Friday, January 30, 2015

Krabi 2014 ~ Day 3 (Hong Island)

Hari ketiga (19/11/2014) plak kitorang amik package Hong Island. Package ni kitorang dapat sama harga gak RM110/ person sbb kitorang pilih naik speedboad. Package include sumer sama... lunch, hotel transfer semua lah. Kalau naik long tail boat harga dia murah sket dalam RM70-80/ person. Hong Islands trip ni dia akan bawak pegi 5 islands ... Daeng Island, Hong Island, Hong Island Lagoon, Lading Island n Pakbia Island.
 
Macam biasa, driver jemput kul 8.30am. Takut terlewat, kitorang bawak turun megi mkn kat bawah... mmg ada sediakan meja kt situ. Bfast megi jer. Owh yer... hari ni kitorang akan check in hotel lain plk. So kitorang dah check out siap2. Beg kitorang tinggalkan je kat reception tu. Nnti abis trip Hong Islands.. suh driver hantar kat hotel ni balik nk amik bag.
 
 
Meluat je Cooi tengok aku dok selfie...ehhh sebok jer org tua ni tau.
 
 
Lepas bahagi kumpulan ikut trip dan diberi sticker.. kami dibawa ke Nopparat Thara Beach pulak. Yang amik trip Hong Island from Barracudas dlm 5 orang je so dorang joint kan kami dengan grup dari agent lain.



 
Suka sangat sebab x ramai sgt.. naik pon boat kecik je.. ada dalam 15 orang je kot. Pastu kitorang 2 org je yang Melayu.











 
Tak sure apa nama tempat ni.. kitorang x mandi kat sini... g sini utk sightseeing je. Antara 5 tempat tu... 3 tempat je boleh turun mandi n snorkelling.


Aku suka mamat yg guide trip kitorang ni. Budak tu sporting sgt. Pastu rajin plk nak tolong snapkan pix kitorang. Kitorang x suruh pon... dia yg offer. Bagus sgt.




 
 
 Air ni mmg dah include skali dalam package tu. Boleh minum selagi ko larat.


 Murah giler air gas kat sana
 
 
 Singgah sini plak.. lupa sudah apa nama tempat ni ...mklum la dah 2 bulan pegi. Stop kat sini dlm 45 minit.




Crystal clear ... subhanallah mmg cantik sangat. Tengok ikan2 ni berenang2... geram je
 
 
 
 
 
 
 



 
 



 Aku beli casing plastic yang boleh bwk masuk hp dalam air tu. Tu yang berani snap dlm air ni. Tetiba ada plk wayar trsembul... sori la bang..
 
 
 Ini bukan nk poyo pakai shades mandi laut. Masalahnya cuaca panas brdenting... aku x larat nk bukak mata.
 

 Yang ni pon mamat boat tu yang snap kan... Gigih betul dia.



 
 
Lepas tu kami dibawa ke Lading Island. Kami lunch kat sini. Island ni kecik je.
 
 
Sebab td kitorang kan joint grup agent lain, tapi lunch tetap Barracudas yang sediakan. So yang amik trip ngan Barracudas dpt makan buffet. Yang trip lain dorang dpt yang dah siap pack. Untung la yg makan buffet.. kalo x cukup leh tambah lagi. Dah la ada 5-6 orang je yang under Barracudas ni.. mmg berlebih2 nasi ngan lauk. Kitorang siap offer yg lain utk makan sekali.
 
  
Sapa yang amik package Hong Islands by long tail boat... inilah long tail boatnya.
Tak dapat naik long tail boat... dpt bergambo cukuplah. 




 Dah kenyang terus smbung snorkelling.
 

  Last sekali kami dibawa ke sini... rasanya ni lah Hong Island... hahaha.
 
 

 






 Kat sini boleh snorkelling and relaxing.
 
 
Omputeh suka la kan... terdampar je tengah2 panas tu. Aku sibok cari pokok nk brteduh. Aku snorkelling kejap je kat sini. Batu karang byk sgt.. smpai luka kaki aku. Cooi je yg dok layan. Aku dok bwh pokok smbil berselfie mcm org gila snyum sorang2.
 
 
 Lepas Cooi dah puas berenang ngan ikan... kitorang pusing2 nk tgok apa yg ada kt situ.
 
 
 Kesan tsunami
 
 



Dahhh... moh kita pulang ke pangkal jalan. Kitorang sampai hotel dalam kul 4.30 camtu kot. Tumpang toilet kat luar untuk bersihkan badan n tukar baju. Kitorang nk check in kat Deevana Plaza Hotel (formerly known as Mercure Krabi Deevana). Takkan nk pegi serabai2 camtu.
 
 
Nanti aku wat entry lain lah pasal hotel ni. Dah pnjg sgt entry ni.
 
 
Malam tu keluar dinner. Kali ni nak jalan kaki jer. Macam biasa mesti nk beli pancake jugak. Hari2 mesti beli. Owh lupa plk nk bitau.. gerai bermotor tu bukak hari2 kecuali hari Jumaat yer.


 Crispy Pancake... aku suh letak susu je
 
 
 Pastu makcik Yaminlah tu suh aku try letak chocs skali. Tapi tekak aku lg suka yg letak susu jer.
 
 
Again... nasi goreng. 



Singgah 7 eleven nak beli roti. Saja tengok2 brg yang jual kat situ. Aku perasan brg yang jual kat 7 eleven ni boleh kata murah compare ngan 7 eleven yang ada kat Malaysia.
 
 

 Tin coke special edition. Dah plan nk beli masa nk balik nanti... tapi boleh plk terlupa...menciii


Singgah wat food massage pulak. Mula nk wat foot massage je.. dia charge RM20. Pastu dia kata buat la scrub sekali...kaki dah kematu... amboiiii. Tambah lagi RM20. Total semua untuk 2 orang..RM80.. ok la tu. 
 
 
 Ber massage sambil makan aiskem Magnum.
 
 
To be continued... Day 4..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails