Raya kedua aku pg open house kawan aku. Nama dia Azhan Rani.. kitorang panggil dia An je. Dia ni sekarang dah jd pelakon. Ekceli dah lama gak dia berlakon.. dari sebelum kitorang kawin lg dia dh jd pelakon. Aku kenal dia masa form 6 kat Sek. Men. Kuala Kubu Bharu. Dia satu kelas ngan aku. Cooi kelas sebelah je. Dengan kawan2 form 6 kami mmg rapat. Masa bujang2 dulu... kalo time beraya kami mmg sakan. Dua hari 2 malam kami beraya.. seronok sgt. Tapi bila masing2 dah kahwin.. susahlah sket nk berjumpa. So time raya ni... kalo ada peluang jmpa kawan2 lama mmg dinanti2 kan.
Mamat sebelah aku ni lah Azhan Rani... korang cam x muka dia? Kalo sebut nama mebi ada yg x kenal... tp byk dah drama lakonan dia dok kuar kat tv tu. Nak2 time raya ni... mmg muka dia jer yg kuar tv.
Drama terbaru dia yg sedang ditayangkan di TV3 jam 4.00petang.. Derhaka Seorang Madu... lakonan bersama Faradhiya dan Lisdawati. Wah tetiba tolong promote... hahaha. Ahad lepas plak bru kuar drama dia bertajuk Abah Tak Balik Malam Raya. Sapa yg tengok citer tu mmg keluar airmata. Syabas An.. lakonan yg mantap. Walaupon kawan2 ko masing2 laser jenis suka mengutuk depan2 tapi dlm hati semuanya mmg puji2 lakonan ko.
All for One.. One For All. An, Yus ngan aku satu kelas. Cooi budak kelas sebelah tp suka kawan ngan budak2 kelas aku. Budak kelas aku, Aku sorang je pompuan yg dpt dtg. Yang lain sumer balik kampung. Mujur aku kahwin ngan Cooi kan... kawan aku = kawan dia... kawan dia = kawan aku. Open house ni dia buat kat rumah parents dia kat Kuala Kubu. Aku kan raya kat kg. Cooi kat Rasa.. tu yg dpt pegi sbb dkt sgt2. Lagi pon tiap2 tahun mmg aku g raya umah parents An ni...wpon kekadang dia xde sbb dah start shooting kami ttp dtg raya sbb dah kenal parents dia.
Ada tak kawan2 yang bergetar tgok pix ni??? Mahaplah yer... bukan salahku... hahaha.. *hanya mereka2 yg memahami
Auwwww...tgh makan.. tetiba pelakon Beto Kushairy datang bersama wife dia. Terus cakap kat An... ko kena make sure aku dpt snap pix berdua ngan Beto tau... hahaha. Yer la... kalo x.. segan ler aku nk ckp kat Beto aku nk bergambar ngan dia. Lagi pon.. takmo lah kacau dia tgh makan. Sabar tunggu dia abis makan dulu bru brgambar.
Yeayyyyy... suker sgtttt. Dapat gak bergambar berdua. Hensem gak Beto ni... kulit dia cantik n licin uolsss..xnmpak pori2 pon. Terus nampak kusam muka aku bila bergambar ngan retis.
Cooi pon xmo kalah..dia pon nak jugakkk.
Sebab laki yg jd cameraman..xleh la nk over gedik2... kenalah behave.. dont touch2 yer. Saja nak bagi kawan2 aku yg tak dpt pegi tu panas hati... tepek pix ngan Beto lebih2 sket... hahahha kejiii...
Sporting n baik sgt Beto ni. Skit pon xde merungut or buat muka bila org ramai2 sebok nk brgambar ngan dia. Sopan sangat... senyum jer.. ai likeee. Korang janganlah buruk sangka bila tgok rambut dia kaler putih. Rasanya dia tgh shooting drama/movie yg watak dia memerlukan dia kaler rambut putih. Shooting x abis lagi.. so takkan dia asik nak g tukar kaler rambut jer kan. Selagi tak abis shooting.. itulah kaler rambut dia.
Lawak masa ni...anak dara aku tu kan pemalu n x suka brgambar time raya. Sekali masa kitorang nak balik, Alysya dah standby nak naik keta. Beto saja pi dekat dia... nak fren2 kata Beto.Boleh plak anak aku bantai meraung kat situ. Malu sgt kot bila retis dtg tegur dia... sabor jer la... anak aku kekwat ok... hahahha.
Pastu nak promote kat korang... movie terbaru KL Zombi akan ditayangkan pada 29 Ogos 2013 di pawagam yg berdekatan anda. Kawan aku Azhan tu pon ada berlakon bersama watak utama iaitu pelawak terkenal Zizan Razak. Kalo korang ada kelapangan dan tak tau nk kemana... pergilah tgok movie ni. Tetiba aku jd promoter plk kannn.
Aku ngan Cooi pon dah x sabar nk tunggu movie ni keluar... kitorang mesti... mesti tengok!!!. Kena lah bagi sokongan kat kawan kan.. thats are friends are for..
Oklah.. tak tau nk bebel apa lagi.. bye.
- Posted using BlogPress from my iPad