Wednesday, March 07, 2012

LANGKAWI ~ Day 1

dah seminggu lebih balik dari Langkawi. Tapi x smpat2 nak hapdet blog. Byk keje nk setel. Pastu kena pi course pulak kat PD. Ni pon brhari2 dok karang. So korang layan je la..Pic adalah berlambak..tp xde la aku boh sumer. Kang loya lak tekak korang..hahaha

masa ni dah touched down airport Langkawi. Kami pi Langkawi from 25 - 27 Februari 2012. Pi pon naik AA je. Tu je yg mampu. Tix bli knmain lama lg time promo zero fare kat AA, dpt la tix murah. Jenuh menghitung hari nk pi Langkawi..hahaha.


echa yang kepanasan. Dok cranky mcm budak kecik. Mak ko yg panas hati tengok. Lepas amik beg pi settle keta sewa pulak. Btw, kak aku pon pi jugak. Tp flight dia awal kul 8pagi dah smpai. Aku dah contact car rental b4 pegi lg. Dah booked 2 keta. Mula2 kak aku nk keta Vios, tp smpai sana dia tukar amik Honda City. Aku plak amik Nissan Sentra. Mula2 mcm nk amik Camry or Grandis..tp cooi kata xyah amik mahal. Jimat duit. So ikut je la. Tapi time kitorang pegi ni bukan time peak, so keta sewa xde la mahal sgt. Kalo sesapa nak ke Langkawi boleh pi sini :
 
Contact  : 012- 4807797 - Maslina/ 012-4557977 – Muhammad/ 04- 9557977
Kaunter 15 - airport Langkawi


Pas pump minyak. Agenda utama ialah jalan2 cari makan. Smpai dah tengahari. so perut ada lah sgt lapar. Singgah makan kat Jom Ikan Bakar (arah ke Beras Terbakar). Macam2 lauk pauk ada. Main menu harus lah Ikan Bakar kan. 




singgah kat sini jap. Aku pon x sure ni pantai apa ntah sbb xde sign board. Panas terik time ni. Snap 4-5 keping terus blah. 


plannya nk ke pantai Tg. Rhu. Tp guard kat situ block x bg masuk sbb dia kata trlalu ramai sgt org masuk. Kena tggu org keluar sket baru dia bg masuk. Eh koser aku nk menunggu la. Teruk gerak pi hotel nak check-in.


Kitorang stay kat Awana Porto Malai. Masuk ke dalam sket from Chenang. Mmg jauh sket la. Tp sebab nk gak mengenang saat2 honeymoon dlu. Time honeymoon stay kat hotel ni. Mmg cantik sbb byk kapal2 layar cantik kat jeti kat Awana tu. Feeling Maya Karin la kejap. hahaha.


Amik yg Deluxe Garden View with two Queen Size Bed. Ada jugak yg King Size Bed, harga sama jugak. Tapi xmo echa menyelit tido kat tengah so kitorang pilih yg double queen. Echa tido sorang2 je...hahaha.


view dari balcony. Yg kat pintu tu, kiri dan kanan adalah toilet. Dia asing2. Shower belah kanan, toilet belah kiri. Mebi sbb bilik ni ada double queen bed so toilet dia kecik giler. Dlu time honeymoon amik yg bilik king size bed, toilet adalah besar ada bath tub sumer. Yang ni nan adooo. Tp xpe la, bukan smpat pon nk berendam dlm tub tu. Asik kuar brjalan je. Balik hotel utk mandi ngan tido je.



 Balcony dia luas jugak. Nk lepak2 minum kopi ok la. Tp bukan nmpk apa pon sbb trlindung ngan pokok.


pas rehat dan mandi, lepas Asar kitorang keluar pi Dataran Lang. Nak amik gambar ngan replika Helang ni. Kalo pi Langkawi xdak pic kat sini, mcm x bes pulak. Mmg banyak pic snap kat sini. Org pon x ramai sgt.


konon2 kat LA laaa???


korang layan je gambar je la yer.. aku x tau nk boh capture apa..






apsal ko pndang bawah echa???? grrr


payah betul nk brgambar ngan budak ni. Ada sket je pic dia yg ok.










dah puas brgambar kat sini, kitorang singgah minum kat gerai Laksa Penarak (area Dataran Lang).


 aku order ABC Special. Harga RM3.50. Sedap.


sori le korang...dah ngap2 lebih separuh baru tingap nk amik pic. Ni Mee Kuah Udang x slp aku nama dia. Owh sgt sedap okkk. Dah le plan nk mkn lite2 je sbb malam nk makan kat tmpat lain pulak. So order 1 je share berdua ngan cooi. Sekali sedap la pulak. Terus berebut masing2. Ekceli yg femes kat situ ialah Laksa dia. Tp time kitorang pegi tu, kuah laksa dia dah abis dan dia baru masak yg baru. Tp kitorang x smpat nk tggu, so melepas la kawan aku yg tringin nk merasa Laksa kat situ.

Lepas makan, kitorang jalan2 area Pekan Kuah. Masuk Langkawi Saga, Haji Ismail Group (HIG), Al-Ikhsan (cooi siap bli kasut adidas kat sini...sabor je la) dan macam2 kedai la kitorang masuk. Tapi x beli pon, just survey harga je dlu. Dah penat keluar masuk kedai, time mengisi perut pulak. Setelah di gugel...aku trtarik nk makan kat kedai EE Burger Trimula Cafe. Yang tu nnti aku buat entry lain la yer. Baru la byk modal nk hapdet blog.

- Tamat Hari Pertama -

5 comments:

Anonymous said...

bestnya!!! aku xpenah muak kalo cita psl langkawi ni.sila apdet cpt ye..hehe

-zuera-

mamyharraz said...

cantik,best dan suka sgt baca holiday langkawi ni..terus pasang angan2 mahu bergambar kt helang&pantai yg cantik sgt tu...haiii lahaii indah sgt!

Softtouch [Hanim] said...

Wa...bestnya p langkawi....pic semua cntik2..xsabar nk bc next n3

Hirda Ibrahim said...

suka suka...
aku will buka balik entry2 ko ni masa nk buat itenarary nanti.

Anonymous said...

Salam puan.pertama sekali terima kasih kerana publish darulaman travel.saya muhammad dan suami kepada maslina dan juga owber pada darulaman.saya nak bgtahu sekarang no telefon yg puan letak tu tak pakai dah.ni no baru.
Maslina:0124807797
Muhammad:0174190007
Terima kasih puan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails