Friday, July 13, 2012

Gold Coast Morib Resort

berzaman plak aku nk hapdet citer gold coast morib nih. Ok la malas nk membebel, kita layan gambar jer la. Coz gambar berlambak, so korang cuci mata jer la yeh..

muka hepi 2 beranak. Bli voucher Gold Coast ni dari bulan 4 hari tu lg. Tp leh redeem bulan 7 je. Bayangkan ler dok menunggu2 lamanya bulan 7..

 
aku pi tu hari Jumaat. Stay 1 night je. Rupanya ramai giler org yg bli voucher tu. Coz murah kot tu yg ramai beli. Mujur kami smpai awal jugak. Tu pon ngam2 pukul 3 dpt bilik.
 

Masa booking aku dah request nk king size bed ngan theme park view. Alhamdulillah dpt. Tu yg kena tggu lama sket sbb nk dpt bilik yg di request.


 

Boleh tahan gak size bilik dia. Kemas n simple je.






 Mintak maap le kalo ada yg x suka aku upload pic bilik smpai ke bathroom segala. Tp ada gak yg nak tau cemana bilik kat gold coast ni kan. So dah tgok hotel ni, boleh la korang prtimbangkan prcutian ke gold coast morib ni..




mujur mmg ada jacuzzi yg aku jakunkan sgt tu..hahaha. Ada window so smbil brjacuzzi leh layan tv

 
trkejut ai tgok pic ni.. igtkan bayang2 hantu mana la tu.. rupa2nya byg2 sndiri

 
balcony

 
balcony mengadap theme park. Ok dah letak brg segala. Siap2 moh kita terjun pool. Ada budak tak sabar2 nk mandi. Dari menunggu bilik lagi dia dah bising bila kita nk mandi kolam..bila kita nk mandi kolam..


Voucher aku beli tu entitle dpt 2 wristband je..so kena la bli 1 lg utk Alysya. Kalo in-house guest kena byr RM15.00 sorang utk budak.




Hotel fully booked. Tapi kat theme park lengang je. Tak ramai sgt org. Yang aku suka tu, ada kawasan yg redup nak mandi. So gembira la hati mak..xde la terbako kulit haku.

 






For me.. aku suka lagi theme park kat Gold Coast Morib ni compare ngan T**ra yg kat PD tu. Kat sini cantik, pastu ada gelungsur kt blakang echa yg brbelit2 tu. Ada kawasan redup utk mandi...dan mcm2 lagi la.


Ini pic keesokan harinya...Sabtu. Masa ni lepas bfast ajak cooi lepak2 tepi beach kejap n amik gambar. Aku x amik pic masa dinner n bfast coz xde apa yg menarik. Nnti aku citer kt penghujung entry k.

 


leh amik gambar kt depan ni je. Tak leh masuk dlm.

 

Budak ni dah xde mood nk brgambor. Dia dah x sbr nk terjun kolam. Masa ni baru kul 8lebih. Pas subuh je, kitorang terus siap2 pi bfast. Coz xmo berebut2 time bfast. Kan aku kata hotel full house tadi.

 


cantik kannn.. bestnya kalo dpt lepak2 kt situ

 


naik bilik tukar baju. Tu dah tensi sbnarnya asik kena paksa posing je. Dlm kepala dok pikir nak mandi kolam jeee..


 Kita suh apak dia je la layan dia kt kolam. Haku nk siap2 pack barang. Kang dorang naik je, mandi leh terus check out.

 
Sebenarnya alasan je nk pack barang tu. Sebenarnya haku nk berendam kt dalam ni. Owhhh alangkah indahnya hidup time ni. Sambil dok layan katun aku berjacuzzi...

 
Lepas check out, aku ajak cooi brgambar kt sini lagi skali. Pagi tadi x puas hati, coz muka pucat lesi je..




time ni kul 12++ thari ko. Panas merentinggg... Alysya dah ngantuk + penat. Bantal busuk x dpt dipisahkan..

 







bye2 Gold Coast Morib.. ada rezki kami dtg lagi..

TIPS : Kalo ada antara korang yang baca blog aku ni and dah beli voucher Gold Coast ni.. Tak kesah la bli kt groupon ke, My deal ke apa ke.. aku nasihatkan korang pegi time weekday je. Kalo korang nk check in hari Jumaat, better korang pegi awal. Smpai je hotel.. terus pi counter utk check in. If korang dtg awal, bilik mana yg dah ready terus dpt kt korang. Kalo korang smpai lambat dlm pukul 3 ke atas...mmg hazab la korang menunggu. Masa hari aku pergi tu, siap ada org mengamuk lg coz dah pukul 8malam, bilik dia x ready lagi...boley???

Lagi satu, untuk voucher ni kan dpt dinner ngan bfast sekali kan. Masa aku pegi tu, aku turun dinner lmbat sket dlm kul 8++pm. Sekali kena beratur la pulak. Tggu org abis makan, bru dpt duduk. Food pon mana yg ada je. Serius tak puas hati. So esoknya, masa bfast aku turun la awal. Nasib la ada meja. Tapi kena tambah rm15 utk Alysya. Tapi mmg x brbaloi pon byr bfast utk Alysya sbb dia just mkn croisant 2 ketul je. Pastu food selection tak byk... and x berapa sedap. Part makan mmg aku x berapa puas hati la. Tapi yg lain aku puas hati.
 




Thursday, July 12, 2012

Edisi Karok

patut entry ni publish dulu b4 entry mc cafe. Tp takpe la.. mana2 pon sama je. muka2 ni gak yg ado ponn...hahaha. Kalo korang nk tau, ni pestime aku pi karok tau. Dulu2 dlm awal 90-an mmg giler karaoke kan? Rasanya hampir setiap umah kot ada set karaoke tu. So aku takat karok kat umah je la.. Itu pon masa bapak aku bru beli je berebut2 ngan kakak n adik aku. Tak brapa bulan, sorang pon x heran. Melalak dlm toilet gak yg best. Lagi pon dlu2 xde plk kwn2 aku yg ajak pi karaoke. Salu ajak tgok wayang je. Sbb tu aku ni kaki wayang kot. 

So..bila tgok ada promo karaoke kat Red Box apa lagi...trgedik2 la ajak geng2 pompuan aku ni pegi. Semua pon stuju je.. good..


x sangka aku kaki karaoke rupanya kawan2 aku. Lagu2 aku x familiar tp dorang tauuu... hebat2..

 

hirda nyanyi lagu apa ntah time ni. Aku ngan Mimi bru nk menyekek

 
Feminin!!! Hahahaha.. mula la terimbau2 kenangan lama. Lieya heran tgok 3 pompuan ni dok gedik2 nyanyi lagu feminin. Hahahaha. Ni kalo Cooi tau aku nyanyi lagu Feminin konpem kena kutuk kaw2 punya

 
Elite!!!.. Tamparan wanita...ini peberet hirda.. Dorang nyanyi bertiga kot. Mak x layan sgt elite.


Food yg kami order. Aku, Mimi n Hirda pilih ni, konon2 nak yg paling mahal katanya. Rasa tu boleh la jugak. Ayam dia sedap. Tapi nasik tu biasa la kan..rasa nasik. Pinggan dia punya la besar..dah mcm mkn dlm dulang je aku rasa.

 
Ni lieya punya. Sedappp.. nyesal x amik ni. Mula2 dia trsilap hantar set nasi lemak. Perghhh bau nasik lemak menusuk kalbu. Tgok rupa mcm sedap. Nx time nk order nasik lemak or pasta carbonara ni la..

 
Setiap sorang dpt 2 air. So ni 1st round. Yg 2nd round sumer order coke.

 
Amboi2.. kenmain masing2

 

Mula2 aku ingatkan 3 jam karaoke tu mcm lama sgt. Ingat ko trlebih2 la masa. Sekali... x cukup ko. Byk lak lagu yg dah pilih x dpt nyanyi.. huwahhh...frust aku x dpt nyanyi lagu westlife byk2. Dpt nyanyi satu je lagu westlife - Flying without wings. Takpe.. pasni kita pi lagi yer kawan2. Sesekali release tension mcm ni..seronok jugak. Yang penting, kita bukan buat bnda bukan2. Pegi menyanyi je ngan BFF. Dengan kebenaran suami lagi. Terima kasih kat Co'oi sbb sgt2 memahami. Lebiu lahhhh..muahhh.

 



Monday, July 09, 2012

Tea Time @ Mc Cafe ~ Kota Damansara

semalam lepas sesi karaoke.. aku, Hirda ngan Mimi pegi plak Mc Cafe, Kota Damansara. Lieya x ikut, sbb askar2 dia dah menanti kat e@curve tu. Hirda la yg ajak pi Mc Cafe. Sejak dpt tahu 1st outlet Mc Cafe kt Malaysia ni dibukak kat K. Damansara tu, si Hirda x sng duduk selagi dia x dpt try.. hahaha. Padahal selalu je dia pi area KD tu, tp asik x kesampaian je nk g Mc Cafe. Ngan kawan2 ko ni jugak yg brhasil yer hirda..


banana walnut muffin (RM5.95) -
sedapppp..i likeeee. aku kan penggemar kacang. dah le walnut dia brlambak2 kt dalam. Puas mengunyah walnut, smpai trselit2 kt gigi aku.


Chocolate Fraps (large - RM8.95) -
boleh la tahan..tp xleh lawan setabak la...


 elok sgt la kan..pas melalak2 menyanyi.. g bntai makan minum bnda manis2 ni. Pastu x cuci tekak ngan air kosong. Hasilnya tekak aku perit smpai hari ni..


 Hirda ngan Mimi makan Choc. Chips Muffin. Aku tumpang rasa, pon sedap jugak.



muka brseri2 dapat makanan

 
amacam hirda.. puas hati dah try Mc Cafe?? hahahha



Friday, July 06, 2012

Voucher Promo...

Hari ni hari apa??? Jumaat yeh? Owhhh ingatkan Sabtu... Patut la korang keje...hahaha. Tapi ai cutiiiii...jgn jeles..hahaha. Gurau2 jek yer. Masa entry ni di publish, kitorang tengah brsiap2 nak ke Gold Coast Morib Resort. Baca betul2 yer.. ni bukan hotel gold coast sepang palm tree yg mahal brdentum tu... Yang tu ahkak x mampu dek nonn. Ni Morib yer...MORIB. Aku bli voucher promotion ni kt Living Social. Rasanya byk kali dah keluar promo dia. Pendek kata sentiasa je la ada promo ni. Now ni senang je kan... semuanya di hujung jari. Stakat ni utk hotel ni kali kedua aku bli guna voucher mcm ni. Before ni beli promo Awana Porto Malai Langkawi kat Mydeal. Pon brbaloi jugak. Itu voucher hotel.. voucher yang lain pon ada gak few yg aku beli.

 untuk 2D1N stay mcm detail kt atas ni, harga RM180. For me kira ok la tu. Yang buat rasa nk bli voucher ni, sebab promo dia macam best je...


- pic google -
 Studio Room with twin bed. Tapi aku dah request nk king size bed. Mintak2 la dpt.


- pic google -
Siap ada jacuzzi lg kat bathroom. Lagi la trgedik2 kan. Ni kang kalo aku check in bilik xde jacuzzi..siap ko..


- pic google -
Yang paling2 tak sabar..ni la dia... water theme park. Mesti Alysya hepi giler dpt brkubang kt dalam tu. Harap2 semuanya indah mcm gambar2 ni. Tak sabar nk menghepikan anak.

Ok la.. korang rajin2 wat keje yeh...hehehe





Thursday, July 05, 2012

GIGI SUSU

Hari senin hari tu, balik keje je, Alysya terus ngadu.. mama tgok gigi kita dh goyang. Aku pon check le gigi dia. Bila aku try tolak gigi dia, mmg betul goyang. Ehhh.. terus aku cuak. Terus mak penyayang ni ngadu plk kat laki trcinta psl gigi anak. Banggg.. cuba awk tgok gigi Alysya tu..dh goyang la. Apak dia nk tgok tp Alysya tak bg. Takpe... biar mak ko setel lipat kain segala. Jap lg kita buat operation. 

So bila Alysya dh start ngantuk tu, aku suh la dia baring ats katil smbil laung kt apak dia suh masuk bilik. Cakap kt apak dia..tapi bkn ckp cam biasa tp mengeja... C.A.B.U.T G.I.G.I *eja satu2*  anak ni, kang trcabut time tido..tertelan lak kang. Saja tak sebut word CABUT GIGI tu. Kang alysya dengar...lom apa2 konpem meraung. Terkebil2 Alysya cuba nk ngeja balik apa la yg makpak dia ckp ni. Kitorang pon pujuk2 la Alysya suh bukak mulut. Goyang2 sket gigi dia. Makkk aiii...mmg dah goyang abis... lekat sket je lg kt gusi tu. Ni kalo aku kecik2 ni, dah lama mak aku selamba je tolak pakai jari. Tak pon dia ikat benang, pastu rentap. Tapi aku mcm ngeri la plk nk buat mcm tu. Suruh Cooi buat, tp apak dia pon takmo buat. Dia takut kot2 anak dia kesakitan. Eh tau kesian yeh?? Tapi camne nak buat niiiii???

Sebagai mak yang gelabah tapi bajet cool.. terus la aku gugel GIGI SUSU... Hahaha. Jmpa la page ni... SILA CLICK.

Bagus la info yang Dr. Leen ni bagi. Sangat2 membantu. Kalo korang malas nk click, meh aku bantu korang, paste kt sini..

TAHU KE KORANG.....

Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
 
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
 
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
 
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.

4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.

5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. 

Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
 
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi. 

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)


Bila dah baca artikel Dr. Leen, rasa tenang sket hati aku. Aku mmg x penah lg bwk Alysya pi dentist. Niat tu ada, tp asik x kesampaian je. Asik brtangguh2. Tapi nk gigi anak cantik berseri, tp tak bwk jmpa dentist utk pemeriksaan. Camner tu?? Ok la... pasni aku cuba nk bwk Alysya pegi dentist. Takmo la gigi Alysya buruk pulak, brlobang2 macam apak dia...hahaha.




Wednesday, July 04, 2012

Smart Readers Charity Concert 2012


Date : 30 June 2012
Time : 7.45pm
Venue : Plenary Hall, KL Convention Centre

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Selesai sudah acara yang dinanti-nantikan. Berdebar2 sungguh mak ko Alysya. Risau kalo tiba dia nervous n xleh perform kat stage. Tapi alhamdulillah, semuanya brjalan ngan lancar. Bangga sgt ngan anak mama ni..

 Teacher dia kata kena smpai KLCC b4 kul 7, pastu pass anak kt teacher, makpak leh wat acara bebas b4 masuk hall. Aku smpai lg 5 minit b4 kul 7. Makpak ko mmg terer bab2 ni. Timing baekkk punyer kan. Padahalllll... plan nk g awal, konon2 leh la shopping kat Pavi.. tp nan hadoooo...


 Mekap budak ni la yg buat lambat tu. Tak reti dok diam. Asal sapu bedak, bangun nk tgok cermin, asal sapu eyeshadow bangun nk tgok cermin. Letih mak ko buat...


 Ni kepandaian apak ko la amik gambar. Dia dah le tinggi melangit.. Bila amik gambar aku x pasal2 je aku jadi katik. Lenkali camera tu xyah la tinggi sgt bang oiii...

 Pengacaranya ialah Adibah Nor ngan sapa ntah laki tu... lupa. Time ni Adibah asik wat lawak je. Dia kata dia brdebar2..takut nk tggu kedatangan kerabat di raja. Pastu mcm2 la dia ckp..tp mmg lawak la. Adibah mmg best!!


 Yang dinantikan. Tetamu diraja..


 Entry hari tu aku ckp agong kan?? Salah la plk. Hehehe teacher Alysya yg ckp agong, so bukan salah i okk. Ekceli ini ialah Raja Muda Perlis dengan Raja Puan Muda Perlis.



 Comei je budak2 ni jd alien, siap ada spaceship tu..


 jeles ai tgok dorang ada costume cntik. Tapi echa perfome pkai uniform skolah je. Ekceli dia ada 2 part. Part 1 perform pakai baju cntik2 ni. Part 2 perform pakai uniform skolah. 



 Sambil mengacara, Adibah Nor pon menyanyi jugak. Rasanya ada 4-5 lagu gak dia nyanyi termasuk lagu peberet aku, Terlalu Istimewa. Syahdu gak bila dgr lagu tu. Dah la suara kak Dibah ni power giler. Mmg sedap sgt suara dia. Dah le comeiii je kt atas stage tu..


 Ini lah persembahan Alysya. Dia menari pom pom lagu Sha Na Na (Amy Mastura). Nampak anak haku yang kabur2 kt blakang tu. Ni la satu2nya pic yg nmpk gak muka dia. Yang lain sumer blur. Abis...dah lagu rancak kan, bila zoom dorang tgh menari terus muka blur. Dah le camera x canggih kan. Ini la kalo anak tinggi, asik kena dok blakang je pulak.



 Alysya dah abis perform, so leh amik dia untuk duduk sama kt dlm dewan. Masa ni pon dah lewat jugak..rasanya dlm kul 10++.


 Ramai gak parents yg dah bwk anak dorang balik. Yer la dah lewat sgt kot. Budak2 pon dah ngantuk + letih. Anak aku je yg hyper kot, x reti dok diam.


 Yang ni combine beberapa branch SR. Ada byk lagu masa ni.



 Mamat pengacara ni masa last ni ada nyanyi satu lagu. Sedap gak suara dia.


 Charity Concert ni telah mencipta rekod dan dimasukkan dalam Malaysia Book of Record sebagai penyertaan persembahan paling ramai kanak2 untuk Charity Concert. Tak silap aku dorang ckp ada dlm 1200++ kids. sudahnya event tamat dlm kul 11++pm gak. Mendapat la byr parking 15hengget kt klcc tu.


Hati makpak mana yg tak bangga ngan anaknya. Tak kesah apa pon kebaikan/ kejayaan anak, walau sebesar kuman..walaupun bg org lain tidak bernilai.. Hanya hati ibu bapa saje yg memahaminya. So sebagai habuan sbb Alysya sporting dan tak nangis, nnti mama bwk awak g splash2 k...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails