** ingatan - entry kali ni, ayat ada unsur2 skema sket, siler beri ruang yer...heheh
hari ini, 18 Januari 2011 genaplah 25 tahun umur adik lelaki kesayangan aku - Mohd. Faizal. Ini lah satu-satunya adik lelaki aku. Im not sure, if aku penah citer pasal dia kat blog aku nih. Tp untuk kamu2 yg tidak mengetahui, adik aku ni seorang insan istimewa, walaupun dia tidak senormal spt org lain. Sudah ditakdirkan begitu, kami sekeluarga redha dgn pemberianNya. Walaupon dia begitu, ia tidak mnjadi halangan utk kami sekeluarga menyayanginya. Malah, kami trlalu menyayanginya lebih dari yang lain.
-celebrate awal hari sabtu lepas, coz adik aku yg dok seremban ada-
Adik aku yg ku panggil Aboy/ Ujang ini, paling rapat dgn aku dari adik beradik yg lain. Waktu aku bujang dlu, aku kan tinggal dgn parents aku. So Ujang ni dia tido sebilik dgn aku. Aku tidur katil atas, dia kat tilam bawah. Walaupun pernah dipujuk oleh emak supaya tido di bilik emak, tp Ujang ttp tak nak. Dia tetap jgk nk tido sebilik dgn aku. Ujang ni penyayang orangnya. Suka benar dia mencium kami adik beradik. Kalo dgn parents aku lagi la. Kejap2 dia cium. Tapi kalo x kena gaya, ada jgk dia mengamuk. Masa ni, kdg2 trlepas jgk la penampar kat muka dia. Tapi jangan salah sangka, itu bukanlah tanda aku x sayangkan dia. Tapi kdg2 perlu juga dipukul untuk mengawal keadaan. Orang yg tidak mengalami, mungkin boleh mmbuat mcm2 andaian. Tapi hanya mereka yg mengalaminya sahaja yg tau keadaannya.
masa aku baru kawin, aku tinggal dgn parents aku selama 8 bulan sbelom pindah ke rumah sewa sndiri. Masa baru kawin tu, yg kelakarnya masa 1st night lepas nikah tu, aku ckp ngan dia.."Aboy, nnti tido bilik tu (bilik lama aku), anyah tido bilik lain tau". Dia reply "nk tido ngan anyah. Abangggg (co'oi) jgn amik anyah..". Sedih plak aku dgr masa tu. Kelakar pon ada jgk.
Alysya panggil Ujang ni Pak Uda. Sayang betul dia dgn Pak Uda dia nih. Tp kadang2 tu, Alysya suka gak mmbuli. Ntah hapa2 dia buat ntah, redha je Pak Uda dia. Cuba org lain buat, mau kena lepuk ngan dia.
Masa parents aku menunaikan haji pada tahun 2004, aku sanggup berkorban mengambil annual leave utk menjaga dia. Bergilir2 dgn kakakku. Masa tu, aku sedar dia merindukan emak & ayah kerana tidak pernah mereka berenggang untuk tempoh selama itu. Paling sedih bila ayah mmbuat panggilan telefon dari sana. Dengar saja suara ayah, adik aku terus menangis. Malah bukan adik aku je yg menangis, ayah pon tidak dpt menahan sebak di hati. Kami sama2 menangis masa tu. Tak sabar rasanya menanti kepulangan mak & ayah kerana kasihan melihat adik yg merindui mereka.
Ujang plak panggil Alysya ni Ibby (baby). Dia tak reti nk sebut baby so jadi la ibby. Ni gara2 masa alysya baby dulu la. Aku dok ulang2 perkataan baby tu je. "Aboyyy.. jgn bising, nnti baby bangun". "Aboyyyy.. baby nk minum susu..". Tu yang dia panggil ibby tu. Coz x reti nk sebut "Alysya".
ini-muka-gedik-mintak-dilempang
harapan aku, semoga adik aku sihat selalu. Dan semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik dan juga rezeki untuk aku menjaga dia nnti.