Friday, October 08, 2010

Resepi : Daging Masak Dendeng

ehem-ehem.. sesekali ni nk la tunjuk terer mak pandai masak kan. Nak share resepi ni kt korang sumer..smbil tu nnti kalo2 lupa resepi leh la aku rujuk kt blog ni balik..


Bahan-bahan (Resepi untuk 2kg daging)

Bahan Tumis A
10 biji bawang merah (amik yg sz dia besar2 sket tu) }
5 biji bawang putih (sama gak amik yg besar2 sket)   } 2 jenis bawang ini blend skali

Bahan Tumis B
Cili kering yg sudah diblend/ Cili boh

Bahan Tumis C
2 sudu besar jintan manis  }
2 sudu besar jintan halus   }
2 sudu besar ketumbar      } blend ketiga2 bahan ini sekali

Lain-Lain

Daging lembu Gred B (jgn guna daging batang pinang, coz takut hancur)
Minyak
Gula pasir/ kalo nk tmbah gula kabung sket pon ok jgk
Kicap Manis
Air Asam Jawa


Cara-cara :

1. Potong daging nipis-nipis selebar lebih kurang 2 inci (tp awas jgn nipis sgt yer) dan rebus sehingga empuk supaya tidak lah ianya keras berdengkang lalu dibaling ke dinding oleh suami anda.
2. Selepas daging empuk, toskan airnya dan simpan untuk menumis nnti. Pastu pegi la ko tumbuk sekeping2 daging tu yer.. mmg lenguh la tgn korang nk menumbuk tu. Tapi siler la paksa laki korang tolong tumbuk coz dia gak yg nk mkn nnti kannn. Jgn plak ko tumbuk smpai hancur luruh daging tu plak. Tumbuk secukup rasa gitu.
3. Selepas daging selesai ditumbuk, perapkan sebentar dgn kicap dan gula. Letak lebih2 sket bg daging tu hitam2 sket. Gula tu korang agak2 la yer. Tak reti plak aku nk ckp berapa sudu gula nk letak. Takyah perap lama2 sgt. 10-15 minit je dah ckp.
4. Selepas diperap, goreng daging tersebut supaya daging kelihatan agak garing2 sedikit yer. Selesai menggoreng semua daging, ketepikan.
5. Panaskan minyak dan tumis Bahan A. Masukkan pula Bahan B. Selepas cili masak, masukkan pula Bahan C.
6. Masukkan daging dan juga air rebusan daging tadi yer puan2 dan kacau.
7. Masukkan sedikit air asam jawa.
8. Rasa adakah cukup pedasnya/ manisnya/ masinnya.
9. Kacau lagi sehingga lah kuahnya hampir kering. Tapi jgn la kering sgt plak..biar ada sket kuah2 gitu. SIAP.

Daging dendeng ini sedap dimakan bersama nasi putih, beriani, roti, nasi impit, lemang dan apa jua lah.




5 comments:

Softtouch [Hanim] said...

sedap ni...tak sangak plak kene tumbuk yer daging nie...pernah mkn yg serupa mcm ni tp org pggil daging masak itam sbb pakai kicap...

☆ lieya latif ☆ said...

aku dah rase!! mmg sedap n terbaekkk...smue rase cukup ....mmg sedap..so sape2 yg nak salin resepi ni mmg dialu2kan.....tak rugi beb cube mmg sedap....

aku dah copy, jap gi nak print jek..sonang hahaahahahah

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

wah......hebat ler ko...aku bab2 masakan cam nie mmg failed ler sham.

leh try nie..
uish....kena tumbuk2 manja gark yerk daging tu...kalau suruh batrice yang tumbuk daging tu mesti dia suka kan..

Anonymous said...

Sham..kita punya daging dendeng tak guna kicap..so nak try la versi awak ni pulak..tq ye for sharing

attyfir said...

tq sham share resepi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails