Thursday, May 24, 2012

Movie Review ~ What To Expect When You're Expecting

semalam, after ofis aku g layan movie kat Cineleisure Curve. Dah sebulan kot trpandang billboard dia kat LDP tu. Tgok ada Cameron Diaz ngan JLo tu yg teruja nk tgok.

Filem ni diadaptasi dari sebuah novel sebenarnya. Dalam filem ni dia ada 5 cerita, sebab ada 5 couple dalam tu. Tapi semuanya brkaitan psl 1st pregnancy.

Synopsis

Over the moon about starting a family, TV fitness guru Jules and dance show star Evan find that their high-octane celebrity lives don't stand a chance against the surprise demands of pregnancy. Baby-crazy author and advocate Wendy gets a taste of her own militant mommy advice when pregnancy hormones ravage her body; while Wendy's husband, Gary, struggles not to be outdone by his competitive alpha-Dad, who's expecting twins with his much younger trophy wife, Skyler. Photographer Holly is prepared to travel the globe to adopt a child, but her husband Alex isn't so sure, and tries to quiet his panic by attending a "dudes" support group, where new fathers get to tell it like it really is. And rival food truck chefs Rosie and Marco's surprise hook-up results in an unexpected quandary: what to do when your first child comes before your first date?



 Pasangan Pertama : Jules (Cameron Diaz) dan Evan (Matthew Morrison)
Sweet betul couple ni. Yg lelakinya hensem, yg pompuannya cantik. Jules wpon pregnant tp mmg fit abis n kuat bekerja. Sbb bagi dia..tiada apa yg dia x boleh lakukan. Motto dia ialah "You Can Do It". Lawak betul bila time meneran laki bini dok jerit..you can do it..haha



ya allah..comeinya perut. Kalo la aku peknen perut n bdn mcm ni kan best.


Pasangan Kedua : Holly (JLo) dan Alex (Rodrigo Santoro)
Holly seorang photographer dan selalu amik gambar budak2. Malangnya Holly ni x boleh pregnant. So dia plan nk amik anak angkat. Tp husband dia Alex mcm blom brsedia. Ada part yg sedih kat Holly ni bila dia blame diri dia x dpt nk mengandung. Masa part dia amik anak angkat pon sedih sgt. Touching giler.



Pasangan ketiga : Wendy (Elizabeth Banks) dan Gary (Ben Falcone)..alahai x jmpa plk pic ngan husband dia
Dalam citer ni, Wendy mengangankan sesuatu yg indah bila mengandung tapi x kesampaian. Sebab dia mengalami perubahan emosi, fizikal yg agak teruk. Part Wendy mmg kelakar sket. Wendy juga cemburu kepada mak tirinya (yg lebih muda usia) sbb dlm masa yg sama turut mengandung bayi kembar.


Pasangan keempat : Rosie (Anna Kendrick) dan Marco (Chace Crawford). Ohemjiii..hensem giler mamat ni.

Marco ni suka kat Rosie tp Rosie x brapa nk layan. Then dpt tahu Rosie pregnant (one-night stand). Kiranya dorang ni jadi couple becoz of Rosie pregnant. Tapi bila Rosie keguguran, dia rasa frust sgt and buat keputusan utk putuskan hubungan dgn Marco sbb dorang mmg tak pernah bercinta.


Pasangan kelima : Skyler (Brooklyn Decker) dan Ramsey (Dennis Quaid)
Skyler yg sgt muda brkahwin dengan Ramsey yg merupakan bapa kepada Gary (suami Wendy). Mereka adalah pasangan yg gila2. Wpon pregnant, Skyler tetap kelihatan cantik dan bergaya (still pakai hi-heel okk). Sbb pregnancy menyebabkan dia merasa sungguh brtenaga, horny (xleh blah) dan gembira.

Pada aku cerita ni sgt menarik untuk ditonton. Walaupun dialog dlm cerita ni agak lucah..ops movie diklasifikasikan sebagai PG13 yer. Yang bawah umur xleh tgok. Macam2 emosi ada..happy, kelakar, sedih. Bila part sedih tu, aku siap nangis smbil usap2 perut lagi..hahaha..konon2 ko peknen ke??? Untuk mengetahui lebih lanjut kesudahan cerita ini, so apa lagi, pergi lah korang terjah panggung yg brdekatan.

btw.. aku buat review ni saja suka2. So jgn nk hentam aku bg review ntah hapa2. Aku bukan nya pengulas filem professional. Aku bg review mengikut pandangan dan apa yg aku rasa.





4 comments:

Emy Omar said...

Teringin nak pegi tengok tapi budak2 ni mesti tak nak punye ikut tgk cite begitu.Siapa la nak teman saya ni

Hirda Ibrahim said...

kompem aku pi cr dvd ni time balik kg nanti.

hahaha apasal ko pulak nk usap2 perut?? lawak le ko.

lieyalatif said...

alamak ko ckp cite ni ala2 lucah ni buat aku berkobar2 nak tgk ni wakakaakakakakaak....nampaknye tinggal dlm mimpi je laaa...aku pun mcm kak emy, tak ado geng.....

Zana Md Nordin said...

ok.....aku nak cari arr citer nie....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails