Hari ni hari last kat Krabi... rasa x sabar nk balik pon ada sbb dah rindu kat Alysya. Pagi ni breakfast pon kt bilik je mkn megi ngan roti. Malas nk g bfast hotel tu. Lagi pon nk pack barang lagi.
Pas dah setel sumer, Kitorang check out siap2 and tinggalkan beg kat reception. Kitorang check out siap sbb nak dapatkan balik deposit yang kitorang bayar masa check in tu.. dia mntak byk gak deposit..2000THB tu.
First skali aku g booked teksi kat kedai aku amik motor tu jugak. Dapat 500THB (dalam RM50) dari Ao Nang nak ke airport. Flight aku kul 1.45pm so aku ckp amik aku kat Hotel dlm pukul 11.45. Lepas booked teksi, kitorang smbung shopping souvenirs naik motor. Ada masa lg untuk guna motor sbb blm ckup 24hours lg.
Yeayyy... misi utama aku mesti beli bag ni. Bag ni ada 2 jenis... saiz kecik sket.. ada byk color n kain nipis. Yang aku beli ni besar sket, kain tebal n ada 2 color je putih ngan hitam. Aku suka yg jnis kain tebal n kasar ni lg. Tak byk kedai yang jual bag mcm aku nk ni. Mujur kedai favourite ada jual. Dapat ngan harga aku nak tu tanpa byk songeh lg. Mmg terbaik la mamat Nepal tu.
Lepas abis shopping kitorang terus return motor. Dari tmpat sewa motor nk g Hotel dekat je jalan kaki. Depan kedai motor tu nampak plk kedai burger ni... terus tringin nk makan burger.
Boleh tahan rega burger dia ko... kedai cikai je. Tapi sbb dah teringin sgt aku beli la jgk. Beli burger single je x amik set.. RM6. Kalo kat Selayang burger biasa tu RM2.70 je kot. Aku nampak dia guna daging burger Ramly tu... sebab tu la mahal kot yer...
Lepak jap kat lobby sambil tunggu teksi datang
Selamat sudah smpai airport. Aku mmg abiskan duit THB tu hingga titisan yang terakhir... aku abiskan beli pringles untuk kudap2 smbil tggu flight... tinggal berapa sen je kat aku... hahaha
Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2.
Ok.. bagi memudahkan korang yang nk ke Krabi.. kat bawah ni aku bagi tips dan bajet.
1. Flight
Kalau percutian bajet.. rajin-rajin ler survey website Air Asia. Malindo Air pon dah ada route Krabi. Kalau nk pergi jalan darat pon boleh. Naik bus or drive sendiri. Yang tu korang gugel la sendiri... hahaha.
2. Currency Exchanges
Masa aku pegi tu rates RM10 = 10.26THB. So pandai2 la congak yer... nk senang kira aku buat je RM10 = 100THB. Elok tukar duit siap2 kat Malaysia. Skang THB dh naik..100THB dah RM11++.
3. Hotel
Masa aku pegi tu rates RM10 = 10.26THB. So pandai2 la congak yer... nk senang kira aku buat je RM10 = 100THB. Elok tukar duit siap2 kat Malaysia. Skang THB dh naik..100THB dah RM11++.
3. Hotel
Make sure bila booked hotel tu cari yang area Ao Nang yer. Jangan booking kat Krabi town pulak. Kat Krabi tu takde apa. Boleh check hotel kat Agoda, Booking.com, Expedia.com or lain2 website lagi. Make sure jgk hotel korang booked tu nanti dekat ngan tempat makan. Hotel ada byk pilihan... ikut kemampuan kita nk yg cemana. Kalo hotel bajet yang famous kat kalangan rakyat Malaysia yang aku tau... Aonang Goodwill Hotel, J Hotel, Haleeva Sunshine Hotel. Kebanyakan hotel bajet kt Krabi xde lift.. so kalo book ru request siap level yg rendah, kalo x kang mencungap ko hangkut beg naik tangga. Ada jugak muslim hotel kat sana... tp harga dia mahal la sket. Tapi senanglah sbb boleh makan tanpa ragu.
4. Transport
Kalau naik flight... dari airport ke Ao Nang kita boleh naik teksi, van or bus. Kalau nk jimat bolehlah naik bus... x slp aku sorang 150THB je. Tapi kalo pegi ramai in group elok lah naik van.. lg selesa n jimatkan masa. If naik cab dia charge 600THB ke Ao Nang. Tapi teksi dari Ao Nang ke airport plk dia charge 500THB je.
Sepanjang kat Ao Nang tak perlu sewa keta or naik teksi. Paling senang kita sewa motor jer sbb boleh bergerak ke mana2 ikut hati kita. Sewa motor dalam RM20-25 sehari/ 24jam. Pastu keluar kederat jalan kaki sbb nk keluar masuk kedai2 yang berderet sepanjang Ao Nang beach tu kan. Malas jalan boleh naik Tuk Tuk... murah je.
Kebanyakan xtvt haruslah water xtvt. Ada banyak pakej yang dijual sekitar Aonang Beach. Kalau rajin survey dan pandai bargain leh dpt pakej yang murah. Antara pakej yang femes ialah Phi Phi Island, Hong Island dan Four Island. Pakej Phi Phi Island naik speedboat so harga mahal sket. Yang Hong Island dan Four Island ada pilihan nk naik speedboat or longtail boat. Kalau naik longtail boat ni pakej dia murah sket. Pakej ni include hotel transfer, lunch, drink, fruits, insurance, snorkelling equipments. Tinggal bawak badan, sunglass, topi, camera ngan duit sikit. Make sure request halal food masa booking package.
Selain water xtvt ada gak jungle tour/ safari tour macam elephant trekking, tiger cave, water rafting, ATV, emerald pool dan lain2.
6. Halal Food
Kat Krabi ni tak susah nk cari halal food. Cari je simbol bulan dan bintang insyaallah halal. Pandai2 la pilih yer...yang penting yakin tapi jangan la main semberono je. Tengoklah penjual nya macam mana. Tapi kalo Halal Food ni biasalah harga mesti mahal sket. Antara Restaurant Halal kat sana ialah Lemon Restaurant, Bamboo Restaurant, Chaba Thai, Sareefah Seafood, Hud Seafood. Kalau nk yang murah sket korang cari yang jual atas motor tu and make sure ada tulis halal or ada simbol bulan dan bintang.
7. Pancake
Kalo gugel pasal Krabi mesti org dok citer pasal pancake yang sedap tu. Pastu penjual pancake yang femes haruslah Makcik Yaminla!! Senang je nk cari.. Dia jual kat deretan gerai bermotor betul2 mengadap Tourist Police Station. Hari Jumaat kedai bermotor ni semua cuti.
8. Nenas dan Fruit Juice
Antara yang femes ialah nenas ngan fruit juice. Murah plak tu. Nenas kat sana sedap baq hangggg. Hari2 aku mesti beli nenas. Tapi aku melepas nk makan nenas kecik yg bulat2 tu. Aku jmpa jual kat Phi Phi Island je. Tapi masa tu malas nk beli konon nk beli kt Aonang... skali x jmpa plk.. frust aku.
9. 7- Eleven
Kalau kat Malaysia 7-Eleven ni mahal kan. Tapi kat Krabi ni boleh tahan murah gak harga dia. Macam air coke dan pepsi tu mmg murah kat sana. Setakat nk beli roti or megi tu bolehlah beli kat 7-Eleven ni.
Ok..byeee.
No comments:
Post a Comment