Thursday, July 05, 2012

GIGI SUSU

Hari senin hari tu, balik keje je, Alysya terus ngadu.. mama tgok gigi kita dh goyang. Aku pon check le gigi dia. Bila aku try tolak gigi dia, mmg betul goyang. Ehhh.. terus aku cuak. Terus mak penyayang ni ngadu plk kat laki trcinta psl gigi anak. Banggg.. cuba awk tgok gigi Alysya tu..dh goyang la. Apak dia nk tgok tp Alysya tak bg. Takpe... biar mak ko setel lipat kain segala. Jap lg kita buat operation. 

So bila Alysya dh start ngantuk tu, aku suh la dia baring ats katil smbil laung kt apak dia suh masuk bilik. Cakap kt apak dia..tapi bkn ckp cam biasa tp mengeja... C.A.B.U.T G.I.G.I *eja satu2*  anak ni, kang trcabut time tido..tertelan lak kang. Saja tak sebut word CABUT GIGI tu. Kang alysya dengar...lom apa2 konpem meraung. Terkebil2 Alysya cuba nk ngeja balik apa la yg makpak dia ckp ni. Kitorang pon pujuk2 la Alysya suh bukak mulut. Goyang2 sket gigi dia. Makkk aiii...mmg dah goyang abis... lekat sket je lg kt gusi tu. Ni kalo aku kecik2 ni, dah lama mak aku selamba je tolak pakai jari. Tak pon dia ikat benang, pastu rentap. Tapi aku mcm ngeri la plk nk buat mcm tu. Suruh Cooi buat, tp apak dia pon takmo buat. Dia takut kot2 anak dia kesakitan. Eh tau kesian yeh?? Tapi camne nak buat niiiii???

Sebagai mak yang gelabah tapi bajet cool.. terus la aku gugel GIGI SUSU... Hahaha. Jmpa la page ni... SILA CLICK.

Bagus la info yang Dr. Leen ni bagi. Sangat2 membantu. Kalo korang malas nk click, meh aku bantu korang, paste kt sini..

TAHU KE KORANG.....

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
 
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
 
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
 
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.

4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.

5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. 

Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
 
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi. 

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)


Bila dah baca artikel Dr. Leen, rasa tenang sket hati aku. Aku mmg x penah lg bwk Alysya pi dentist. Niat tu ada, tp asik x kesampaian je. Asik brtangguh2. Tapi nk gigi anak cantik berseri, tp tak bwk jmpa dentist utk pemeriksaan. Camner tu?? Ok la... pasni aku cuba nk bwk Alysya pegi dentist. Takmo la gigi Alysya buruk pulak, brlobang2 macam apak dia...hahaha.




Wednesday, July 04, 2012

Smart Readers Charity Concert 2012


Date : 30 June 2012
Time : 7.45pm
Venue : Plenary Hall, KL Convention Centre

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Selesai sudah acara yang dinanti-nantikan. Berdebar2 sungguh mak ko Alysya. Risau kalo tiba dia nervous n xleh perform kat stage. Tapi alhamdulillah, semuanya brjalan ngan lancar. Bangga sgt ngan anak mama ni..

 Teacher dia kata kena smpai KLCC b4 kul 7, pastu pass anak kt teacher, makpak leh wat acara bebas b4 masuk hall. Aku smpai lg 5 minit b4 kul 7. Makpak ko mmg terer bab2 ni. Timing baekkk punyer kan. Padahalllll... plan nk g awal, konon2 leh la shopping kat Pavi.. tp nan hadoooo...


 Mekap budak ni la yg buat lambat tu. Tak reti dok diam. Asal sapu bedak, bangun nk tgok cermin, asal sapu eyeshadow bangun nk tgok cermin. Letih mak ko buat...


 Ni kepandaian apak ko la amik gambar. Dia dah le tinggi melangit.. Bila amik gambar aku x pasal2 je aku jadi katik. Lenkali camera tu xyah la tinggi sgt bang oiii...

 Pengacaranya ialah Adibah Nor ngan sapa ntah laki tu... lupa. Time ni Adibah asik wat lawak je. Dia kata dia brdebar2..takut nk tggu kedatangan kerabat di raja. Pastu mcm2 la dia ckp..tp mmg lawak la. Adibah mmg best!!


 Yang dinantikan. Tetamu diraja..


 Entry hari tu aku ckp agong kan?? Salah la plk. Hehehe teacher Alysya yg ckp agong, so bukan salah i okk. Ekceli ini ialah Raja Muda Perlis dengan Raja Puan Muda Perlis.



 Comei je budak2 ni jd alien, siap ada spaceship tu..


 jeles ai tgok dorang ada costume cntik. Tapi echa perfome pkai uniform skolah je. Ekceli dia ada 2 part. Part 1 perform pakai baju cntik2 ni. Part 2 perform pakai uniform skolah. 



 Sambil mengacara, Adibah Nor pon menyanyi jugak. Rasanya ada 4-5 lagu gak dia nyanyi termasuk lagu peberet aku, Terlalu Istimewa. Syahdu gak bila dgr lagu tu. Dah la suara kak Dibah ni power giler. Mmg sedap sgt suara dia. Dah le comeiii je kt atas stage tu..


 Ini lah persembahan Alysya. Dia menari pom pom lagu Sha Na Na (Amy Mastura). Nampak anak haku yang kabur2 kt blakang tu. Ni la satu2nya pic yg nmpk gak muka dia. Yang lain sumer blur. Abis...dah lagu rancak kan, bila zoom dorang tgh menari terus muka blur. Dah le camera x canggih kan. Ini la kalo anak tinggi, asik kena dok blakang je pulak.



 Alysya dah abis perform, so leh amik dia untuk duduk sama kt dlm dewan. Masa ni pon dah lewat jugak..rasanya dlm kul 10++.


 Ramai gak parents yg dah bwk anak dorang balik. Yer la dah lewat sgt kot. Budak2 pon dah ngantuk + letih. Anak aku je yg hyper kot, x reti dok diam.


 Yang ni combine beberapa branch SR. Ada byk lagu masa ni.



 Mamat pengacara ni masa last ni ada nyanyi satu lagu. Sedap gak suara dia.


 Charity Concert ni telah mencipta rekod dan dimasukkan dalam Malaysia Book of Record sebagai penyertaan persembahan paling ramai kanak2 untuk Charity Concert. Tak silap aku dorang ckp ada dlm 1200++ kids. sudahnya event tamat dlm kul 11++pm gak. Mendapat la byr parking 15hengget kt klcc tu.


Hati makpak mana yg tak bangga ngan anaknya. Tak kesah apa pon kebaikan/ kejayaan anak, walau sebesar kuman..walaupun bg org lain tidak bernilai.. Hanya hati ibu bapa saje yg memahaminya. So sebagai habuan sbb Alysya sporting dan tak nangis, nnti mama bwk awak g splash2 k...





Friday, June 29, 2012

National 1 Child 1 Hope Charity Concert 2012

Last month aku dapat surat dari Smart Reader Alysya maklumkan pasal charity concert ni. Rupa-rupanya Alysya terpilih utk buat performance masa concert tu. Wahhh terus berdebar2 jantung mak ko alysya. Punya la excited anak dpt wat performance macamkan anak ko wat performance kat grammy award pulak.

 lebih kurang 1000 students SR akan perform. Katanya DYMM Agong akan mencemar duli ke concert tersebut. Pengacaranya Adibah Nor. Lagi la mak ko excited Alysyaaaa.. lompat bintang sket.... *maafkan ke'over'an saya*


Alamak buruknya tulisan aku..hahaha. Jarang pegang pen kan *alasan*. SR tmpat Alysya will hntar 40 students utk perform. Charity Concert tu pada 30 June 2012 bersamaan ngan esok kat Plenary Hall, KL Convention Centre (KLCC) kul 7.30 malam.


 Every students yg perform dapat 2 tix free utk parents dorang. Mahal tu tix..RM150. Kalo nak lebih kena la beli sendiri. Tp mahapkan lah hamba... wpon utk charity.. x dapek la mak ko nk beli tix extra.. mahai tu RM150. So aku akan pergi berduaan je la ngan Co'oi. Tak dapek la nk bwk wan ngan atok ko skali...


 Antara activity dorang hari tu. Menarik gak. Tp kata teacher dia, parents not allowed kt magical party tu. Hmm keras kejung la anak aku jwbnya...


Ni untuk letak kat dashboard time parking. Tp rasanya parking kena charge standard rate gak, sbb kat surat ada mention no flat rate parking. Ini just utk allocation parking je kot. Parking rate leh tahan gak kt situ. Takpe la, bkn selalu. Bayar parking shopping mall boleh kannn, xkan byr parking ni brkira pulak...

Hopefully Alysya dapat buat yang terbaik untuk perfomance dia esok. Makpak dia x sbr2 nk tggu esok. Brdebar2 seram sejuk sumer ada. Yer la bukan calang2 tempat nk perform tu. Dpn DYMM Agong lak tu. Harap sumernya dpt brjalan ngan lancar..amin.




Wednesday, June 27, 2012

Subway ~ Buy 1, Free One

ok.. bagi penggemar Subway, hari ni 27 Jun 2012 (Rabu) sila la terjah mana2 restoran Subway yang berdekatan. Beli 1, percuma 1.. tak yah kupon2 yer.

Dulu2 aku x minat sgt Subway ni.. tp sejak bila ntah, tiba2 tersuka pulak. Paling suka Tuna Sandwich dia.

Baca T&C dia betul2 yer. Tidak sah utk Sub of the day and other promotions.

Buy One, Free One.
27th June 2012.
No Coupon Needed.




Tuesday, June 26, 2012

Gedik2 @ Rainforest One Utama

Tak ingat plak bila pegi ni. Banyak pic dlm camera, tp kebizian dn kemalasan melanda nk hapdet blog. So trperap sumernya. Ni baru nk cargaskan diri smula..

every Saturday lepas reading class kt smart readers, Alysya cam biasa msti ajak brjalan. Budak ni mmg x suka dok umah. Kalo dok umah mmg lemau la dia. Tp kalo bwk brjalan mmg hidup. Knmain suker...
 

kalo tnya dia nk jalan mana? Mmg laju je jawapan dia..OU. Kalo tak OU ajak pi Ikea.. Hahaha. Kelas ko.. ni baru 6 tahun..sok2 dah belasan tahun..x tau la aku. Ni ngikut pangai makpak dia la jugak ni, x reti dok umah.


ntah hapa motip amik gambar dok angkat2 tgn mcm ni. Byk pic dia msti tgn mcm ni.
 

Mak ngko muka pucat lesi. Ekceli aku malas nk kuar, tp budak ni yg sebok sgt. Sudahnya pegi OU kebosanan. Nak tgok wayang, xde citer best. Nak jalan2 pon boring + letih. Sudahnya kitorang pi Rainforest kat rooftop kat OU tu. Saja je nk amik2 gmbar kt sini.
 

Kenmain ceria lak budak ni
 

Tapi xde apa yg menarik sgt pon kt sini. Pokoknya pon biasa2 je. Patut la xde orang..kekeke
 

Tapi nk wat photoshoot ok gak la.. Ada pokok2 hijau kt bakang tu.. menarik gak ler kalo kena ngan camera canggih kan
 

Ini lah xtvt kami nk menghabiskan masa di hujung minggu.. Hahaha. Hapa bnda la entry aku ni kan.. Xpe la ni warming up dlu. Nnti ada citer best aku kasi up.



Thursday, June 21, 2012

Red Velvet

beli RV ni dah lama.. 2-3 minggu sudah kot. Ni gara2 adik aku ler. Dia balik umah mak aku, terus text aku suh blikan dia RV. Aku ni sbagai kakak yg baik, sian plk kt adik aku, so singgah lah kejap kat Delicious OU nk bli RV ni, wpon sebenarnya aku rushing nk balik umah, sbb nk balik umah mertua pas maghrib sbb ada knduri.

Tapi.. tu diaaa.. konon2 nk blikan adik aku punya, terus trbeli utk diri sendiri jugak..hahaha


for me...sedap sgt..cuma manis sket la.. price rm6.90/ slice

tgok pic ni..terus tringin lagi... owh nooo!!




Wednesday, June 13, 2012

Penangan Seindah Sakura

haishh x tau la camner leh trjebak nih. Leh plak trtengok citer ni masa 1st episod. Maklum la last month salu dpt balik awal, so dpt la tgok tv. Eh balik awal tu maksudnya balik ikut time. Aku masuk keje 8.30 - 5.30. Jarang sgt dapat balik kul 5.30. Selalu mmg balik lambat. Biasanya smpai umah je dah 7++. Amik echa kat umah wan dia, balik umah mandi apa sumer and buat apa yg patut.. tngok2 dah kul 8++. Dapat ngadap tv time nk lipat kain la selalunya. Tapi xde la hari2 aku layan. Ada gak yg ter miss. Ehh apa ke benda aku meraban ni. Nak citer lain sebenarnya.

Ekceli xde la minat sgt ngan jalan citer Seindah Sakura tu. Tapi suka sgat ngan lagu OST dia. Ada dua lagu.. Harapan by Hyper-Act dengan Buatku Di Sana by Mafa feat. Ronnie. Best pulak aku dgr lagu2 ni. Kalo x kerana citer Seindah Sakura ni, mesti x tau pasal dua2 lagu ni kan. Now kat radio pon selalu keluar. Tp kat radio yg lagu Harapan tu je yg salu keluar. Eh echa pon suker dua2 lagu ni tau. Hari2 dia layan kat youtube...hahahha. Boleh tahan hafal gak dia lirik lagu tu.. Amboiii2 kalo lagu, cpt je ko hafal kan? Kalo suh baca buku tu...manjang je trgagap2 nk baca. Sabor je la..

jom layannnzzz...
 
 BUATKU DI SANA - MAFA FEATURING RONNIE

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati






HARAPAN - HYPER-ACT

Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..
Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..
Solo. C/O
Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails