Friday, October 04, 2013

Resepi Udang/ Ayam Masak Asam

Hari ni nk share resepi plak. Bila nk share resepi ni kan...tetiba feeling2 diri ini adalah hebat sbb boleh masak...waima lauknya biasa2 jer... hahaha.. yer saya mmg sejenis perasan bila bab2 masak ni!!

Resepi masak asam ni pon Hirda yg bagi kat aku.. resepi asal Hirda guna udang.. tp biasalah bab2 masak ni kita xleh strict sgt ikut resepi.. kena pandai2 alter ikut tekak sendiri. Apa pon thanks Hirda sbb bg resepi ni.

 Udang Masak Asam
  

 Ayam Masak Asam


Resepi Udang/ Ayam Masak Asam :

Bahan :
  1. Udang/ Ayam.
  2. Bawang putih & merah yang dihiris.
  3. Halia yang dihiris.
  4. Cili padi yang dibelah dua.
  5. Cili merah (besar) yg dihiris bulat.
  6. Bawang besar yg dihiris.
  7. Capsicum dipotong nipis (takde pon takpe).
  8. Air asam jawa.
  9. Garam & serbuk kunyit.

Cara2 :
  1. Gaul udang/ Ayam dengan serbuk kunyit & garam. *Kalau guna udang, goreng sekejap dan asingkan. Kalau guna ayam, kena goreng smpai ayam sedikit garing.
  2. Tumis bawang putih & merah dan halia yang dihiris. Kalau nk pedas masukkan cili padi.
  3. Masukkan udang/ ayam yang dah digoreng tadi.
  4. Masukkan air asam jawa. Ikutlah byk mana korang nak kuah tu. Tahap masam tu ikut tekak memasing yer.
  5. Masukkan bawang besar, cili merah. Nak nampak cntik kaler2..letak la capsicum kuning n hijau.
  6. Masukkan garam secukup rasa. 
  7. Dah mendidih... Angkat. Siap!!!
Ekceli.. selain udang n ayam...boleh gak guna daging atau sotong...tp setakat ni aku bru try masak udang n ayam jer... and tekak aku n Co'oi mmg suka sgt masak asam ni.. sedap rasa pedas2 n masam2 tu.

Ok... selamat mencuba.









6 comments:

lizz said...

ayam masak asam tu nak try la...sedap tu telan ailio saya nengok...tak pernah lagi masak cara macam ni...

Hirda Ibrahim said...

Esok aku nk masak ni for the kids. Aku kena pi kerja.

Cik Puan Mimi said...

nampak sedap 2-2 menu tu.. telur dadar tetap peneman setia kan. hehehe..

aku rasa boleh jadi lauk diet atkins gak ni. cuma asam jawa tak tau la tinggi ke tak carbs dia

lieyalatif said...

perghhh telan ailiyo aku yg puase ni babe heheeheheh....

Anonymous said...

iklan jap :)
come visit use at http://peruserpaid.com/?ref=38097

shariffah sabihah said...

Assalam..saya slalu buat guna ikan. Pun sedap jugak. Cubalah nnti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails