Tuesday, May 29, 2012

Zoo Negara ~ Menang Contest Astro

Aku menang contest Astro "Pada Zaman Dahulu" dan dpt 2 tix free entrance ke Zoo Negara pada hari Ahad 27 Mei 2012. Tp 2 tix free tu untuk 1 adult ngan 1 kid sahaja. Means aku kena bli 1 tix adult. Last pi Zoo masa aku umur 20 tahun kot..pi ngan kawan2 skolah. Hahaha lawak plk bila teringat. Masa tu tiket zoo belas2 hinggit jugak, tp x igt brapa. Sekali hari tu, trkojut den tgok harganya.



tu diaaa.. adult RM20 tu. Tp untuk budak2 ok la jugak. Sib baik kena bli sekeping je tix adult. Kitorang smpai kat Zoo Negara dlm kul 8.45 gitu. Orang pon x ramai lg. Dpt parking dgn senangnya dan dekat.
 

Astro buat sesi lawatan ke dalam Zoo Negara with guide selama sejam. Lepas tour tu bolehla buat xtvt bebas nk pusing2 kt dalam Zoo tu. Patutnya ada dalam 100 org joint tour ni. Tp aku tgok x smpai 30 orang pon. Rasanya dorang malas nk ikut tour ni, dorang jalan sendiri2 je kot.

 
Orang dgr briefing..ko gedik brgambar. Alysya ni now ada mood plk nk brgambar. Kalo dia xmau..mmg xmau la. Takpe lah nakkk.. ko xmo sudah. Biar jaja gambar mak ko je..
 

Dah start tour.. lom apa2 dah amik gedik2 brgambar. Gelak je cameraman Astro tu tgok aku. Masa co'oi snap pic aku ni, cameraman astro tu ada snap jugak. Tetiba terasa mcm artis..hahaha..bangang
 

kat kandang zirafah. Echa peminat zirafah, dia kata zirafah comeii..hehehe. btw, ni kali kedua kitorang bwk echa pi Zoo. 1st time echa g zoo ialah Zoo Melaka. Eh Zoo Melaka murah je tix masuk dia. Haiwan2 kt situ pon not bad gak.


suka sgt ngan pic ni. Kelihatan flawless sungguh wajahku.. ahaksss


 kat kandang gajah. Sebelah menyebelah je ngan kandang zirafah.





bila rasa gambar2 tu adalah cntik untuk dijaja *cantik ke??* maka letak la lebih2 sket..hahaha
 

en. boya... echa takut giler tgok buaya. Maunyer tak, seram je tgok muka boya tu..

blom apa2 dah pow aiskem. Dah ler mahal..rm2.50 tu.. Kat luar rm1.20 je

 
kura-kura gergasi
 



keluang man. Kat sini ada sang kancil juga. Tp kecik je, dah tu menyorok kat celah2 daun. Org dok kerumun nk snap pic. Eh x koser la aku nk menyebok sama.
 

Tapir. Hazab betul bau kt kandang dia..eiii x lalu
 


Beruang. Dah tu agaknya bear ni.. Bulu pon dh jarang2.
 

Kuda apa ntah..lupa plk aku. Bantut je. Dah la tu, elok je brdiri keras kt situ x gerak2. Sopan je haa...
 

Landak. Ada org kata, landak menyerang dgn melepaskan duri2nya kepada mangsa... Ala2 duri terbang gitu. Tapi itu semua dustaaa. Landak menyelamatkan diri dengan cara mengundur ke arah pemangsa. Duri2 di badan adalah mudah trcabut dan akan melekat kepada pemangsa.
 





Diva sgt ko kan???
 





Penguin. Terus echa jerit..ini mcm citer madagascar!! hehe
 

Sampai kt sini je tour nya. Lepas snap pic beramai2 boleh la buat aktiviti bebas. Nak balik ke or nak sambung lagi jalan2 kt dalam zoo tu. Sebab byk lg haiwan x tengok. Singa, rimau sumer lom tgok lg.
 

tunggu show dulu, start kul 11am.
 



tp kitorang x tggu pon smpai abis show. Gile panas kt situ. Tak larat aku, baik smbung jalan2 tgok haiwan.

 


Simba the Lion King. Kat area sini ada harimau belang, harimau bintang dll. Tp x snap pic pon. Masa tgok leopard, tetiba ada dtg sekor cheetah brlari smbil mengaum, pastu hilang kat semak2. Uih scary koooo. Yang leopard tu pulak elok brlegar2 dpn kitorang. Dekat je, tp dalam kandang jaring halus2 tu la. So amik gambar x brapa clear sgt.


berlatarbelakangkan badak sumbu. Badan pon dah mcm badak.. owh kejammmmm.
 

Berlatarbelakangkan zirafah dan zebra. Echa suker zebra. Ni pon dia dok tringat citer madagascar jugak. Sabar yer nakkk. Mak ko paham maksud ko tu. Mesti nk ajak tgok Madagascar 3 kannn?? Minggu dpn bru release citer tu yer...
 

Ini Marty dalam citer Madagascar

 
Berlatarbelakangkan unta..
 

Haa... yg ni mcm citer apa pulak cik echa???
 

Kat planet of apes.. hahaha. Sedara sapa la ramai kt sini yerr
 

Orang utan. Yg sekor ni mesra camera sungguh. Elok je senyum pndang2 kat org yg dok amik pic dia.
 

Ni mak dia or nenek dia kot. Dah tua sgt agaknya. Duduk je situ x bangun2. Duduk kt situ smbil cabut rumput. Dok la kutil2 rumput tu. Sebijik gaya cam org2 tua dok trmenung.
 

sedara sapa ni??

 
Dekat je..hanya dipisahkan oleh pagar n sungai/ kolam kecik tu. Seriau pon ada gak, takut kalo dia melompat terkam kitorang. Tp cooi kata ada elektrik kt tepi pagar/ kolam tu. So xde la dia trlepas. Owhhh begituuu.
 






masa sampai lupa nk snap kat entrance. So masa balik bru snap. Uihh wajib snap pic kt depan ni, baru la nmpk pi Zoo Negara.

 
Dahh..moh kita balik. Tak larat aku dok lama2 kat Zoo ni. Kitorang blah dlm kul 1.00 camtu.
 
 Goodies bag from Astro, dapat frame gambar. Owhh..pompuan tu bukan aku yer *motif bgtau??*..hahaha


selain itu, echa dpt buat loyalty card Zoo Negara secara percuma (for astro winner). Kalo tak, nk buat loyalty card tu kena byr rm20. So dgn loyalty card ni, leh masuk zoo tanpa limit. Nak pi hari2 pon boleh. Errr apa jadah nk pi zoo hari2? Kalo makpak pon dpt masuk free or dpt disc. 50% ok la. Tp sbb dah bg free,  buat je la loyalty card ni.


 kat belakang ada gambar. Snap kat situ jugak masa buat card. So scan terus kat card.


 buat loyalty card dpt free bag ala2 shopping bag ni. Tapi dia jenis sangkut kt belakang. Yer la for budak2 kan. Tp yg x tahan tu tahun 2009?? Giler lama. Takper la. Dah free, redho je la.

Overall.. suka sgt dpt menang contest astro ni coz dpt tix masuk Zoo Negara. Mmg dah plan nk bwk echa pi zoo. Walaupun echa dah penah pi zoo melaka, tp zoo negara lom penah pi lg. Pastu org pon x ramai sgt. Mula2 risau gak, kalo org ramai sgt, sesak, maklumla cuti skolah kan.. Hari Ahad lak tu. Tapi ok je. Nk stop rehat n makan2 pon banyak je kerusi kosong. Ok la. So.. TQ Astro sbb bg peluang ini. Lenkali bg saya menang lg k..

 



Thursday, May 24, 2012

Movie Review ~ What To Expect When You're Expecting

semalam, after ofis aku g layan movie kat Cineleisure Curve. Dah sebulan kot trpandang billboard dia kat LDP tu. Tgok ada Cameron Diaz ngan JLo tu yg teruja nk tgok.

Filem ni diadaptasi dari sebuah novel sebenarnya. Dalam filem ni dia ada 5 cerita, sebab ada 5 couple dalam tu. Tapi semuanya brkaitan psl 1st pregnancy.

Synopsis

Over the moon about starting a family, TV fitness guru Jules and dance show star Evan find that their high-octane celebrity lives don't stand a chance against the surprise demands of pregnancy. Baby-crazy author and advocate Wendy gets a taste of her own militant mommy advice when pregnancy hormones ravage her body; while Wendy's husband, Gary, struggles not to be outdone by his competitive alpha-Dad, who's expecting twins with his much younger trophy wife, Skyler. Photographer Holly is prepared to travel the globe to adopt a child, but her husband Alex isn't so sure, and tries to quiet his panic by attending a "dudes" support group, where new fathers get to tell it like it really is. And rival food truck chefs Rosie and Marco's surprise hook-up results in an unexpected quandary: what to do when your first child comes before your first date?



 Pasangan Pertama : Jules (Cameron Diaz) dan Evan (Matthew Morrison)
Sweet betul couple ni. Yg lelakinya hensem, yg pompuannya cantik. Jules wpon pregnant tp mmg fit abis n kuat bekerja. Sbb bagi dia..tiada apa yg dia x boleh lakukan. Motto dia ialah "You Can Do It". Lawak betul bila time meneran laki bini dok jerit..you can do it..haha



ya allah..comeinya perut. Kalo la aku peknen perut n bdn mcm ni kan best.


Pasangan Kedua : Holly (JLo) dan Alex (Rodrigo Santoro)
Holly seorang photographer dan selalu amik gambar budak2. Malangnya Holly ni x boleh pregnant. So dia plan nk amik anak angkat. Tp husband dia Alex mcm blom brsedia. Ada part yg sedih kat Holly ni bila dia blame diri dia x dpt nk mengandung. Masa part dia amik anak angkat pon sedih sgt. Touching giler.



Pasangan ketiga : Wendy (Elizabeth Banks) dan Gary (Ben Falcone)..alahai x jmpa plk pic ngan husband dia
Dalam citer ni, Wendy mengangankan sesuatu yg indah bila mengandung tapi x kesampaian. Sebab dia mengalami perubahan emosi, fizikal yg agak teruk. Part Wendy mmg kelakar sket. Wendy juga cemburu kepada mak tirinya (yg lebih muda usia) sbb dlm masa yg sama turut mengandung bayi kembar.


Pasangan keempat : Rosie (Anna Kendrick) dan Marco (Chace Crawford). Ohemjiii..hensem giler mamat ni.

Marco ni suka kat Rosie tp Rosie x brapa nk layan. Then dpt tahu Rosie pregnant (one-night stand). Kiranya dorang ni jadi couple becoz of Rosie pregnant. Tapi bila Rosie keguguran, dia rasa frust sgt and buat keputusan utk putuskan hubungan dgn Marco sbb dorang mmg tak pernah bercinta.


Pasangan kelima : Skyler (Brooklyn Decker) dan Ramsey (Dennis Quaid)
Skyler yg sgt muda brkahwin dengan Ramsey yg merupakan bapa kepada Gary (suami Wendy). Mereka adalah pasangan yg gila2. Wpon pregnant, Skyler tetap kelihatan cantik dan bergaya (still pakai hi-heel okk). Sbb pregnancy menyebabkan dia merasa sungguh brtenaga, horny (xleh blah) dan gembira.

Pada aku cerita ni sgt menarik untuk ditonton. Walaupun dialog dlm cerita ni agak lucah..ops movie diklasifikasikan sebagai PG13 yer. Yang bawah umur xleh tgok. Macam2 emosi ada..happy, kelakar, sedih. Bila part sedih tu, aku siap nangis smbil usap2 perut lagi..hahaha..konon2 ko peknen ke??? Untuk mengetahui lebih lanjut kesudahan cerita ini, so apa lagi, pergi lah korang terjah panggung yg brdekatan.

btw.. aku buat review ni saja suka2. So jgn nk hentam aku bg review ntah hapa2. Aku bukan nya pengulas filem professional. Aku bg review mengikut pandangan dan apa yg aku rasa.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails