Showing posts with label Hotel Review. Show all posts
Showing posts with label Hotel Review. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Krabi 2014 ~ Day 5

Hari ni hari last kat Krabi... rasa x sabar nk balik pon ada sbb dah rindu kat Alysya. Pagi ni breakfast pon kt bilik je mkn megi ngan roti. Malas nk g bfast hotel tu. Lagi pon nk pack barang lagi.
Pas dah setel sumer, Kitorang check out siap2 and tinggalkan beg kat reception. Kitorang check out siap sbb nak dapatkan balik deposit yang kitorang bayar masa check in tu.. dia mntak byk gak deposit..2000THB tu.
First skali aku g booked teksi kat kedai aku amik motor tu jugak. Dapat 500THB (dalam RM50) dari Ao Nang nak ke airport. Flight aku kul 1.45pm so aku ckp amik aku kat Hotel dlm pukul 11.45. Lepas booked teksi, kitorang smbung shopping souvenirs naik motor. Ada masa lg untuk guna motor sbb blm ckup 24hours lg.
Tambah lagi beli tshirt, fridge magnet ngan bag kain. Tu je pon souvenirs yg aku beli. Yang lain aku rasa biasa2 je. Kat Malaysia pon brlambak.


Yeayyy... misi utama aku mesti beli bag ni. Bag ni ada 2 jenis... saiz kecik sket.. ada byk color n kain nipis. Yang aku beli ni besar sket, kain tebal n ada 2 color je putih ngan hitam. Aku suka yg jnis kain tebal n kasar ni lg. Tak byk kedai yang jual bag mcm aku nk ni. Mujur kedai favourite ada jual. Dapat ngan harga aku nak tu tanpa byk songeh lg. Mmg terbaik la mamat Nepal tu.
Lepas abis shopping kitorang terus return motor. Dari tmpat sewa motor nk g Hotel dekat je jalan kaki. Depan kedai motor tu nampak plk kedai burger ni... terus tringin nk makan burger.


Boleh tahan rega burger dia ko... kedai cikai je. Tapi sbb dah teringin sgt aku beli la jgk. Beli burger single je x amik set.. RM6. Kalo kat Selayang burger biasa tu RM2.70 je kot. Aku nampak dia guna daging burger Ramly tu... sebab tu la mahal kot yer...

Lepak jap kat lobby sambil tunggu teksi datang


Inilah teksi yang hantar kitorang ke airport. Kelasss ko jahh...teksi Chevrolet tu. Driver dia pon pompuan... muda n sempoi je driver.


Selamat sudah smpai airport. Aku mmg abiskan duit THB tu hingga titisan yang terakhir... aku abiskan beli pringles untuk kudap2 smbil tggu flight... tinggal berapa sen je kat aku... hahaha


 Alhamdulillah selamat sampai di KLIA2.

Ok.. bagi memudahkan korang yang nk ke Krabi.. kat bawah ni aku bagi tips dan bajet.

1. Flight
Kalau percutian bajet.. rajin-rajin ler survey website Air Asia. Malindo Air pon dah ada route Krabi. Kalau nk pergi jalan darat pon boleh. Naik bus or drive sendiri. Yang tu korang gugel la sendiri... hahaha.
2. Currency Exchanges
Masa aku pegi tu rates RM10 = 10.26THB. So pandai2 la congak yer... nk senang kira aku buat je RM10 = 100THB. Elok tukar duit siap2 kat Malaysia. Skang THB dh naik..100THB dah RM11++.


3. Hotel
Make sure bila booked hotel tu cari yang area Ao Nang yer. Jangan booking kat Krabi town pulak. Kat Krabi tu takde apa. Boleh check hotel kat Agoda, Booking.com, Expedia.com or lain2 website lagi. Make sure jgk hotel korang booked tu nanti dekat ngan tempat makan. Hotel ada byk pilihan... ikut kemampuan kita nk yg cemana. Kalo hotel bajet yang famous kat kalangan rakyat Malaysia yang aku tau... Aonang Goodwill Hotel, J Hotel, Haleeva Sunshine Hotel. Kebanyakan hotel bajet kt Krabi xde lift.. so kalo book ru request siap level yg rendah, kalo x kang mencungap ko hangkut beg naik tangga. Ada jugak muslim hotel kat sana... tp harga dia mahal la sket. Tapi senanglah sbb boleh makan tanpa ragu.
4. Transport
Kalau naik flight... dari airport ke Ao Nang kita boleh naik teksi, van or bus. Kalau nk jimat bolehlah naik bus... x slp aku sorang 150THB je. Tapi kalo pegi ramai in group elok lah naik van.. lg selesa n jimatkan masa. If naik cab dia charge 600THB ke Ao Nang. Tapi teksi dari Ao Nang ke airport plk dia charge 500THB je.
Sepanjang kat Ao Nang tak perlu sewa keta or naik teksi. Paling senang kita sewa motor jer sbb boleh bergerak ke mana2 ikut hati kita. Sewa motor dalam RM20-25 sehari/ 24jam. Pastu keluar kederat  jalan kaki sbb nk keluar masuk kedai2 yang berderet sepanjang Ao Nang beach tu kan. Malas jalan boleh naik Tuk Tuk... murah je.
5. Aktiviti di Krabi
Kebanyakan xtvt haruslah water xtvt. Ada banyak pakej yang dijual sekitar Aonang Beach. Kalau rajin survey dan pandai bargain leh dpt pakej yang murah. Antara pakej yang femes ialah Phi Phi Island, Hong Island dan Four Island. Pakej Phi Phi Island naik speedboat so harga mahal sket. Yang Hong Island dan Four Island ada pilihan nk naik speedboat or longtail boat. Kalau naik longtail boat ni pakej dia murah sket. Pakej ni include hotel transfer, lunch, drink, fruits, insurance, snorkelling equipments. Tinggal bawak badan, sunglass, topi, camera ngan duit sikit. Make sure request halal food masa booking package.

Selain water xtvt ada gak jungle tour/ safari tour macam elephant trekking, tiger cave, water rafting, ATV, emerald pool dan lain2.


6. Halal Food
Kat Krabi ni tak susah nk cari halal food. Cari je simbol bulan dan bintang insyaallah halal. Pandai2 la pilih yer...yang penting yakin tapi jangan la main semberono je. Tengoklah penjual nya macam mana. Tapi kalo Halal Food ni biasalah harga mesti mahal sket. Antara Restaurant Halal kat sana ialah Lemon Restaurant, Bamboo Restaurant, Chaba Thai, Sareefah Seafood, Hud Seafood. Kalau nk yang murah sket korang cari yang jual atas motor tu and make sure ada tulis halal or ada simbol bulan dan bintang.


7. Pancake
Kalo gugel pasal Krabi mesti org dok citer pasal pancake yang sedap tu. Pastu penjual pancake yang femes haruslah Makcik Yaminla!! Senang je nk cari.. Dia jual kat deretan gerai bermotor betul2 mengadap Tourist Police Station. Hari Jumaat kedai bermotor ni semua cuti.


8. Nenas dan Fruit Juice
Antara yang femes ialah nenas ngan fruit juice. Murah plak tu. Nenas kat sana sedap baq hangggg. Hari2 aku mesti beli nenas. Tapi aku melepas nk makan nenas kecik yg bulat2 tu. Aku jmpa jual kat Phi Phi Island je. Tapi masa tu malas nk beli konon nk beli kt Aonang... skali x jmpa plk.. frust aku.


9. 7- Eleven
Kalau kat Malaysia 7-Eleven ni mahal kan. Tapi kat Krabi ni boleh tahan murah gak harga dia. Macam air coke dan pepsi tu mmg murah kat sana. Setakat nk beli roti or megi tu bolehlah beli kat 7-Eleven ni.

Ok..byeee.






Monday, February 02, 2015

Krabi 2014 ~ Deevana Plaza Hotel (Mercure Krabi Deevana)

Sebab kitorang g Krabi ni nk celebrate anniversary... tu aku teringin nk dok hotel yang best sket. Aku dah gugel.. so dah target nk stay antara Deevana Plaza or Ananta Burin. Depend pada harga bilik masa tu lah. Mula2 mcm tinggal harapan je nk stay kat Deevana ni sbb bila check kat Agoda n Booking.com date yang aku pergi tu harga mahal kebabom. Yang kat Ananta pulak dah full. Tapi Alhamdulillah... few days before pegi.. Agoda turun harga plk. Merasalah stay kt sini 2 malam. Aku dapat RM500++  untuk Premier Room for 3D2N with breakfast. 





 Masa booking aku mmg request nak honeymoon deco.


Alolo tomeinya dua anak gajah ni. Macam tau2 je yg nk stay sini cam gajah kan... dia bagi deco towel gajah yer. Ingat ko dpt la deco swan ke.


Ada blind kat cermin tu. Tak kuasa aku nak mandi cermin telangah je mcm tu. Kot yer pon honeymoon pon kan.


Puas hati ngan condition bilik.. rasa berbaloi sgt dgn harga yang dibayar. Dah la dpt harga promo.



Hadoiii...lawak plk tengok fruits yang dia bagi. Macamkan xde buah lain plk yer. Simbolik sgt la tu.


 Ada bath robes
 
 




 Seronok mandi sbb air dia laju..cpt sket siap
 
 



 Untuk tabur dalam bath tub... amboiiiiii
 
 
Ada free shuttle kalo korang nk keluar makan ke sng xyah naik tuk2. Tapi aku x naik pon. Kitorang jalan kaki je sbb sng nk singgah2.
 
 
 Hotel ni ada 5 block kot.. so pool dia panjang.. bersambung2


Kalau byk duit boleh amik bilik bawah ni.. jenis pool access. Hari tu masa book, agoda offer tambah RM50/ nite kalau nk bilik jenis ni. Tapi sbb kitorang pegi berdua je mls la nk amik. Kalau bwk Alysya ok lah... sng dia nk berendam dlm pool tu... kitorang tgok dari atas katil je.
 
 
 



Address :
Deevana Plaza Krabi Aonang
186, Moo 3,
Aonang Soi 8,
Aonang, Krabi, Thailand.
Tel : +6675639999
 
 
 


Monday, March 24, 2014

HIG Hotel Langkawi

Untuk 2nd nite pulak... kitorang stay kat HIG Hotel. Saja gedik tukar2 hotel.. nk rasa kelainan. Merasa la dok area beach n town kan. Lagi pon last day nnti senang sket nk shopping. Sbb hotel ngan Kompleks HIG sebelah-menyebelah je. Lepas shopping cekelat leh hntar barang kt bilik terus. Lagi satu HIG Hotel ni dia berkonsep Islamic.

HIG Hotel ni baru je launch bulan November last year. Mmg baru lagi... tu yg rasa teruja nk stay kat sini. Sbb perabot sumer sure baru lg kan. Suka carpet dia... lembut jer.. nk baring pon selesa.

Kitorang amik bilik standard je kat sini. Ada pilihan nak twin or queen bed. Aku amik yg twin bed.. kalo cantum luas la sket katil dia.
 
 Ada tv, free wifi, aircond, mini bar and free bfast for 2 person

Sama gak mcm hotel2 lain tu..  kettle, complimentary tea/ coffee, mineral water


Toilet dia x bsr sgt.. just nice je


View kat luar

Kalau korang tengok harga dia kat website mmg mahal sket. Tapi kalo call n buat reservation dia bg harga kurang sket... tengok season la yer.. kalo time peak season.. mmg la mahal. Masa aku pegi ni..utk bilik standard aku dpt rate RM155.00/ nite. Tapi hati2.. kat sini hmpir semua benda dia charge... kalo nk bantal, selimut, toiletries extra sumer dia charge. Nnti ada satu list yg ada tulis charge utk sumer brg2. Iron ngan hair dryer jer complimentary kot. Baca betul2...kalo mintak extra je dia charge yer... kalo yg mmg dah ada dlm bilik tu ko guna je lah.

HIG Hotel <--- sila click
Lot 1852, Jalan Penarak, Kuah
07000 Langkawi, Kedah
MALAYSIA

Tel : 04-966 8001/ 8003






Thursday, March 20, 2014

Casa Fina FineHomes Langkawi

Ok.. nk share tempat aku stay sepanjang kat Langkawi hari tu. 1st nite aku stay kat Casa Fina FineHomes kat area Pantai Chenang. Pilih stay sini sbb nk bawak Alysya mandi laut n nk menikmati suasana malam yg katanya happening sgt kat Chenang tu.

Casa Fina ni dia style cabin.. so dia punya registration counter kat building lain. So kalo nk stay sini..request bilik yg dekat ngan registration or bilik yg depan2.

 Casa Fina ni dekat dengan Coco Valley n Underwater World Langkawi. Walking distance je. Nak jalan g Chenang Mall pon x jauh sgt. Malam2 kitorang jalan kaki sepanjang jalan Chenang ni cuci2 mata.

 Setiap cabin ada kerusi n meja ni utk bersantai2 kat luar bilik.

Kitorang amik bilik Executive Deluxe (King Bed). Bilik dia xde la besar sgt pon.. just nice utk kitorang 3 beranak. Muat la nk solat sumer.


Ada tv, aircond, kettle, complimentari tea/ coffee, mineral water sama la mcm dok kat hotel tu. Free wifi juga.

 Wardrobe dia open concept camni. Toiletries, towel, mini bar sumer pon ada. Berus gigi n ubat gigi pon ada skali. Pintu putih belah kanan tu pintu toilet.

Toilet dia luas gak.. memanjang. Bersih toilet dia. Ada water heater gak.

View kat luar cabin.

Bagi aku.. ok gak la stay kat Casa Fina ni.. cuma dia kat seberang jalan..bukan row yg dkt beach. Tapi nk g beach pon xde la jauh sgt. Cooi n Alysya jalan kaki jer balik bilik sbb baju dah basah. Cuma kalo stay kat beach ni mmg panas sket.. so bila masuk bilik agak berkuap gak la mnunggu sementara bilik nk sejuk. Pastu rasanya concept smartcard dorang sama jer.. Nak on letrik sumer kena pkai card. Bila ko remove card tu ganti card lain..dia x function. Mmg kena pakai smartcard dia gak. Card pon bg 1 je. Tapi malam2 sejuk giler la pulak. Siap pakai stokin aku malam tu.

Owh... untuk bilik macam aku tu..rate dia RM168.00/ nite. Kat sini xde gov. rate yer. Kalo nk survey boleh la contact Casa Fina :

Casa Fina FineHomes <--- sila click
Lot 53, Persiaran Pantai Chenang,
Mukim Kedawang,
07000 Pulau Langkawi.
Tel : 04- 953 3555
Fax : 04- 953 3556






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails