Thursday, July 05, 2012

GIGI SUSU

Hari senin hari tu, balik keje je, Alysya terus ngadu.. mama tgok gigi kita dh goyang. Aku pon check le gigi dia. Bila aku try tolak gigi dia, mmg betul goyang. Ehhh.. terus aku cuak. Terus mak penyayang ni ngadu plk kat laki trcinta psl gigi anak. Banggg.. cuba awk tgok gigi Alysya tu..dh goyang la. Apak dia nk tgok tp Alysya tak bg. Takpe... biar mak ko setel lipat kain segala. Jap lg kita buat operation. 

So bila Alysya dh start ngantuk tu, aku suh la dia baring ats katil smbil laung kt apak dia suh masuk bilik. Cakap kt apak dia..tapi bkn ckp cam biasa tp mengeja... C.A.B.U.T G.I.G.I *eja satu2*  anak ni, kang trcabut time tido..tertelan lak kang. Saja tak sebut word CABUT GIGI tu. Kang alysya dengar...lom apa2 konpem meraung. Terkebil2 Alysya cuba nk ngeja balik apa la yg makpak dia ckp ni. Kitorang pon pujuk2 la Alysya suh bukak mulut. Goyang2 sket gigi dia. Makkk aiii...mmg dah goyang abis... lekat sket je lg kt gusi tu. Ni kalo aku kecik2 ni, dah lama mak aku selamba je tolak pakai jari. Tak pon dia ikat benang, pastu rentap. Tapi aku mcm ngeri la plk nk buat mcm tu. Suruh Cooi buat, tp apak dia pon takmo buat. Dia takut kot2 anak dia kesakitan. Eh tau kesian yeh?? Tapi camne nak buat niiiii???

Sebagai mak yang gelabah tapi bajet cool.. terus la aku gugel GIGI SUSU... Hahaha. Jmpa la page ni... SILA CLICK.

Bagus la info yang Dr. Leen ni bagi. Sangat2 membantu. Kalo korang malas nk click, meh aku bantu korang, paste kt sini..

TAHU KE KORANG.....

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
 
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
 
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
 
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.

4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.

5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. 

Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
 
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi. 

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)


Bila dah baca artikel Dr. Leen, rasa tenang sket hati aku. Aku mmg x penah lg bwk Alysya pi dentist. Niat tu ada, tp asik x kesampaian je. Asik brtangguh2. Tapi nk gigi anak cantik berseri, tp tak bwk jmpa dentist utk pemeriksaan. Camner tu?? Ok la... pasni aku cuba nk bwk Alysya pegi dentist. Takmo la gigi Alysya buruk pulak, brlobang2 macam apak dia...hahaha.




4 comments:

lieyalatif said...

eh cepat gak gigi echa dah goyangkan...si mija elok lagi hah.....tapi dah sumpik2 sbb kuat noo mkn gule2 ekekekekek....

aku bawak mia gi dentist mase goyang tu sham sebb kesian kat die ...die takut nak mkn....ye la sakit tu ....bile dah cabut baru die okey nak mkn...pada aku risau laa tgk anak tak mo mkn takut sakit gigi yg bergoyang tu....

Zana Md Nordin said...

ooooooooo
makanya...ko tak cabut ler yerk gigi echa yang dah goyang tu? ke ko tetap cabut gark malam tu...

gigi batrice ok lagi...
tpi tulah..dah jarang2 ko....
samalah...aku pun tak pernah lagi bawa si Batrice gi dentist..he he he..budget gigi anak lawa ler tu.....tp bila dah baca nie...kena gark ler nanti bawa dia gi dentist...aku takut gigi dia tumbuh jejarang cam gigi dia sekarang nie....

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Macam gigi aam ler. Takut nau aku nak cabut. Tp x sempat lg nak bwk gi dentist

Emy Omar said...

Ramai bdk2 takut nak jumpa dentist kan..saya mujur la anak2 tak menurun perangai penakut saya ni :p ni dah umur 30an baru ada keberanian nak pegi buat braces sebab gigi tak cantik huhuhuhu dulu2 x berani,sekarang dah ada keberanian makin mahal la regenya huwaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails