lg. Sbb jarak dari Kinabalu Pine Resort nak ke Sg. Tagal tu bih kurang 35km++ jugak. Dia ke depan lg. pergi balik dah lebih 70km. So leceh la nk patah balik kan. Kalo jln cantik xpe la jgk.


dari Sg. Tagal pon dah lewat jgk. Sana kan cepat gelap. Seram je nk lalu kt jalan kt situ. Yer la tempat kita x biasa kan. Smpai resort dlm kul 7.30pm++ terus pi dinner siap2. Malam xde xtvt apa. Tgk tv dan mmbuta je.


sambung Day 4 (last day)....

Monday, March 07, 2011

Kota Kinabalu - Day 2

ok, hari tu ada yg tanya aku parking kat LCCT tu brapa hinggit. Ekceli, hari tu parking aku kt LCCT tu adalah FREE. Kenapa??? x percaya??? Betul laaa...aku x byr sesen pon parking tu. Korang perasan x kt sebelah Pusrawi tu ada signboard tulis "Tempat Letak Kenderaan Percuma". Haaa kt situ lah aku parking. Tp, kt situ ikut nasib korang lah. Sbb parkingnya tak byk. Aku hari tu mujur la, elok kitorang masuk je, aku sebijik keta yg nk keluar. Kalo x trpaksa la park kat parking LCCT. Tak silap aku untuk 4 hari dkt RM150. Tu kena konpem dgn cik puan Mimi sbb dia penah parking kt situ.

Untuk tau rates kat Marina Resort tu, sila click sini yer ..MARINA RESORTS.
Ekceli Marina ni dia under Promenade. Ok kita smbung citer Day 2... (Ahad - 27/02/11)

pagi2 lg seblom pukul 6 aku dah trjaga. So mandi siap2 sbb plan nyer nk pi Pasar Gaya (Sunday market). Sesapa yg pi KK, haruslah pi Pasar Gaya ni. Tp dia bukak hari Ahad je dari pukul 6.30 pagi - 1.00ptg. Owh yer, kami pi berdua je. Sbb pagi tu hujan gerimis sket. Lg pon Alysya tgh baikkk nyer brgulung kt dlm selimut lg.


macam2 benda ada dijual di Pasar Gaya tu. Antaranya perhiasan ala2 Bali mcm nih. Cantikkan. Tp aku x bli pon. Tgk2 je.



sapa yg nk buat foot massage ngan reflexology pon boleh. Tu org buta yg urut tu.




brlambak okeh jual siput2 n cengkerang2 nih. Geram je aku tgk. Ni kalo buat prhiasan letak dlm aquarium cantik kan. Tp aku x beli jugak...Susah mau bawak la.




mmg macam2 benda dijual kt situ, bukan sahaja baju, makanan, prhiasan, Fridge Magnet malahan binatang jua ada dijual like kucing yg comel ini, hamster, anak anjing pon ada jual koooo..


ehh tetiba dah kt hotel balik. dah puas pusing2 kt jalan gaya tu kitorang balik hotel utk bfast. Ingatkan bf kat hotel sedap la. Tp rupanya sama gak..ke lauttt. Mmg takleh diterima oleh tekak. Owhhh sedehhhh. Sebulan duk KK mau kurus aku camni.


ini lah keta waja yg kitorang sewa tu. condition tip top. Plat KL lagi. Ni brsiap2 nak pi Jesselton Point. Aktiviti hari kedua ialah snorkeling.

Dah smpai ke Jesselton Point. Dkt je, 10 minit dah smpai (if naik keta la). Parking dia charge sejam = rm1.00.


Ada byk counter yg menawarkan pakej masing2. Tp aku dah survey 3-4 counter, sama je pon yg dorang charge. Bayaran ke pulau :
1 pulau = RM17 (adult), RM12 (kid)
2 pulau = RM27 (adult), RM22 (kid)
3 pulau = RM37 (adult), RM32 (kid)
untuk snorkeling : tambah RM10 (mask), RM10 (jacket)
bayaran untuk terminal : RM7.20 (adult), RM3.20 (kid)


kami decide untuk pi 2 pulau je - Pulau Manukan & Pulau Sapi. Sbb dorang kata pulau yg cantik ialah dua pulau ni. Dorang kata Pulau Mamutik kurang cantik. Itu aku x tau la sbb aku x pegi kan. Lg pon kami nk jimat masa. Takut trkejar2 nanti.


Tiba di Pulau Manukan. Mmg cantik pon pulau ni. Macam2 kemudahan ada. Ada chalet yg cantik2. Tp mahal giler.


dah smpai sini kena bayar lagi conservation fee plak - RM3 (adult). Ini bayaran untuk masuk ke Taman Tunku Abdul Rahman (Pulau Mamutik, Manukan, Sapi).



cooi mmg pantang nmpk benda2 macm ni. Konpem mesti dia amik gambar. Ko minat nk pi brperang ke???


budak ni mandi kat tepi2 je. Mak pak dia pi snorkeling. Eh mujur ada parents aku, leh dorang tgk2 kan echa dan barang smntara aku n cooi pi snorkelling. Kalo x kena la brgilir2.





byk giler ikan kt sini. Ko x yah nk snorkelling pon xpe. Tgk dr atas je dah nmpk ha, air dia jernih.



eh tu bukan aku yer. Tu ntah nyonya mana ntah. Dia dok bg ikan tu makan. So ikan dok kerumun dia, aku pon pi la amik gambar ikan tu.

Alysya yg kelaparan. Owh kalo korang plan nk pi pulau nih, siap2 la mmbeli segala bekalan hidup yer. Bli air & food siap2 sbb kt sini ada gak kedai tp mahal sket. So baik beli siap2 kt kedai or giant ke.


eiii geram tgk ikan ni meremut2 kt situ. Dah ler jernih je. Rasa nk terjun je. Ini kat jeti. Dari atas jeti dah nmpk ikan brlambak2.



ok, kita gerak ke Pulau Sapi plak yer...




Pulau Sapi ni lg cantik. Tp pulau dia kecik sket.


Haa... tgk betapa byknya ikan kt situ.



kt Pulau Sapi ni facility dia kurang sket. Xde meja utk duduk n letak barang. So kitorang port  la kt tepi tembok ni je.



kat Pulau Sapi ni ombak dia kuat sket. So sesapa yg bwk anak tu, tgk2 la anak korang yg mandi kt tepi pntai tu. Bahaya sket, lg pon byk batu karang kt tepi2 pntai tu. Sakit la kaki nk pijak.


dah tukar baju segala, gerak nk balik. Kami janji dgn driver boat tu suh amik kul 3pm. Punya la laju dia bwk boat nih. Melambung2 smpai sakit2 badan aku dibuatnya.


Bye2 Pulau Manukan & Pulau Sapi. Ada rezeki, kami dtg lagi.


sambung day 3....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails