Tuesday, January 18, 2011

Meraikan Insan Istimewa

** ingatan - entry kali ni, ayat ada unsur2 skema sket, siler beri ruang yer...heheh

hari ini, 18 Januari 2011 genaplah 25 tahun umur adik lelaki kesayangan aku - Mohd. Faizal. Ini lah satu-satunya adik lelaki aku. Im not sure, if aku penah citer pasal dia kat blog aku nih. Tp untuk kamu2 yg tidak mengetahui, adik aku ni seorang insan istimewa, walaupun dia tidak senormal spt org lain. Sudah ditakdirkan begitu, kami sekeluarga redha dgn pemberianNya. Walaupon dia begitu, ia tidak mnjadi halangan utk kami sekeluarga menyayanginya. Malah, kami trlalu menyayanginya lebih dari yang lain.

-celebrate awal hari sabtu lepas, coz adik aku yg dok seremban ada-

Adik aku yg ku panggil Aboy/ Ujang ini, paling rapat dgn aku dari adik beradik yg lain. Waktu aku bujang dlu, aku kan tinggal dgn parents aku. So Ujang ni dia tido sebilik dgn aku. Aku tidur katil atas, dia kat tilam bawah. Walaupun pernah dipujuk oleh emak supaya tido di bilik emak, tp Ujang ttp tak nak. Dia tetap jgk nk tido sebilik dgn aku. Ujang ni penyayang orangnya. Suka benar dia mencium kami adik beradik. Kalo dgn parents aku lagi la. Kejap2 dia cium. Tapi kalo x kena gaya, ada jgk dia mengamuk. Masa ni, kdg2 trlepas jgk la penampar kat muka dia. Tapi jangan salah sangka, itu bukanlah tanda aku x sayangkan dia. Tapi kdg2 perlu juga dipukul untuk mengawal keadaan. Orang yg tidak mengalami, mungkin boleh mmbuat mcm2 andaian. Tapi hanya mereka yg mengalaminya sahaja yg tau keadaannya.

masa aku baru kawin, aku tinggal dgn parents aku selama 8 bulan sbelom pindah ke rumah sewa sndiri. Masa baru kawin tu, yg kelakarnya masa 1st night lepas nikah tu, aku ckp ngan dia.."Aboy, nnti tido bilik tu (bilik lama aku), anyah tido bilik lain tau". Dia reply "nk tido ngan anyah. Abangggg (co'oi) jgn amik anyah..". Sedih plak aku dgr masa tu. Kelakar pon ada jgk.


Alysya panggil Ujang ni Pak Uda. Sayang betul dia dgn Pak Uda dia nih. Tp kadang2 tu, Alysya suka gak mmbuli. Ntah hapa2 dia buat ntah, redha je Pak Uda dia. Cuba org lain buat, mau kena lepuk ngan dia.

Masa parents aku menunaikan haji pada tahun 2004, aku sanggup berkorban mengambil annual leave utk menjaga dia. Bergilir2 dgn kakakku. Masa tu, aku sedar dia merindukan emak & ayah kerana tidak pernah mereka berenggang untuk tempoh selama itu. Paling sedih bila ayah mmbuat panggilan telefon dari sana. Dengar saja suara ayah, adik aku terus menangis. Malah bukan adik aku je yg menangis, ayah pon tidak dpt menahan sebak di hati. Kami sama2 menangis masa tu. Tak sabar rasanya menanti kepulangan mak & ayah kerana kasihan melihat adik yg merindui mereka.


Ujang plak panggil Alysya ni Ibby (baby). Dia tak reti nk sebut baby so jadi la ibby. Ni gara2 masa alysya baby dulu la. Aku dok ulang2 perkataan baby tu je. "Aboyyy.. jgn bising, nnti baby bangun". "Aboyyyy.. baby nk minum susu..". Tu yang dia panggil ibby tu. Coz x reti nk sebut "Alysya".


ini-muka-gedik-mintak-dilempang

harapan aku, semoga adik aku sihat selalu. Dan semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik dan juga rezeki untuk aku menjaga dia nnti.



10 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

selamat hari lahir buat aboy..semoga sihat dan ceria2 selalu.....

ko tau sham tingat aku, mase kite sambut besdei echa kat umah ko ari tu, anak2 aku, anak2 kak mimi kan dok main ngan aboy.....peramah adik ko ni...budak2 pun suke layan die....

Softtouch [Hanim] said...

Hepy birthday utk adik sham..semoga pjg umur, di mruahkan rezeki n dikurniakan kesihatan yg sgt baik..

sedih bila bc n3 sham nie..sgt tersentuh..adik sham bertuah sbb dikelilingi ngan insan2 yg sgt mnyayangi n prihatin ngan dia..

n sy doakan family sham semua dikurniakan kesihatan yg baik n dimurahkan rezeki spya utk mnjaga adik sham ...aminnn

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

alamak aku minitiskan airmata ni... sedih aku baca n3 ko sham.. insya-Allah niat ko baik ..Allah akan bantu :)

tlg ucapkan selamat hari lahir utk aboy ye :)

Cik Nurul Pinky said...

selamat hari lahir untuk ujang..semoga panjang umur dan dimurahkan rzeki..

Hirda Ibrahim said...

Happy 25th bday Aboy...
InsyaAllah sham, syurga tempat org2 camni.

sedey ko bc entry ko ni, mak siap sok sek sok sek lagi. budak2 aku pelik tgk, apsal le pompuan tu tetiba sok sek sok sek.

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

selamat ulangtahun aboy..
betul kata hirda, syurga tempat orang2 macam ni.. dia akan tolong mak abah ko nanti.. untung dia semua orang sayang kat dia..

dah aku tak leh komen panjang, dah sebak dah ni.. air mata pun dah nak gugur dah ni

MamaBatrice said...

happy birthday to aboy

menitis air mata ku sham bc entry ko kali nie.....
yelah....aboy insan istimewa dan family ko bertuah coz' terpilih utk pelihara aboy....besar pahala nya sham....
mereka tak minta lahir mcm tu...tp mereka berhak terima kasih sayang sama seperti orang normal yg lain.

atty's said...

sedih lak kty baca entry nie

selamat hari jadi utk pakuda.

E-Marlin said...

Sham... baru saya tahu awak ada adik yg special. Sama kes-lah dgn saya, adik saya yg No.2 pun kategori special juga, gara-gara terkena jangkitan rubella semasa mama saya peknankan dia. masa lahir pun, dia hidup dalam inkubator je, doc pnah kata dia x de harapan utk hidup... dahla takde lobang dubur, doc kena tebuk. pastu usus terkeluar kat perut..dan byk lagi kecacatan dia termasuk otak yg lembab.

BTW, saya nak ucapkan hepi belated besday utk aboy :D

Farah_W said...

:) sejuk hati i baca entry ni...semoga ur family di murahkan rezeki dan lebih kekuatan utk jaga boboy :) jgn sia2 kan hidup org yg kita sayang espcially macam boboy,..hanya family saja yg dia ada utk bergantung harapan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails