Wednesday, June 01, 2011

Ikea Meatballs - Halal or Haram?

Wpon mungkin ada yg menganggap ini isu basi, tp aku pasti ramai yg x tahu pasal kekecohan yg timbul pasal status halal meatballs ikea baru2 ni. Dalam 2 minggu lepas, food court ikea telah ditutup bagi tujuan penyamakan secara sukarela. Ini kerana timbul keraguan pada status halal salah satu dari pembekal mereka. Disebabkan itu, timbul dakwaan mengatakan meatballs ikea adalah haram dan mengandungi daging babi.
 
Ini notis yg ditampal pada food court dan food market ikea. Disebabkan ini, ada beberapa individu dengan segera telah mengeluarkan statement yg mereka tidak pernah makan meatballs kat ikea. Mereka rasa bangga dan rasa diri mereka "dilindungi", sedangkan sebelum timbul isu ini, tidak pernah pon mereka mengaku tidak pernah makan disitu. Kenapa??? takut dikatakan kampung??? ketinggalan zaman?? tidak mengikut trend?? Tetapi bila heboh dakwaan mengatakan ianya tidak halal...wahhh disana-sini mengaku tidak pernah makan di ikea dan terus memperlekehkan org lain yang pernah makan disitu. Tapi makan kat Chili's, TGIF boleh pulak. Apakah ini????


Walaubagaimanapun, ikea food court telah mula dibuka semula pada 26/05/11.
 

 Dan aku sebagai penggemar ikea meatballs, telah pergi ke bahagian food market untuk melihat sendiri mealballs frozen yg ada dijual disitu.
 

 alhamdulillah ada logo halal dari Jakim.

 pembekalnya ialah MacFood Services (M) Sdn. Bhd. Boleh check status halal di laman web Jakim.


 Dan dengan tanpa ragu, aku n Hirda telah selamat menjamu selera di food court ikea pada 30/05/11. 

Tapi kalo ada sesiapa yang masih ragu, maka janganlah anda makan disana lagi. Tetapi tidak perlu la anda mengeluarkan statement yang bukan2 mengatakan orang lain tidak peka or apa2. Terpulang kepada pendirian masing2. Setahu aku, gerai2 or kedai makan melayu yg brsepah disekeliling kita juga tidak mempunyai logo halal Jakim di premis mereka. Tetapi kita tanpa ragu boleh je menjamu selera di situ. Kenapa?? Adakah kerana ianya dimiliki oleh org Islam, maka kita menganggap ianya halal. Sedangkan adakah kita tahu dari mana mereka mendapatkan bahan2 mentah serta perencah bagi memasak makanan anda? So fikir2kan sebelum menuding jari pada org lain. Sekian terima kasih.




7 comments:

Hirda Ibrahim said...

fuhhh...panas..panasss...

well my opinion senang je. if ko x pernah mkn or what so ever x yah le buat statement "oh alhamdulillah, aku x pernah mkn & aku dilindungi." WTH!!
padahal dulu x pernah pun cerita ko x pernah mkn kan? why? malu nk mengaku?

at the end of the day, it stated clearly yg ikea cafe disamak coz takut ada yg meragui. where the hell terus kuar citer meatball ada babi ni? ehhh plsss la... jgn jump to the conclusion buleh x?
assume2 sendiri.

camna pun, x kisah le org nk kata apa, aku will mkn kat tempat yg aku confident HALAL. x kisah le TGIF ke, chili's ke or tempat2 yg seangkatan dgnnya. makasih...

Jasfyra said...

sokong statement ko!! aku pun kadang berangin je ngan org2 poyo yang "mcm tu".konon xp sana sbb xhalal etc.tp dia p mkn kt tempat2 yg belum tentu halal tu apa kes?suka sgt nk tunding jari.alhamdulillah food court ikea dah clean.aku mmg suka gila mkn kt situ

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

setuju sambil angkat keyboard hehe.. aku ni dr dl teringin nak p, tp x lepas2... asal pegi je nak kena blk cepat...last2 mkn yg PH jer ler...

nifalnin... said...

suke jer mkn kat situ... my kids pun suke... yeay, lps ni blh mkn kat sane lg.. thanks 4 the info...

Anonymous said...

owh thanks sebab share mende ni...my fav gak ni...alhamdullillah dah tau ada sijil halal

atty's said...

Pada 28 may yang lalu..kty dengan tanpa was2 nya telah pun makan meatball ikea nie..alhamdulillah kenyang..makan tanpa rasa was2

wanie said...

setuju..setuju

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails