Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri 1433H ~ 2012


Selamat Hari Raya korang.. ada yg masih brcuti lg ke? Wah... melampau ok cuti lama2. Aku amik cuti 2 hari je, so Jumaat 24hb aku dah start keje. Dah raya dkt2 sini je kan.. so x perlu la nk cuti lama2. Lagi pon raya tahun ni untung coz byk cuti. So start la Open house di sana sini.

Ok aku pon xmo ktinggalan citer pasal raya kami skeluarga. Alahaii... mcm la gempak sgt raya ko sham oiii.. hahaha. Raya aku biasa2 je, bih kurang sama je tiap2 tahun.

So macam biasa, pagi raya pertama mmg kat umah parents aku. Memang dah dipersetujui begitu. Coz petang tu jugak akan balik umah MIL kat Rasa, Hulu Selangor. Takde la jauh mana.. bih kurang 40 minit dh smpai..tanpa tol yer. Then akan beraya di kg. cooi biasanya dlm 4 hari. So kira adil la tu kan. Bila balik slayang, terus dah naik kerja dah.

Breakfast after para lelaki abis solat raya. Malam raya Alysya tido kt umah uwan sbb nak tido ngan Irdina, anak adik aku. Dah le penat n ngantuk sbb malam tu kitorang tido dlm kul 2 pagi sbb ada takbir dari rumah ke rumah. Selalunya bila smpi turn umah mak aku je dlm kul 11++ mcm tu. So nk brkemas, basuh pinggan, vacum lagi. Baring2 smbil brborak plk.. tgok2 laaaa.. dkat kul 2 pagi rupanya.

Turn org pompuan plk bfast. Nk menunggu masing2 mandi n brsiap knmain lama. Maklum ler ramai pompuan dari lelaki. So paham2 je la. Mujur le umah aku ngan umah mak aku sepelaung je. Mak aku dari dapur je dia leh jerit panggil aku dah dengar.


With Irdina yg mnjadi kesayangan Alysya. If Irdina balik umah uwan je.. konpem Alysya xmo tido ngan Mama. Dia nk tido ngan Irdina jugak. Tapi geram kt Dina ni coz dia xmo kt org lain. Asik melekap je ngan makpak dia. Tu aku dukung tu muka nk start nangis la tu. Anak buah aku x ramai, ada 3 org je. Jimat duit raya haku. Irdina  anak buah paling muda, bru setahun umur dia. Anak buah lagi 2 org tu.. sorang dah form 5, sorang lagi dah form 1. Ada 4 Orang je sumer cucu mak aku. 2 lelaki, 2 perempuan.


Pagi2 raya ko heboh nk main tab kan. Kazen aku punya tu, tp dia buat mcm reta makpak dia plk. Dah le tak bg ikat rambut dia. Nak sepit pon x bagi. Cekak pon xmo pakai. Dah le serabai je aku nengok.

Cooi tgh testing setting camera nak amik pic raya.

Ok.. meh sini anakanda kita amik pic raya 3 beranak. Tgok Alysya tu, tgn tak lepas pegang tab. Sakit hati betul. Aku suh duk elok2.. polok2 mak ko ni time brgambar.. bkn pegang tab. Dah ler abah ko pi setting tripod kat tepi, dah satu hal nk menyenget pulak. punya la malas nk alihkan kerusi n meja kt dpn tu.

See???? Dia dah start dahhh. Taknak bergambar pulakkkk. Heboh nak main game je. Sentap mak ko tau.

Ko xmo brgambar sudahhhh. Biar makpak ko feeling2 brgambar brdua... Bajet kapel bru kawin la konon...phuiiii.

Old Skool

Ni apsal bdn sy hilang separuh ni bang??? Dah le x byk gambar, tetiba bdn hilang separuh pulak. If berat aku yg hilang...syok ler jugak.

Atuk kusyuk baca paper smbil tggu uwan brsiap.

Mak ~ Faizal (adik) ~ Ayah

Mak ~ Faizal (adik) ~ Ayah
Farah (adik) family ~ Maksu ~ Kitty (kazen)
Time ni sebenarnya nk amik pic ramai2 skali ngan aku anak beranak.. tapi ada kejadian la plk masa ni.


Ha... tgok tu.. sumer dok pndang kiri je kt arah aku yg nmpk sipi2 je tu. Time ni anakanda tercinta tgh meraung2 bagai nak rak sbb taknak brgambar. Eh stress giler aku time ni. Apa motip ko nk nangis2 bagai. Org suh brgambar je kejap. Aku pon xtau la kenapa, tiap kali raya, asal nk brgambar je mesti ada sessi airmata ni. Last year je ok sket, smpat ler brgambar sebelom Alysya merempan tanpa sebab.

Tu diaaa… family pic. Ni apsal bini hujung sini, laki pi hujung sana? Dah le x cukup korum sbb kakak aku  anak beranak lmbt smpai. Ada korang jumpa pic raya family, orang lain dok elok posing tetiba ada budak terselit xmo pndang camera??? Masa tgh snap pic ni, Alysya tgh nangis lagi tu. Mujur ler amik gambar xde kuar suara kan. Kalo x brgema tangisan. Sampai atuk plk yg stress.. haaaa.. kan dah kena marah ngan atuk. Dah Alysya double sentap. Ehhh.. bru aku tau rupanya.. bkn anak aku je ada masalah taknak brgambar pagi raya.. ada org lain pon senasib ngan aku rupanya. Kita serupaaaaa... sob2..

Ok... Cooi brdiri sebelah aku plk. Yang anakanda tu x abis2 lg drama airmata dia. Dalam hati mak ko ni... gerammmmmm sgt. Tapi kutahankan jua sbb nak amik gambar ni.

Sessi salam & bermaafan pulak. Terbalik plk kan? Patut salam2 dulu bru la sessi brgambar. Saja jer... sebab takmo mekap comot masa brgambar nnti lepas salam2. So kita salam kemudian la yer. Ehh.. apsal pic aku salam2 takde dlm camera ni. Ini tidak adil!!!!

Biasanya raya pertama kt umah mak aku, mmg kitorang xde pegi mana2. Dok kt umah je tggu sedara mara dan jiran dtg beraya. Coz lepas arwah uwan (belah mak) mninggal, adik bradik mak aku..maksu n makngah dan family dorang akan dtg beraya kat umah mak aku sbb mak aku anak yg sulung. Kiranya brkumpul kt umah mak aku la. So raya pertama tu meriah la sket dpt jumpa sedara mara n kazens. Lagi pon belah mak aku bukan rmai sgt. Adik bradik mak aku 3 org je. Kazen pon x ramai, ada 5 org je. Kazen dh kawin 2 org. Tapi sbb ramai pompuan, so terasa la kemeriahan dan keriuhannya. Biasa la org pompuan kalo dh brjumpa kan. Dah seronok sembang, lupa plk nk snap pic ngan sepupu sepapat sumer.

Alysya bru sudah drama airmata. Muka serabai ngan peluh + airmata.



So raya pertama kt umah mak aku mmg kitorang xde pegi beraya ke mana. Petang dlm pukul  6.00 camtu bru gerak pg umah MIL. Lambat.. sbb time tu la bru nk packing baju. Kelam kelibut campak bju dlm beg. Dah ler byk giler brg yg dibawak. Gaya macam nk balik sbulan. Mengalahkan org  yg balik kg jauh2 je. Tu pon boleh trlupa nk bwk balik bantal. Biasa kalo balik kg lama.. means lebih dari 1 malam, kitorang will bwk balik bantal sndiri sbb takut susah nk tido malam. Nak jugak tido beralaskan bantal kitorang sndiri baru la rasa lena tido. Tu yang abis penuh bonet keta tu.

Sekian sahaja kisah di hari raya pertama saya tahun ini. Panjang lebar plk aku bercerabih kan. Saya sudahi dgn ucapan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin. Kalo ada yg nak jemput aku dtg open house, jgn malu2 email aku or invite kat FB yer.. kuakakaka. Aku x buat open house, so aku serang open house org je.





4 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

hahaha.. jadilah weh, masuk gak dlm gambo wpun x pandang kamera... aku kira nasib baik lg la pasal dpt gak 2-3 keping gambo anak beranak..tu pun jenuh aku jegil2 mata kt annur...mmg payah benar la nak ajak dia bgambo, klu dtg mood baik, asyik suh aku snap muka dia je..sabo je la kite kan ngan anak ni...

lieyalatif said...

sweet tema korang...lembut jek....wey ye laaa..sian lak aku tgk anakdare ko tu heheeheh...biase latu sham budak2...mia pun ade masa mcm tu jugak...tu namenye mmg saje laa tempah penampo mak die kan....wakaakakakakaak

betul gak kan, ari raye pertama kat umah ko, pastu selebih lepak umah mertua lak...adil la tu...yg penting due2 setuju n hepi....

Erna said...

Selamat Hari Raya Sham...

Hehe dasat nya anak dara awak tak nak bergambar, mcm saya plak, Ellisa mmg ok dr dulu, tp si Ashraf bila ajak bergambar muka mesti x puas ati, pastu x nak dok diam, tanda protes bagai...geram betul. Si Ashraf sorangla yg selalu rosakkan gambar kitaorg hehehe...

Kitaorang punya raya pun simple juga cuma kali ni dpt meraya rumah sendiri...

atty's said...

budak2 cengitu le..tp nanti bila dah anakdara..besar panjang..time tu sakan pulak nak bergmbr..kita pulok yg malas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails