Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

Resepi - Popia Lazat Idaman Kalbu

ok.. mari kita rajin2kan diri buah kuih plak ye. Lusa nk cuti kan, so boleh la buat untuk bfast ke, mnm petang ke. Nk makan anytime pon  boleh. Tinggal korang rajin nk buat ngan tak je.

Bahan-bahan :
Bawang putih + merah untuk tumis
Tauhu - dilumat2 kan
Sosej - digoreng atau direbus dan kemudian dihiris kecil
Carrot - dihiris halus
Kobis - aku x boh kobis, aku boh salad (kelasss ko kannn boh saladdd..padahal salad lebih buat nasi ayam hari tu..hahaha)
Kulit popia - size kecil
Garam
Putih Telur - untuk gam kulit popia

Cara-cara memasak inti :
1. Tumis bawang putih dan merah.
2. Masukkan tauhu, sosej, carrot & kobis. Gaul2kan sehingga masak. 
3. Letak garam secukup rasa. Aku pndai2 tambah serbuk blackpepper sket.
4. Inti siapppp.


 Boleh mula menggulung popia anda. Letak la seberapa byk inti yg anda suka, selagi ianya boleh digulung.





 Dah siap digulung. Sila sapu sedikit putih telur untuk di hujung kulit popia untuk memastikan gulungan tidak terbuka...(hahaha..macam la korang x tau kannn...kecohhh)




TADAAAA...SIAPPPP!!!!! Popia yang telah digoreng. Jika perhatikan betul2 di bawah popia itu, terselit 2-3 batang keropok lekor. Yang tu korang jgn mintak resepi plak. Tu aku bli mentah kat kedai, balik goreng sndiri.

Ok, Selamat Mencuba!!!
 

Wednesday, November 24, 2010

PERHATIAN!!! MINTAK MAAF!!! PEMBETULAN pada Resepi : Caramel with Cocktail

HUWAHHHHH.... NAK MINTAK MAHAPPP SGT BEBANYAK. LEH PLAK MAK TAK PERASAN. RUPANYA HAKU TRTINGGAL SATU BAHAN DLM RESEPI CARAMEL NI. PADAHAL SBLOM PUBLISH, DAH CHECK DAH. RASA DAH CONFIRM TAKDE TINGGAL, RUPANYA ADAAAA. TU PON PERASAN SBB KAKAK AKU CALL TNYA BAHAN. DIA KATA ADA LETAK SUSU CAIR KE. AKU JWB LA ADA. TP DIA KATA APSAL KT BLOG KO XDE TULIS! YA ALLAH!!! YA AMPUNNNN!! PADA SESAPA YG DAH CUBA RESEPI NI PASTU TAK MENJADIK. MAK MINTAK MAHAP, MINTAK HAMPUN BEBANYAK YER. AKU HANYA INSAN BIASA. NI AKU DAH BETULKAN RESEPI YER. SILA AMBIL PERHATIAN PADA FONT MERAH TU. YG TU LA BAHAN YG TERLUPA NK TULIS. SOWIIIII!!!


pada yg dah expert wat caramel tu siler dok diam2 yer. Mak ni baru 1st time buat. Beria mintak resepi kt mak aku..kuakakkaka.

 perghhh..sejuk2 ni nikmat je lalu kat tekak..

Bahan-bahan :
6 biji telur
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
Esen vanilla

Kuah gula:
3/4 cawan gula pasir (kalo nk kuah gula tu byk, guna la lebih gula)
Agar2
Cocktail

Cara-cara :

1. Cairkan gula di dalam loyang dgn api yg perlahan dan ketepikan. Awas jgn sampai hangus plak yer..nnti pahit plak.
2. Pukul telur dan gula. Masukkan susu cair. Pukul lagi sehingga kembang. Masukkan sedikit esen vanilla.
3. Panaskan pengukus.
4. Setelah pengukus panas, letakkan loyang yang berisi gula yg telah dicairkan tadi. Curahkan telur dan gula yg telah dipukul td ke dalam loyang yg sama.
5. Kukus sehingga masak.
6. Masak agar-agar dan masukkan sedikit air cocktail ke dalam agar2 trsebut.
7. Setelah caramel td masak. Susun buah2 cocktail di atasnya dan curahkan agar2. Sejukkan.
8. SIAP untuk dimakan.


nahhh..siap gambar dlm loyang lg aku up kt sini.. dah tinggal suku jer ha. Apak echa tu suka sgt mkn caramel ni. Tp xleh la buat selalu. Manis ko, x pasal2 dpt kencing manis ko kang.







Friday, October 08, 2010

Resepi : Daging Masak Dendeng

ehem-ehem.. sesekali ni nk la tunjuk terer mak pandai masak kan. Nak share resepi ni kt korang sumer..smbil tu nnti kalo2 lupa resepi leh la aku rujuk kt blog ni balik..


Bahan-bahan (Resepi untuk 2kg daging)

Bahan Tumis A
10 biji bawang merah (amik yg sz dia besar2 sket tu) }
5 biji bawang putih (sama gak amik yg besar2 sket)   } 2 jenis bawang ini blend skali

Bahan Tumis B
Cili kering yg sudah diblend/ Cili boh

Bahan Tumis C
2 sudu besar jintan manis  }
2 sudu besar jintan halus   }
2 sudu besar ketumbar      } blend ketiga2 bahan ini sekali

Lain-Lain

Daging lembu Gred B (jgn guna daging batang pinang, coz takut hancur)
Minyak
Gula pasir/ kalo nk tmbah gula kabung sket pon ok jgk
Kicap Manis
Air Asam Jawa


Cara-cara :

1. Potong daging nipis-nipis selebar lebih kurang 2 inci (tp awas jgn nipis sgt yer) dan rebus sehingga empuk supaya tidak lah ianya keras berdengkang lalu dibaling ke dinding oleh suami anda.
2. Selepas daging empuk, toskan airnya dan simpan untuk menumis nnti. Pastu pegi la ko tumbuk sekeping2 daging tu yer.. mmg lenguh la tgn korang nk menumbuk tu. Tapi siler la paksa laki korang tolong tumbuk coz dia gak yg nk mkn nnti kannn. Jgn plak ko tumbuk smpai hancur luruh daging tu plak. Tumbuk secukup rasa gitu.
3. Selepas daging selesai ditumbuk, perapkan sebentar dgn kicap dan gula. Letak lebih2 sket bg daging tu hitam2 sket. Gula tu korang agak2 la yer. Tak reti plak aku nk ckp berapa sudu gula nk letak. Takyah perap lama2 sgt. 10-15 minit je dah ckp.
4. Selepas diperap, goreng daging tersebut supaya daging kelihatan agak garing2 sedikit yer. Selesai menggoreng semua daging, ketepikan.
5. Panaskan minyak dan tumis Bahan A. Masukkan pula Bahan B. Selepas cili masak, masukkan pula Bahan C.
6. Masukkan daging dan juga air rebusan daging tadi yer puan2 dan kacau.
7. Masukkan sedikit air asam jawa.
8. Rasa adakah cukup pedasnya/ manisnya/ masinnya.
9. Kacau lagi sehingga lah kuahnya hampir kering. Tapi jgn la kering sgt plak..biar ada sket kuah2 gitu. SIAP.

Daging dendeng ini sedap dimakan bersama nasi putih, beriani, roti, nasi impit, lemang dan apa jua lah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails