Auwwww tajuk nak gempak jer kan.. padahal bukan apa sgt pon.. poyo jer lebih. Org jarang masak camni ler.. bila sesekali masak kena kompang lebih.. hahaha.
Ni citer berbuka semalam. Hari Sabtu buka kat umah mak aku jer..sbb adik aku kat Seremban tu balik.. so semua sekali pakat2 buka umah mak aku. Ewahhh... semua tu mcm ler rmai sgt kan.
Hari Ahad aku xde g mana.. Cooi g ofis la plk. Dah tengahari mula la serabut dok pikir apa nak masak buka nanti. Kat dlm fridge mmg ada ayam ngan udang jer. Alysya puasa semalam... dia tgok aku dok lepak layan ipad dia dh memekak... bila nk masak ni mama.. nnti nk buka nk mkn apa? Ishhhh.. kecoh tul budak nih... xtau ke mak ko tgh gugel resepi nak masak ni... hahahaa.
Kul 5 bru aku start masak. Nak buat ayam goreng berlada/ ayam masak merah peberet Cooi. Dia mmg suka mkn masakan bersambal. Paling suka sambal ayam ngan sambal telur.
Sambil goreng ayam.. kita goreng udang gak... nk buat butterred prawn. Dulu aku penah try buat buttered prawn ni.. rasa ok la tp sarang dia x menjadi... dia mcm berketul2. Kali ni try resepi Hirda plk. Terasa isteri mithali sungguh semalam... duduk umah masak sambil tunggu laki balik keje nak berbuka.
Hari Jumaat.. time lunch tu pegi Tesco Paradigm Mall jap. Beli udang n ayam. Suka aku... besar2 udang dia. Puas hati.
Kenmain comot kuali ha... beria menumis.
Dah siap 1 lauk.
Sarang/ kuning telur yg dah siap digoreng untuk buttered prawn.
Ayam Masak Kicap untuk Alysya.
Hepi giler sbb menjadi buttered prawn aku. Cooi kata sedapppp. Bangga giler... kembang2 idung ai...
Ayam Masak Merah/ Ayam Goreng Berlada. Yang ni aku terer masak.. so campak2 jer bahan... xyah rasa pon xpe.. amboiii brlagaknya kauuu..
Rezeki berbuka kami semalam. Alhamdulillah.... Air tu Cooi beli kat Param jer.
Ni sahur pagi tadi... menu sama mcm malam td.. cuma tambah telur dadar jer.
Anakanda yg byk songeh ni bru dpt puasa 3 hari. Mudah2an hari ni dia dpt puasa penuh...amin.
Sapa2 nak try Buttered Prawn tu leh try resepi ni yer (TQ Hirda for sharing) :
Bahan2 for sarang:
~ 2 - 3 biji telur kuning. (dipukul)
~ Satu cawan minyak masak - aku x sukat pon... agak2 je
~ Satu senduk butter - x sukat gak... agak2 je
Cara2 masak Sarang:
~ Panaskan minyak & butter.
~ Bila minyak dah panas n butter dh cair, kacau tanpa stop minyak tu, sambil tu tuang kuning telur tu slowly. Kacau gunakan senduk dan kacau secara pusaran. Jangan berhenti sampai telur masak and nampak garing.
~ Angkat dan toskan.
Bahan2 for udang:
~ Udang besar (ikut brpa byk korang nk makan)
~ Butter dlm 2 - 3 sudu.
~ Susu cair - suku cawan or agak2 brp byk udang digunakan
~ Daun kari 1 tangkai
~ Cili api, 3-4 bijik
~ Bawang putih 4-5 ulas (dicincang)
Cara2:
~ Perapkan udang dgn pepper & garam.
~ Goreng udang. Jgn lama sangat. just nice sampai udang tukar kaler. Gunakan minyak balance goreng sarang tu je.
~ angkat udang and tos.
~ Panaskan butter (dlm pan/kuali bersih).
~ Tumis bwg putih + daun kari + cili api sampai naik bau.
~ Masukkan susu cair.
~ Masukkan garam + serbuk perasa
~ Masukkan udang.
~ Gaul bg rata sampai susu/ kuah jd pekat n creamy
~ Angkat dan letak dlm pinggan.
~ Taburkan sarang atas udang.
~ Siap.
- Posted using BlogPress from my iPad