Wednesday, October 12, 2016

Langkawi 2015

Langkawi ni dh jadi destinasi wajib aku plak tetiap tahun. Kali ni aku pegi ngan bff aku Mona. Girls trip gitewwww. Patutnya kitorang g berempat... tp last minute lg 2 org x dpt follow. So aku ngan Mona tetap teruskan jgk... berdua pon weolls ok jah. Sebab dah setahun beli tiket, dah lama berangan so kena teruskan jgk. 

Flight kul 7.30am. Nasib baik husband Mona sudi anto smpi KLIA2. Kul 4++ kitorang dh smpai KLIA2. Gigih uolls. Aku mmg mcm ni, ada sawan airport. Suka sampai awal2 bru senang hati. Tiap kali nk flight malam tu aku dah xleh tido. Ai takut nau kena tinggal flight. Nak warning gak ni sbb byk giler pic aku tepek. Kalo boring scroll je lelaju ye.

Sambil menunggu kitorang lepak kat Johnny Rockets. Makan breakfast set. Giler awal bfast ko.


 Amboi sukanya diaaaa...


 Alhamdulillah dh sampai airport Langkawi.


 Aku dah booked sesiap keta sewa. Sampai je airport keta dah menunggu. Inilah keta sepanjang kami kat sana. Walaupun pegi berdua je, tetap poyo amik Honda City. Nampak nau dah plan nk shopping sakan.


 Destinasi pertama kitorang ialah Cable Car. 


 See...clear je. Kitorang pg ni weekdays... so xde la sesak. Bahagia sgt rasa.








 Pose2 je kat atas ni.


 Dahhhh...jom turun



 Kita masuk 3D Art Museum plak. First time nak masuk sini rasa teruja plak.










 apa keje ko ni ngintai kain org..




 Dah penat pose2 kt sini... kitorang singgah makan kat Pantai Kok.


Mee rebus kot ni.. makan kat Hafiz Rojak. Pas makan terus g Pantai Cenang nak check in. Kitorang stay kat The Cabin. Masuk bilik terus terbungkang tido. Giler ngantuk n penat.


 Pas maghrib perut dah lapo.. moh ler kita kluar. Singgah dulu The Zon kat Cenang. Nak try ice cream gulung.


 Rupa paras mmg tertarik ko mmg debomb untuk dicuba. Rasanya not bad gak. Harganya RM10.00.



Meh kita promote sket.. sapa nk cuba leh g The Zon Cenang yer.


 Malam tu kitorang dinner kat Restoran Nelayan Bukit Malut.


Rupa paras x menarik tp rasa not bad jgk.


 Hari kedua is...shopping time!!!! Kalo dari arah Cenang nk ke Pekan Kuah tu...lepas KFC Kuah tu ada kedai papan jual brg2 kering ni. Wajib singgah kalo ke Langkawi. Pic atas ni sotong yang dah dikeringkan. Tapi aku x beli pon. Tp org kata sedap kalo masak sambal.


 Cam biasa aku wajib borong ikan bilis kat Langkawi ni. Sedap sgt di tekak ku. Udang kering pon cantik2.


 Pastu terus zasss g Kompleks Hj. Ismail plk. Segala kedai Pak Hj. Mail yang ada kat Cenang tu kitorang terjah.


 Nutella & Go ni mmg sedap. Tp harganya alahaiiii...dah la kecik je. 



 Ni favourite Cooi. Ai borong byk gak...maklum la nk ambil hati suami yg ditinggalkan utk menjaga anak sementara isteri berpoya-poya.


 Ni favourite aku. Wajib beli. Sapa yang x penah rasa, sila lah try...sedappppp baq hangggg. Tapi xleh mkn slalu. Manehhhhhh sgt.


 Ni pon favourite aku jgk. Wajib beli kalo g Langkawi. Tp aku suka yg pack merah tu je Whittakers Almond Gold. Sedap nya lahhh. Biasa aku beli sekotak terus.. ada 24 pack mcm kt atas tu.


 Ushar harga Corelle. Bagus yg ni sbb ada penutup. Ringan je.



Set  Corningware.


 Set hidangan Corelle berpenutup. Sesuai nk hidang mee goreng...nasi goreng... lauk pauk pon boleh.


 Serious aku menyesal x beli set ni. Sbb tahun ni aku g Langkawi lagi dah xde set ni. Dah la murah siap dpt free bag tu. Corelle corak sakura ni ssah nk jmpa set yg square. Yang ada set round je. Biasa kalo square depa jual loose...mahai.


 Shopping sakan sampai ke malam.. Baru lah rasa lapar. Malam ni kitorang dinner kat Uncle Jai Cafe.


 Aku order Chicken Chop.


 Mee goreng ni kitorang order sbb tgok meja sebelah pnya nmpk kenmain sedap.


 Mona order yang ni. Nasi goreng + soft shell crab x slp aku.


 Mona pon leh tahan napsu serakah...g order kerabu sutun ni. Overall food lain ok la tp yg kerabu sutun ni x masuk di tekak ku. 


 Pas makan...jalan2 kat pasar malam plk. Dekat je ngan Jai Cafe tu. Tapau telur sotong goreng ni plak. Giler tamak haloba. Sampai ke pagi esok x abis makan.


Hasil rembatan. Ada yg dah pack masuk bag sesiap. Masing2 beli luggage AA sorang 30kg ko. Sakan betul.


Dah lama ngidam nk beli mini pan Tefal. Tp harga leh tahan RM45.00. Mahai nau plak kalo takat nk goreng telo je kan. Skali jmpa plk mini pan Vantage ni kat Langkawi Saga. RM15 je uolls. Apa lagi hepi lah mak hencik.


 Last Day...nk check out dah.







 Singgah breakfast dulu sebelum menyambung sesi lontaran terakhir kat Haji Mail.


 Rojak kat food court depan Kompleks Hj. Ismail


 On the way nk ke airport singgah beli produk gamat kat sini.



 Dulu penah kecoh kan pasal status halal Pepero ni. So harap dengan pengesahan ni dpt terjawab semua pertanyaan. Tapi kalau tak yakin jangan makan k.


 Bye-bye Langkawi... nnt kami datang lagi.


Sebahagian hasil shoppingan.

Selesai sudah girls trip. Bila lg kita nk berjimba ni Mona??


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails