Wednesday, October 19, 2016

Phuket 2015 ~The Crystal Beach, Patong Beach, Jungceylon

Haiii... hari ni nk share citer aku g honeymoon kat Phuket. Kitorang pg bulan November 2015. Stay sana for 5D 4N. Cam biasa g naik AA la...tu je yg mampu wat masa ni...hehehe. Flight kul 6.55 am. Cam biasa aku msti awal2 dah bersapau kat airport. Biar awal asal selamat..hehehe.

Dok menunggu tu mula la rasa nk mengunyah. Lepak kat Marrybrown aku order set nasi lemak ni.


Cooi plak order set fish n chips.



Dah x sabau nak fly. Tp pelik apahal x fly2 ni..rupanya ada technical problem..so delay kejap. Dlm 7.30am bru fly.


Dalam kul 8.00am cmtu kot smpai airport Phuket. Dari airport kitorang naik van je nk g Patong. Ada 3 pilihan transport.. cab, minibus (van) atau bus. Kalo naik cab dia caj dlm THB650. Van aku naik ni THB180/ sorang. So penjimatan disitu sbb kitorang berdua je kalo naik cab rugi la. Walaupon ni honeymoon trip tp bajet tetap backpackers yer...hahaha. Nak jimat lg naik la bus...tp aku x larat plk naik bus. Naik van ni pon ok, selesa dah.



Van dia kelas n cntik ok. Memang selesa. Sempat la aku tido bangun...tido bangun.. x smpai2 lagi. Jem la plak.


 Untuk first 2 nite kitorang stay kat The Crystal Beach Hotel. Pic ni amik waktu malamnya. Masa smpai terlupa nak snap.



Kitorang sampai awal, reception counter ckp bilik x ready lg. So lepak kat cafe dia kat area reception tu je...makan nasi lemak Pak Nasir yang beli dlm flight tu. Dlm flight x makan sbb kenyang lg dah bedal nasi lemak Marrybrown.


Nasib la x lama...dlm 15-20 minit je tggu. Room 201 bilik kitorang. Ada lift. Kalo kat Krabi byk Hotel dia xde lift.


Masuk je bilik terus mood happy. Walaupon hotel ni biasa2 je...tp mmg puas hati. Bilik bersih, deco cantik. 


Ada mini fridge, towel, almari besar. Tak silap aku payung pon ada. Mmg puas hati la. 


Toilet bersih. Siap ada kelopak ros lg ko.



Shower pon puashati, air laju.


ok...meh kita pose2 sket bang



 Pas dah rehat n tido kejap... kitorang kuar jalan2. Elok plak masa kitorang tido td ujan rupanya. Elok siap nk kluar ujan pon brenti. Untuk 1st day ni kitorang x sewa motor lagi. Jalan kaki je sambil nk ushar island package.



 Kat Patong Beach. Redup je sebab baru lepas ujan.




Pas dah rehat n tido kejap... kitorang kuar jalan2 kat Patong Beach.


Bukti dh jejak kaki kt Patong Beach





McDonalds kat Phuket tak halal 


Poloh2 tiak akak berjalan


 Ni kat dalam Jungceylon Mall. Elok la masuk dlm ni sbb ada aircond. Lega sket. Macam2 ada kat dalam ni. Ni kat Cath Kidston. Saja je tgok2...x beli pon.


 Sempat lagi ushar pandora. Rasanya harga bih kurang Malaysia.


 Kat Patong ni byk betul jual sabun bentuk2 macam ni. Mmg cantik sgt. Bau pon wangi. Banyak gak beli ni nk bg souvenir kat sedara mara n kawan2. 


 Sebenarnya tujuan masuk Jungceylon ni kitorang nk cri tempat makan halal. Hasil gugelan dan info dari Hirda, dorang kata ada food court yg jual halal food kat Jungceylon ni. Pusing nya pusing termasuk plk kt sini. Dia macam Jusco la.


 Cooi nmpk je durian dia terus tak keruan. Sebok nk beli durian pulak. Haihhh tensi ai.


 Just beli baby pineapple ni je ngan icecream kat situ. Tekak haus... perut dah lapo nih. Tadi kat area Patong gigih cari KFC sbb katanya kfc kat Banana Walk tu halal. Tp kitorang dah pegi ushar. Dah takde ciri2 menunjukkan KFC tu halal. Kecewa dan hampa betul rasanya.




 Ini lah dia halal food kat dlm Jungceylon tu. Dekat area Food Bazaar.


 Dah perati sumer menu...takde yang meragukan. So rasa yakin makan disitu.


Rasanya ada 3-4 kedai halal food ada kat situ.


 Suka sangat ni.. hygiene sgt... Boleh rendam sudu n garpu dlm hot water tu sebelum digunakan.





Pas makan kitorang jalan balik Hotel. On the way balik singgah beli Island Tour Package. Kitorang amik package Coral Island and Raya Island. Pas tawar menawar dpt la 1650 utk 2 pax. Macam2 lagi package ada.. nk tgok Simon Cabaret Show, Phuket Fantasea, Elephant Trekking dan macam2 la. Pilih je mana yang korang suka n sesuai. Sediakan je duit.


.. to be continued...Day 2 - Coral Island and Raya Island

Wednesday, October 12, 2016

Langkawi 2015

Langkawi ni dh jadi destinasi wajib aku plak tetiap tahun. Kali ni aku pegi ngan bff aku Mona. Girls trip gitewwww. Patutnya kitorang g berempat... tp last minute lg 2 org x dpt follow. So aku ngan Mona tetap teruskan jgk... berdua pon weolls ok jah. Sebab dah setahun beli tiket, dah lama berangan so kena teruskan jgk. 

Flight kul 7.30am. Nasib baik husband Mona sudi anto smpi KLIA2. Kul 4++ kitorang dh smpai KLIA2. Gigih uolls. Aku mmg mcm ni, ada sawan airport. Suka sampai awal2 bru senang hati. Tiap kali nk flight malam tu aku dah xleh tido. Ai takut nau kena tinggal flight. Nak warning gak ni sbb byk giler pic aku tepek. Kalo boring scroll je lelaju ye.

Sambil menunggu kitorang lepak kat Johnny Rockets. Makan breakfast set. Giler awal bfast ko.


 Amboi sukanya diaaaa...


 Alhamdulillah dh sampai airport Langkawi.


 Aku dah booked sesiap keta sewa. Sampai je airport keta dah menunggu. Inilah keta sepanjang kami kat sana. Walaupun pegi berdua je, tetap poyo amik Honda City. Nampak nau dah plan nk shopping sakan.


 Destinasi pertama kitorang ialah Cable Car. 


 See...clear je. Kitorang pg ni weekdays... so xde la sesak. Bahagia sgt rasa.








 Pose2 je kat atas ni.


 Dahhhh...jom turun



 Kita masuk 3D Art Museum plak. First time nak masuk sini rasa teruja plak.










 apa keje ko ni ngintai kain org..




 Dah penat pose2 kt sini... kitorang singgah makan kat Pantai Kok.


Mee rebus kot ni.. makan kat Hafiz Rojak. Pas makan terus g Pantai Cenang nak check in. Kitorang stay kat The Cabin. Masuk bilik terus terbungkang tido. Giler ngantuk n penat.


 Pas maghrib perut dah lapo.. moh ler kita kluar. Singgah dulu The Zon kat Cenang. Nak try ice cream gulung.


 Rupa paras mmg tertarik ko mmg debomb untuk dicuba. Rasanya not bad gak. Harganya RM10.00.



Meh kita promote sket.. sapa nk cuba leh g The Zon Cenang yer.


 Malam tu kitorang dinner kat Restoran Nelayan Bukit Malut.


Rupa paras x menarik tp rasa not bad jgk.


 Hari kedua is...shopping time!!!! Kalo dari arah Cenang nk ke Pekan Kuah tu...lepas KFC Kuah tu ada kedai papan jual brg2 kering ni. Wajib singgah kalo ke Langkawi. Pic atas ni sotong yang dah dikeringkan. Tapi aku x beli pon. Tp org kata sedap kalo masak sambal.


 Cam biasa aku wajib borong ikan bilis kat Langkawi ni. Sedap sgt di tekak ku. Udang kering pon cantik2.


 Pastu terus zasss g Kompleks Hj. Ismail plk. Segala kedai Pak Hj. Mail yang ada kat Cenang tu kitorang terjah.


 Nutella & Go ni mmg sedap. Tp harganya alahaiiii...dah la kecik je. 



 Ni favourite Cooi. Ai borong byk gak...maklum la nk ambil hati suami yg ditinggalkan utk menjaga anak sementara isteri berpoya-poya.


 Ni favourite aku. Wajib beli. Sapa yang x penah rasa, sila lah try...sedappppp baq hangggg. Tapi xleh mkn slalu. Manehhhhhh sgt.


 Ni pon favourite aku jgk. Wajib beli kalo g Langkawi. Tp aku suka yg pack merah tu je Whittakers Almond Gold. Sedap nya lahhh. Biasa aku beli sekotak terus.. ada 24 pack mcm kt atas tu.


 Ushar harga Corelle. Bagus yg ni sbb ada penutup. Ringan je.



Set  Corningware.


 Set hidangan Corelle berpenutup. Sesuai nk hidang mee goreng...nasi goreng... lauk pauk pon boleh.


 Serious aku menyesal x beli set ni. Sbb tahun ni aku g Langkawi lagi dah xde set ni. Dah la murah siap dpt free bag tu. Corelle corak sakura ni ssah nk jmpa set yg square. Yang ada set round je. Biasa kalo square depa jual loose...mahai.


 Shopping sakan sampai ke malam.. Baru lah rasa lapar. Malam ni kitorang dinner kat Uncle Jai Cafe.


 Aku order Chicken Chop.


 Mee goreng ni kitorang order sbb tgok meja sebelah pnya nmpk kenmain sedap.


 Mona order yang ni. Nasi goreng + soft shell crab x slp aku.


 Mona pon leh tahan napsu serakah...g order kerabu sutun ni. Overall food lain ok la tp yg kerabu sutun ni x masuk di tekak ku. 


 Pas makan...jalan2 kat pasar malam plk. Dekat je ngan Jai Cafe tu. Tapau telur sotong goreng ni plak. Giler tamak haloba. Sampai ke pagi esok x abis makan.


Hasil rembatan. Ada yg dah pack masuk bag sesiap. Masing2 beli luggage AA sorang 30kg ko. Sakan betul.


Dah lama ngidam nk beli mini pan Tefal. Tp harga leh tahan RM45.00. Mahai nau plak kalo takat nk goreng telo je kan. Skali jmpa plk mini pan Vantage ni kat Langkawi Saga. RM15 je uolls. Apa lagi hepi lah mak hencik.


 Last Day...nk check out dah.







 Singgah breakfast dulu sebelum menyambung sesi lontaran terakhir kat Haji Mail.


 Rojak kat food court depan Kompleks Hj. Ismail


 On the way nk ke airport singgah beli produk gamat kat sini.



 Dulu penah kecoh kan pasal status halal Pepero ni. So harap dengan pengesahan ni dpt terjawab semua pertanyaan. Tapi kalau tak yakin jangan makan k.


 Bye-bye Langkawi... nnt kami datang lagi.


Sebahagian hasil shoppingan.

Selesai sudah girls trip. Bila lg kita nk berjimba ni Mona??


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails